Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memikat balam dengan balam.

Takrif

Mencari wang dengan wang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.

Takrif

Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Setali tiga wang.

Takrif

Sama saja; tidak lebih dan tidak kurang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah.

Takrif

Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Apabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang.

Takrif

Hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Peluru perak pemecah kubu yang kuat.

Takrif

Wang ringgit dapat memecahkan segala rahsia yang sulit-sulit. peluru perak = wang ringgit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sukar kaji pada orang alim, sukar wang pada orang kaya.

Takrif

Orang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kain pendinding miang, wang pendinding malu.

Takrif

Segala sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah daripada benda-benda itu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kering pengayuh di tangan, kering wang di pinggang.

Takrif

Orang miskin yang harus bekerja setiap masa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pinjam kayu ara.

Takrif

Meminjamkan wang kepada orang besar, akhirnya rugi percuma. (kayu ara semboyan kebesaran).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
wang (kata nama)
1. Bersinonim dengan duit: fulus, pitis, dukat, tikal,

2. Bersinonim dengan gaji: upah, pendapatan, elaun,

Kata Terbitan : berwang, mengewangi,

Puisi
 

Semenjak kentang dibuat gulai,
     Ubi tidak dikari lagi;
Semenjak wang jadi pemakai,
     Budi jarang dipeduli lagi.



Lihat selanjutnya...