Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ZAMAN PERTENGAHAN

Zaman Pertengahan ialah tempoh antara zaman

purba dan zaman moden di barat Eropah. Sebelum

Zaman Pertengahan, barat Eropah merupakan

sebahagian daripada Empayar Rom. Selepas Zaman

Pertengahan, barat Eropah termasuk Empayar Rom

Holy, kerajaan England dan Perancis dan sebilangan

negeri kecil.

UMUM
ZAMAN MESOLITIK

ZAMAN MESOLITIK, istilah yang merujuk kepada tahap kebudayaan yang wujud di Eropah yang bermula sekitar 10 000 tahun S.M. Zaman Mesolitik dikenal juga sebagai Zaman Batu Pertengahan yang menggambarkan perubahan teknologi dan cara hidup zaman prasejarah di Eropah.  Zaman tersebut diperkenalkan selepas C.J. Thomsen, ahli arkeologi Denmark, memperkenalkan Sistem Tiga Zaman iaitu Zaman Batu, Zaman Gangsa dan Zaman Besi.  Bermula pada tahun 1892, Mesolitik meluas digunakan untuk mentafsir zaman peralihan kebudayaan di antara kebudayaan Paleolitik dan kebudayaan Neolitik.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
THOMSEN, CHRISTIAN JURGENSEN

Thomsen, Christian Jurgensen (17881865)

ialah ahli arkeologi Denmark. Dia ialah orang

pertama sekali membuktikan bahawa sejarah

manusia sebelum bermulanya rekod bertulis,

boleh dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu Zaman

Batu, Zaman Gangsa, dan Zaman Besi. Minat

Thomsen untuk memberikan pemahaman kepada

orang ramai tentang perkara ini mendorongnya

mengelolakan muzium etnografi pertama dunia di

Copenhagen pada tahun 1846.

UMUM
ZAMAN PLEISTOSEN

Zaman Pleistosen ialah tempoh zaman geologi

dalam sejarah bumi. Ramai ahli sains bumi percaya

zaman ini bermula lebih kurang dua juta tahun

yang lalu dan berakhir lebih kurang 10 000 tahun

lepas.

UMUM
PERIODIASASI BAHASA MELAYU

PERIODIASASI BAHASA MELAYU, tahap perkembangan bahasa Melayu.  Periodisasi bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada lima zaman iaitu:
Zaman bahasa Melayu purba
Zaman bahasa Melayu kuno
Zaman bahasa Melayu klasik
Zaman bahasa Melayu moden

BAHASAKonsep
ZAMAN LOGAMZAMAN LOGAM, zaman selepas Zaman Neolitik, dan merupakan pengenalan kepada teknologi baharu dalam penghasilan alat berasaskan sumber logam.  Zaman tersebut dikatakan sebagai perubahan kebudayaan yang wujud di Asia Tenggara, di mana masyarakat prasejarah wujud di Asia Tenggara, di mana masyarakat prasejarah mampu memanfaatkan sumber logam untuk dijadikan alat.  Sebab utama kemunculan zaman ini ialah daya usaha masyarakat itu sendiri, hasil daripada pengalaman industri tembikar di mana mereka mempunyai kebolehan meningkatkan suhu pembakaran dan membuat bekas tembikar yang digunakan dalam industri logam.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ZAMAN KEMELESETANSuatu era kemelesetan ekonomi dunia yang teruk yang berlaku sekitar tahun 1929 hingga 1939.SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
ZAMAN USIA KAPUR

Zaman Usia Kapur ialah tempoh dalam skala masa geologi sejarah bumi. Ahli sains percaya

bahawa Zaman Usia Kapur bermula 138 juta tahun dahulu.

UMUM
ZAMAN

Zaman ialah istilah yang digunakan untuk

sebarang peringkat kehidupan seseorang, seperti

masa kanak-kanak, belia, dewasa, dan zaman tua.

UMUM
ZAMAN YAMATO

Zaman Yamato ialah satu masa dalam sejarah

Jepun lebih kurang dari tahun 200 M. hingga

tahun 646 M. Pada zaman ini, maharaja Jepun

memerintah dari kawasan Yamato; iaitu kawasan di

sekeliling bandar Nara kini.

UMUM
Tesaurus
 
zaman (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangka masa: tempoh masa, era,

2. Bersinonim dengan kala: ketika, waktu, masa,

Kata Terbitan : berzaman-zaman, berzaman, zaman-berzaman,

Puisi
 

Kota ini kota di tanah,
     Mati kijang ditanduk rusa;
Zaman ini zaman fitnah,
     Mati muda tiada berdosa.



Lihat selanjutnya...