Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Sains Kewangan ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Kata adat bertepat-tepat, Tanda tepat halus tuturnya; Mata melihat bersifat-sifat, Tanda bersifat lurus alurnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Waktu menteri berdagang tepat, Celananya basah kena santan; Pilulah hati mengenang kampung, Rutan tanahnya dijual orang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kaalau bergalah tepatlah tepat, Supaya sampah tidak terdangkut; Kalau bersalah bertaubatlah cepat, Supaya badan tidak melarat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sungguh merdu suara seruling, Orang teringat ke masa lalu; Sungguh pemalu betina juling, Memandang tepat ia tak mahu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau membakar bertebas-tebas, Bila menebang berpepat-pepat; Kalau menakar berpepas-pepas, Bila menimbang bertepat-tepat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
1
Tesaurus
 
tepat (adjektif)
Bersinonim dengan betul, benar, sah, sahih, jitu, positif, tidak salah;,
Kata Terbitan : bertepatan, menepati, ketepatan,

Peribahasa
74

If the cap fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya.” Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur! ” tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...