Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tukang tidak membuang kayu.

Takrif

Orang yang cerdik selalu berhemat dalam segala perkara.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rumah sudah tukang berbunuh (= dibunuh).

Takrif

Hukuman yang tak dapat dibanding (apel) lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Banyak tukang di mata dan di mulut, sedikit tukang di tangan.

Takrif

Pandai berkata-kata saja tetapi tidak pandai mengerjakannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi.

Takrif

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Arang habis binasa, tukang hembus penat saja, c. Pelabur habis, Palembang tak alah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Arang habis binasa, tukang hembus penat saja.

Takrif

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Pelabur habis, Palembang tak alah, c. Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pelabur habis, Palembang tak alah.

Takrif

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Arang habis binasa, tukang hembus penat saja, c. Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi). pelabur = rangsum, catu makanan atau wang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Calak-calak ganti asah, menanti tukang belum datang.

Takrif

Dipakai untuk sementara waktu saja, sementara belum ada yang lebih baik; sekadar untuk mencukupi keperluan saja. calak-calak = lampas.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Benang arang orang jangan dipijak.

Takrif

Jangan mencabuli rumah tangga orang. benang arang = benang yang dipakai tukang kayu untuk menggaris.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
tukang (kata nama)
Bersinonim dengan pandai, ahli, juru, pakar, utas, kipu, panjunan;,
Kata Terbitan : bertukang, menukang, ketukangan, pertukangan,

Puisi
 

Tukang emas bertukang gelang,
     Maka diukur dirangkainya;
Sedang erat digenggam orang,
     Adat hayat terungkainya.



Lihat selanjutnya...