Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman orang mabuk kepayang; Makan bukan sebarang makan, Makan kenyang mabuk seorang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman bukan sebarang zaman. Zaman susah mendapat kerja; Makan bukan sebarang makan, Makan darah rakyat jelata.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman bukan sebarang zaman. Zaman kemajuan semua bebas; Makan bukan sebarang makan, Makan menyetan bekerja malas.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman bukan sebarang zaman. Zaman sekarang hidup bertuah; Makan bukan sebarang makan, Makan tulang menghisap darah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman beradab berkembang ilmu; Makan bukan sebarang makan, Makan suap orang tak malu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman gelap hidup pun sulit; Makan bukan sebarang makan, Makan suap perut pun buncit.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman susah sengsara hidup; Makan bukan sebarang makan, Makan sumpah perut meletup.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman edan gilakan wang; Makan bukan sebarang makan, Makan tangan kena Iempang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman kini tiada bermalu; Makan bukan sebarang makan, Makan hati kerana dimadu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman kini semua berhitung; Makan bukan sebarang makan, Makan hati dimabuk cinta.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tesaurus
 
zaman (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangka masa: tempoh masa, era,

2. Bersinonim dengan kala: ketika, waktu, masa,

Kata Terbitan : berzaman-zaman, berzaman, zaman-berzaman,

Puisi
 

Kota ini kota di tanah,
     Mati kijang ditanduk rusa;
Zaman ini zaman fitnah,
     Mati muda tiada berdosa.



Lihat selanjutnya...