Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Saya perlukan jawapan paling tepat/hampir tepat berdasarkan soalan berikut.Sila nyatakan soalan yang hendak dikemukakan. Lain-lain17.08.2022
Dipersalahkan atau disalahkan? Mana lebih tepat.Jawapan yang tepat ialah dipersalahkan.Lain-lain27.06.2021
Perkataan asset atau aset? Yang mana satu yang tepat?Ejaan yang tepat ialah asetIstilah05.03.2020
Saya dan ibu Ibu dan saya Yang mana lebih tepat? Yang kurang tepat itu adakah salah?1. Saya dan ibu
2. Ibu dan saya

Kedua-dua frasa di atas betul.
Tatabahasa09.07.2023
di kalangan murid dalam kalangan murid yang mana satu lebih tepat?Jawapan yang tepat ialah ... dalam kalangan muridTatabahasa25.06.2019
Apakah terjemahan yang tepat bagi "equivalent". Apakah penggunaan yang paling tepat, sama ada "konsep kesepadanan dalam penterjemahan" atau "konsep kesetaraan dalam penterjemahan"?Penggunaan yang paling tepat ialah "konsep kesepadanan dalam penterjemahan".Makna27.08.2019
Pantai timur semenanjung Malaysia / Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Yang manakah ejaan yang tepat?Ejaan yang tepat ialah Pantai Timur Semenanjung Malaysia.Ejaan07.04.2022
Saya nak tahu ejaan yang tepat untuk 32-bit/8-bit dlm istilah IT. Dalam PRPM sendiri banyak ejaan menggunakan sempang (32-bit) dan banyak tidak menggunakan sempang (32 bit). Manakah ejaan yang paling tepat?Ejaan yang paling tepat ialah (32-bit) menggunakan tanda sempang.Istilah22.04.2019
Adakah tepat jika saya gunakan terjemahan bagi authorised reseller sebagai "penjual semula berwenang" Contohnya, Apple Authorised Reseller (Penjual semula Apple berwenang)

Cadangan terjemahan bagi authorised reseller yang sesuai ialah Penjual Berdaftar atau Penjual yang Sah.

Penyemakan dan penterjemahan22.09.2022
Istilah tepat Bahasa Melayu bagi perkataan 'DESK OFFICER".Soalan anda tidak jelas. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas dari segi konsep berserta dengan contoh ayat.Lain-lain25.02.2022
Tesaurus
 
tepat (adjektif)
Bersinonim dengan betul, benar, sah, sahih, jitu, positif, tidak salah;,
Kata Terbitan : bertepatan, menepati, ketepatan,