Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah maksud "tumpul semangat" | Ungkapan tumpul semangat tidak ada dalam sumber rujukan kami. Tumpul dikiaskan juga kepada tingkah laku seperti tidak berminat lagi, kurang perhatian dan tawar hati. Oleh itu, maksud tumpul semangat yang boleh dikiaskan kepada tingkah laku yang kurang bersemangat. | Makna | 09.01.2011 |
adakah betul: saya mempertajam pisau itu kerana sudah tumpul. atau mempertajam pisau yang sudah tumpul itu. Arang itu diperalat oleh ali untuk melukis gambar. | Kesemua contoh ayat yang dikemukakan oleh saudara adalah betul Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat terperinci berkaitan ayat-ayat di atas, saudara boleh membuat rujukan pada Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP. | Lain-lain | 05.03.2007 |
Adakah penggunaan kata adjektif untuk haiwan berikut betul? "Paruh itik tumpul tetapi paruh ayam tajam" Terima kasih. | Penggunaan kata adjektif tersebut betul dan boleh digunakan. Ayat yang betul ialah Paruh itik adalah tumpul berbanding paruh ayam adalah tajam. | Tatabahasa | 24.01.2018 |
Pasukan bola sepak Selangor sedang berusaha untuk memperkuatkan bahagian serangannya yang tumpul. A memperkuat bahagian serangannya B memperkuat pasukan serangannya (munsyi, apakah jawaban yang lebih sesuai digunakan? TK) | Ayat yang gramatis ialah pasukan bola sepak Selangor sedang berusaha untuk memperkuat bahagian serangannya yang tumpul. | Tatabahasa | 05.09.2012 |
ayat-ayat berikut betul? 1. kereta itu berhenti di tepi jalan kerana kehabisan minyak. 2. Arang itu diperalat oleh Amir untuk melukis gambar. 3. saya mempertajam pisau itu kerana tumpul. 4. Saya mempertajam pisau yang sudah tumpul itu. | Semua ayat yang dikemukakan oleh saudara betul. Terima kasih. | Lain-lain | 03.03.2007 |
|
Tesaurus |
---|
| tumpul (adjektif) | 1. Bersinonim dengan majal: puntul, muntul, ketul, pumpun, mampal, Berantonim dengan tajam
2. Dalam konteks otak bersinonim dengan majal, benak, bodoh, dungu, bebal, tele, tele-tele, tolol, tongong, ngong, bangang, bahlul, jahil, sukar mengerti, goblok.,
|
|
Puisi |
---|
|
Ambil parang cangkulkan tunggul, Tunggul ada berikat tali; Rakyat kurang senjata tumpul, Rakyat di kota separuh mati.
Lihat selanjutnya... |
|