Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Tukang besi membuat keris, Ditempa dengan api yang panas; Berulang kali surat kutulis, Mengapa tuan tiada membalas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tukang batu berdagang nilam, Permata elok sudah ternama; Abang tunggu siang dan malam, Adinda menyorok entah ke mana.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tukang emas bertukang gelang, Maka diukur dirangkainya; Sedang erat digenggam orang, Adat hayat terungkainya.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tukang kayu suka berdikat, Suka berdikat masuklah dia; Tuan bercinta belayar surat, Itulah tanda hati setia.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Mahat tukang rumah, Cik Ali tukang tingkap; Minta maaf seisi rumah, Minta izin saya cakap.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tidak pakai tukang, Belian kayu hutan; Hidup lintang pukang, Syaitan perosak iman.Pantun Melayu SarawakBudaya
Encik Man tukang kepiah, Kepiah beludu jahit sehari; Kepada tuan tidak berubah, Sudah dituju di jantung hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang Cik Amat tukang Kelantan, Kacip besi dengan besi; Kurasa kiamat di dalam badan, Jantung berperang dengan hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Papan rumah tuan, Tidak pakai tukang; Tiada masa depan, Hidup lintang pukang.Pantun Melayu SarawakBudaya
Jalan Merpati bengkang bengkok, Cantik rumah tukang pandai; Jangan seperti pinggan mangkuk, Terantuk sedikit pecah berkecai.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tesaurus
 
tukang (kata nama)
Bersinonim dengan pandai, ahli, juru, pakar, utas, kipu, panjunan;,
Kata Terbitan : bertukang, menukang, ketukangan, pertukangan,

Puisi
 

Tukang emas bertukang gelang,
     Maka diukur dirangkainya;
Sedang erat digenggam orang,
     Adat hayat terungkainya.



Lihat selanjutnya...