Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KELUMPUHAN

Kelumpuhan ialah kehilangan upaya untuk

bergerak. Ia mungkin bersifat separa atau

menyeluruh dan sementara atau kekal. Keadaan ini

boleh melibatkan otot di mana-mana bahagian

tubuh. Dalam banyak kes, kelumpuhan juga disertai

kehilangan deria di bahagian tubuh yang terlibat.

UMUM
KELLER, HELEN ADAMS

Keller, Helen Adams (18801968) ialah penulis

Amerika dan aktivis bagi golongan kurang upaya.

Dia menjadi contoh terbaik bagi seseorang yang

berjaya dalam usaha mengatasi kecacatan fizikal.

Dia lahir di Tuscumbia, Alabama. Semasa berumur

dua tahun, sejenis penyakit yang serius telah

merosakkan penglihatan dan pendengarannya.

Oleh itu, dia tidak boleh bercakap dan terus

terasing dari dunia luar. Namun begitu, dia bangkit

daripada kekurangan itu hingga menjadi terkenal

pada peringkat antarabangsa dalam usahanya

membantu golongan kurang upaya menikmati

hidup yang lebih bermakna.

UMUM
SUKAN PARALIMPIKMerupakan sukan terbesar yang melibatkan penyertaan atlet kurang upaya dengan pelbagai acara yang dipertandingkan. Ia diadakan di tempat dan tahun yang sama berlangsungnya Sukan Olimpik. Sukan ini pertama kali dianjurkan pada tahun 1948 oleh Sir Ludwig Guttman dan ia dikenali sebagai Stroke Mandeville Games. Sukan ini pada awalnya dinamai demikian kerana ia disertai oleh veteran Perang Dunia Kedua yang mengalami kecederaan pada tulang belakang. Badan antarabangsa yang mengawal selia sukan ini ialah International Paralympic Committee (IPC). Di Malaysia ia dipertanggungjawabkan kepada Majlis Paralimpik Malaysia (Malaysian Paraliympic Council )SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
PARU-PARU HITAM

Paru-paru hitam ialah penyakit paru-paru yang

menghilangkan upaya, yang kerap dihidapi oleh

pelombong arang. Penyakit ini, juga dikenali

sebagai pneumokoniosis pelombong arang,

disebabkan pelombong menyedut habuk arang

pada jangka masa yang lama.

UMUM
EUTANASIA

Eutanasia ialah amalan menamatkan riwayat

seseorang yang mempunyai penyakit yang tidak

dapat disembuhkan, menyakitkan dan sengsara

tanpa berasa sakit atau hilang upaya.

UMUM
SUKAN OLIMPIK KHAS

Sukan Olimpik Khas ialah program sepanjang

tahun peringkat antarabangsa untuk latihan dan

pertandingan olahraga bagi kanak-kanak dan orang

dewasa yang kurang upaya. Sukan ini mengandungi

acara sukan seperti yang diadakan dalam Sukan

Olimpik. Lebih daripada 150 negara mengambil

bahagian dalam temasya Sukan Olimpik Khas ini.

UMUM
NABI SYUIB A.S.

Nabi Syuib a.s. ialah salah seorang daripada

kalangan nabi yang diutuskan oleh Allah SWT

kepada penduduk Madyan. Baginda telah berusaha

sedaya upaya menyeru mereka mengesakan Allah

SWT, menasihati mereka agar meninggalkan

penipuan dan helah jahat dan mendorong mereka

agar berlaku adil dan saksama serta berkelakuan

baik.

UMUM
MACE

Mace ialah gas cecair pemedih mata, yang boleh

disemburkan daripada bekas yang bertekanan. Gas

ini menyebabkan mata berasa panas dan banyak

mengeluarkan air mata. Mace boleh menyebabkan

hilang upaya tetapi tidak berpanjangan. Istilah Mace

dan Chemical Mace ialah tanda perniagaan yang

digunakan oleh Smith & Wesson Chemical

Company, Inc., Amerika Syarikat, tetapi syarikat-

syarikat lain ada juga yang mengeluarkan cecair

kimia yang sama tetapi jenis gas yang boleh dikawal

dengan tangan.

UMUM
KEBAJIKAN MASYARAKAT

Kebajikan masyarakat ialah program

kemasyarakatan yang membantu orang ramai

mencapai satu tahap keselesaan ekonomi yang

bersesuaian. Keselamatan sosial, juga dikenali

sebagai insurans sosial, menyediakan bantuan

kewangan untuk menggantikan pendapatan yang

hilang akibat persaraan, pengangguran, hilang

upaya atau kematian.

UMUM
1
Tesaurus
 
upaya (kata nama)
Bersinonim dengan usaha, daya, daya usaha, akal, ikhtiar, kekuatan, kebolehan;,
Kata Terbitan : seupaya-upayanya, berupaya, terupaya, keupayaan, berkeupayaan,

Puisi
 

Pohon betik pohon petola,
     Dipanggil jua pohon papaya;
Adik cantik abang gila,
     Adik tak mahu apa upaya.



Lihat selanjutnya...