Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cik Mahat tukang rumah, Cik Ali tukang tingkap; Minta maaf seisi rumah, Minta izin saya cakap.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tukang emas bertukang gelang, Maka diukur dirangkainya; Sedang erat digenggam orang, Adat hayat terungkainya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tukang kayu suka berdikat, Suka berdikat masuklah dia; Tuan bercinta belayar surat, Itulah tanda hati setia.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Encik Man tukang kepiah, Kepiah beludu jahit sehari; Kepada tuan tidak berubah, Sudah dituju di jantung hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayang Cik Amat tukang Kelantan, Kacip besi dengan besi; Kurasa kiamat di dalam badan, Jantung berperang dengan hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nampak perahu terapung-apung, Cik Rasib tukang kemudi; Jangan selalu harapkan untung, Kalau tak nasib mana nak jadi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayang jembalang bermata tujuh, Ditukang oleh tukang emas; Jangan digusar jangan digaduh, Di dalam tangan digenggam kemas.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Awak di mana kalam? Kalam di rumah tukang surat; Mengeluh juga tengah malam, Sakit nan tidak dapat ubat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ada apa di Tanjung Batu? Encik Ali tukang perahu; Anak siapa gerangannya itu? Hanyalah rupa nama tak tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rumah apa di hujung tanjung, Rumah Pak Jenal tukang perahu; Teman siapa berbaju gadung, Rasa kenal nama tak tahu.
Tesaurus
 
tukang (kata nama)
Bersinonim dengan pandai, ahli, juru, pakar, utas, kipu, panjunan;,
Kata Terbitan : bertukang, menukang, ketukangan, pertukangan,

Puisi
 

Tukang emas bertukang gelang,
     Maka diukur dirangkainya;
Sedang erat digenggam orang,
     Adat hayat terungkainya.



Lihat selanjutnya...