Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kependekan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman edan gilakan wang; Makan bukan sebarang makan, Makan tangan kena Iempang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Burung serindit hinggap berenam, Lima-lima terbang bersama; Wang ringgit jatuh menjunam, Jimat cermat langkah pertama.Pantun Melayu SarawakNasihat
Hujan ribut kita ke pulau, Anak kekati menebar wang; Terlanjur hidup kita bergurau, Sudah mati tergolek seorang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bersembang-sembang sampai senja, Pujuk isteri tidak dipeduli; Ada wang habis dibelanja, Esok hari bergadai berkuli.Pantun Melayu SarawakNasib
Semenjak kentang dibuat gulai, Ubi tidak dikari lagi; Semenjak wang jadi pemakai, Budi jarang dipeduli lagi.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Kalau udang dibuat gulai, Daging rusa dimasak kari; Kalau wang jadi pemakai, Budi bahasa pengiring diri.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Budak-budak duduk di pintu, Apa dibuat mencari kutu; Habislah wang beribu-ribu, Sukalah hati mendapat menantu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Karang bunga di Bukit Kota, Ikan salai di atas para; Sekarang penulis wang berjuta, Nilai ilmunya tidak terkiran.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tidak hinggap di pohon ara, Buang sebaris ayat dikarang; Tiada ilmu kira-kira, Wang habis di kocek orang.Pantun Melayu SarawakIlmu
Baik-baik menggali ubi, Ubi ada di atas batas; Baik-baik menabur budi, Wang habis kita melepas.Kurik Kundi Merah SagaBudi
1
Tesaurus
 
wang (kata nama)
1. Bersinonim dengan duit: fulus, pitis, dukat, tikal,

2. Bersinonim dengan gaji: upah, pendapatan, elaun,

Kata Terbitan : berwang, mengewangi,

Puisi
 

Semenjak kentang dibuat gulai,
     Ubi tidak dikari lagi;
Semenjak wang jadi pemakai,
     Budi jarang dipeduli lagi.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
476

When poverty comes in at the door, love flies out of the window

Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap.

Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.

She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door!

Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...