Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Zaman puntung berasap.

Takrif

Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Zaman Tuk Nadur berkajang kain).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Zaman Tuk Nadur berkajang kain.

Takrif

Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Zaman beralih, musim bertukar.

Takrif

Segala sesuatu (peraturan, hukum dan sebagainya) hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ketika gagak putih, bangau hitam.

Takrif

Kiasan pada zaman yang sudah silam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seelok-elok makan peluru meriam.

Takrif

Jaraknya sesuatu tempat menurut ukuran zaman dulu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Adat lama pusaka usang.

Takrif

Adat yang tak berubah-ubah sejak zaman-berzaman.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Di waktu garuda alah oleh ular.

Takrif

Kiasan kepada waktu yang telah lalu; zaman dulu kala.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
zaman (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangka masa: tempoh masa, era,

2. Bersinonim dengan kala: ketika, waktu, masa,

Kata Terbitan : berzaman-zaman, berzaman, zaman-berzaman,

Puisi
 

Kota ini kota di tanah,
     Mati kijang ditanduk rusa;
Zaman ini zaman fitnah,
     Mati muda tiada berdosa.



Lihat selanjutnya...