Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Dia melihat susuk tubuh. Sosok atau Susuk? Boleh tak kalah kita tambah "Se" jadi "Sesusuk" atau "Sesosok" | Ejaan yang betul ialah “susuk tubuh”. Menurut Kamus Dewan Perdana (halaman 2189), “susuk tubuh” bermaksud bentuk rupa atau bangun tubuh, bayangan tubuh atau badan yang kelihatan samar-samar. “Susuk tubuh” tidak sesuai diberikan imbuhan se-. Sila rujuk contoh ayat yang berikut: i. Tidak semua wanita dikurniakan susuk tubuh idaman. ii. Sama-samar Megat melihat dua susuk masuk ke dalam bilik itu. | Ejaan | 01.03.2024 |
tubuh | sebatang | Lain-lain | 21.02.2008 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1. Apa yang membezakan penggunaan 'tiub' dan juga 'tabung'? Adakah kedua-duanya padanan kepada 'tube'? 2. Adakah 'badan', 'tubuh' atau 'tubuh badan' mempunyai makna yang sinonim? Mana yang paling tepat sebagai padanan kepada 'body' dalam bidang sains perubatan? 3. 'Tanah-tanih' merupakan istilah yang termasuk dalam hukum kekecualian iaitu perlu diletakkan tanda sempang sekalipun 'tanah' dan 'tanih' boleh berdiri sendiri dengan makna tersendiri. Adakah terdapat senarai lengkap istilah yang termasuk dalam hukum kekecualian ini? Terima kasih. | 1. Tiub ialah 1. benda yang bulat panjang dan berlubang di tengahnya, torak: ~ kaca (getah); 2. sejenis bekas daripada plastik dll yang digunakan untuk mengisi cecair yang likat dsb: ~ ubat gigi; 3. bahagian dalam tayar basikal. Manakala tabung ialah 1. bekas ruas daripada buluh dll (untuk menyimpan sesuatu), bumbung: ~ air; 2. bekas yang berbentuk silinder: ~ gas oksigen; 3. peti atau kotak (utk surat dll); 4. tempat menyimpan wang (daripada buluh dll), celengan; 5. sesuatu yang berbentuk bulat torak (dlm enjin dll), silinder; 6. wang yang dikumpulkan (dengan mengutip derma dll) untuk maksud tertentu, dana. Dalam data kami, padanan istilah tube dalam bahasa Melayu ialah tiub, tabung dan salur. 2. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, tubuh badan bermaksud keseluruhan jasad. Istilah yang sesuai digunakan dalam bidang perubatan ialah badan. 3. Tanah-tanih merupakan kata ganda yang bermaksud segala macam tanah. | Tatabahasa | 06.10.2013 |
apakah perbezaan perkataan 'TUBUH' dan 'BADAN'? Dalam kajian ilmiah saya perlu tulis 'Bahasa TUBUH' atau 'Bahasa BADAN'? | Dalam pangkalan data istilah DBP, kedua-dua istilah "bahasa badan" dan "bahasa tubuh" adalah sama dan boleh digunakan. | Istilah | 27.11.2014 |
Salam, saya ingin bertanya apakah terjemahan bagi ungkapan berikut, "Body's essential needs." Adakah gramatis jika saya terjemahkan ungkapan tersebut sebagai "Keperluan perlu tubuh?" Saya sedar bahawa terjemahan "Keperluan penting tubuh" adalah lebih sesuai, tetapi saya ingin tahu jika terjemahan saya sebelum itu boleh digunakan. Terima kasih. | Keperluan perlu tubuh tidak gramatis dalam ungkapan tersebut. Kami cadangkan ungkapan keperluan tubuh atau keperluan penting/utama tubuh digunakan. | Tatabahasa | 31.07.2012 |
Kekeringan tubuh badannya membuatkan dia sering diserang penyakit angin ahmar yang mengakibatkan anggotanya lumpuh. munsyi, adakah ayat ini gramatis? TQ | Ayat ini tidak gramatis. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
ingin mendapat maklumat yg terperinci berkaitan dengan topik kesantunan berbahasa yang menekankan tajuk bahasa tubuh yang merangkumi: 1)gerakan anggota badan 2)-kemahiran mempamerkan bahasa tubuh secara sopan dan sesuai dgn situasi -mengaplikasikan kemahiran | Kesantunan berbahasa meliputi aspek lisan dan tulisan. Dalam konteks lisan, santun berbahasa menyentuh aspek penggunaan bahasa yang betul, sapaan dan gerak tubuh penutur. Manakala dalam aspek tulisan, aspek santun berbahasa dikesan melalui penggunaan bahasa yang betul, indah dan menepati laras dan sapaannya. Sila rujuk buku-buku yang membincangkan kemahiran berkomunukasi. | Makna | 06.02.2008 |
Soalan : Tubuh penagih dadah itu kurus ___. Pilihan jawapan yang manakah lebih tepat - amat atau nian? Mengapa? | Berdasarkan ayat yang dikemukakan oleh saudara, jawapan yang paling sesuai ialah "Tubuh penagih dadah itu amat kurus". | Lain-lain | 28.08.2007 |
salam sejahtera..saya ingin mendapatkan kepastian, adakah penggunaan frasa SESEORANG INDIVIDU dan TUBUH BADAN betul? | Frasa "seseorang individu" dan "tubuh badan" betul, seseorang dan telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 17.08.2015 |
Saya ada soalan berkaitan kata sendi dari/daripada yang bertemu dengan kata nama anggota tubuh badan. 1. Kata-kata itu keluar dari/daripada mulutnya. 2. Air matanya bertakung dan akhirnya tumpah dari/daripada tubir mataya. 3. Kata-kata itu ikhlas dari/daripada hatinya. Penggunaan anggota tubuh badan tersebut bolehkah merujuk kepada tempat atau asal kejadian sesuatu perkara? Mohon penjelasan pihak DBP. | Berikut disenaraikan ayat yang lebih tepat tatabahasanya: 1. Kata-kata itu keluar daripada mulutnya. 2. Air matanya bertakung dan akhirnya tumpah daripada tubir matanya. 3. Kata-kata itu ikhlas daripada hatinya. Penggunaan anggota tubuh badan tersebut merujuk pada sumber atau asal kejadian sesuatu benda. (Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 269-272) | Tatabahasa | 25.09.2023 |
|
Tesaurus |
---|
| tubuh (kata nama) | Bersinonim dengan badan, jasad, jasmani, jisim, diri, rangka, bentuk, sarira;, | | Kata Terbitan : bersetubuh, menyetubuhi, persetubuhan, bertubuh, menubuhkan, tertubuh, pertubuhan, penubuhan, |
|
Puisi |
---|
|
Tubuh lengkung gelegak lengkung, Tanam lada di busut tinggi; Riuh sekampung gelak sekampung, Sementara ada saya di sini.
Lihat selanjutnya... |
|