Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertimbang tunai.

Takrif

Menjawab dengan tepat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Melepaskan peluru petunang.

Takrif

Mengeluarkan kata-kata yang tepat. peluru petunang = peluru yang berjampi untuk mengenai sasarannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tersabung akan induk ayam (= akan itik).

Takrif

Tidak tepat dengan dugaan semula; kecewa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Awak menangis diberi pisang.

Takrif

Bujukan (pujukan) yang tepat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gayung tua, gayung memutus.

Takrif

Perkataan orang tua biasanya tepat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jauh panggang dari api.

Takrif

Jawapan atau sindiran yang tidak tepat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersuara.

Takrif

Jawab yang benar dan tepat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kena pukul di punggung (= di pantat), gigi habis tanggal.

Takrif

Sindiran (jawapan) yang tepat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tentang lubuk lepas tuba, tentang ikan akan mati.

Takrif

Kemahuan atau pertanyaan hendaklah tepat pada waktu dan tempatnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti anjing lapar mendapat tulang, daging segumpal dan sekeping apam.

Takrif

Bantuan yang diperoleh tepat pada waktunya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
tepat (adjektif)
Bersinonim dengan betul, benar, sah, sahih, jitu, positif, tidak salah;,
Kata Terbitan : bertepatan, menepati, ketepatan,