Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
persembahan tamat atau tamat persembahan, antaranya frasa mana satu yang betul? Kami bertepuk tangan selepas ____. Terima kasih ats penjelasan.persembahan tamat atau tamat persembahan, antaranya frasa mana satu yang betul? Kami bertepuk tangan selepas ____. . Kedua-dua frasa "persembahan tamat atau tamat persembahan" adalah betul dan boleh digunakan.Tatabahasa13.07.2017
Yang manakah betul. "Hari Anugerah Cemerlang dan Majlis Penyampaian Sijil Tamat PraSekolah" atau "Hari Anugerah Kecemerlangan dan Majlis Penyampaian Sijil Tamat PraSekolah"? Atau jika pihak tuan ada cadangan yang lebih baik. Terima KasihAyat yang betul ialah "Hari Anugerah Pelajar Cemerlang dan Majlis Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah" atau "Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Majlis Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah."Lain-lain18.11.2017
Salam sejahtera. Ayat 1: Tamanah hendak melihat perarakan. Ayat 2: Perarakan sudah tamat. Jika ayat 1 dan 2 digabungkan, maka ayat berikut yang manakah betul? Atau kedua-duanya betul? Ayat majmuk 1: Tamanah hendak melihat perarakan tetapi sudah tamat. Ayat majmuk 2 : Tamanah hendak melihat perarakan tetapi perarakan sudah tamat. Terima kasih.Tamanah hendak melihat perarakan tetapi perarakan sudah tamat.Tatabahasa29.07.2013
Salam sejahtera. 1. Azman hendak melihat perarakan tetapi sudah tamat,Azman hendak melihat perarakan tetapi perarakan sudah tamat. Ayat manakah yang betul? Adakah perkataan perarakan diperlukan selepas tetapi? 2.Dalam bahasa Malaysia, kata kerja transitif men...kan diikuti oleh objek manakala men...i diikuti oleh manusia. Sebagai contoh, Bapa menghadiahi Ali sebuah buku,Bapa menghadiahkan sebuah buku kepada Ali. Akan tetapi, terdapat sesetengah ayat yang tidak mengikut hukum tersebut. Contohnya, Mereka menguasai sektor ekonomi,Peluru mengenai sasaran. Apakah yang menyebabkan keadaan ini berlaku? 3.Dalam kesusasteraan Melayu lama, terdapat perkataan sekalian peristiwa. Apakah maksud sebenar yang didukung oleh perkataan tersebut? 4. Apakah cara penulisan yang paling sesuai untuk kata bilangan berangka seperti kedua(ke-2), kelima puluh(ke-50) dalam tulisan rasmi? Adakah tanda sempang(-) dengan angka mesti digunakan ataupun tulisan dalam perkataan sudah memadai? 5. Penulisan kata bilangan ke-56 ditulis dalam bentuk kelimapuluh enam ataupun kelima puluh enam?

Jawapan

1.   Kedua-dua ayat adalah betul. Akan tetapi ayat pertama lebih gramatis, iaitu tidak perlu mengulangi perkataan perarakan

2.   Bukan semua kata kerja transitif men...kan dan men...i harus mengikut peraturan tersebut.  Sila lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 207:

(II) Bagi kata kerja tertentu, perbezaan penggunaan apitan meN- ... kan dan meN-...-i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan men-...-i menerima objek yang bernyawa.  Contohnya:

a.       Ali memberi kucing makanan

b.      Ali memberikan makanan kepada kucing.

 

Apabila disebut bagi kata kerta tertentu bermaksud bukan semua kata kerja.  Banyak kata kerja berapitan men...i yang tidak diikuti oleh objek bernyawa:

-Mereka cuba melupai peristiwa itu

-Hujan membasahi jemurannya.

-Air hujan memasuki rumah kami.

            Untuk lebih faham, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 202 -208.

 

3.   Sekalian peristiwa bermaksud semua peristiwa atau keseluruhan peristiwa.

4.   Penulisan angka boleh digunakan dengan ejaan penuh atau ditulis angka sahaja dalam tulisan rasmi.  Walau bagaimana pun mengikut buku Gaya Dewan apabila menulis dalam ayat, bilangan 1 hingga 9 dieja penuh, (seperti satu, dua....sembilan).  Manakala bilangan 10 dan ke atas ditulis dengan angka (10, 12, 20, 31, 105 dsb). Jadi apabila ditambah ke, menjadi kedua, kelapan, ke-10, ke-50. Akan tetapi jika bukan dalam ayat,  seperti tajuk atau nama khas sesebuah program atau majlis, boleh ditulis dengan angka sahaja walaupun bilangan itu kurang daripada 10.  Contohnya Anugerah Enovasi Ke-8.

5.   Kelima puluh enam

Lain-lain30.10.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pertanyaan saya, bolehkan Majlis Tamat Persekolahan bagi Tingkatan 5 ditukarkan namanya kepada "Majlis Graduasi Tingkatan 5'? Mohon pencerahan. Terima kasihPenggunaan ayat yang betul ialah Majlis Tamat Persekolahan Pelajar Tingkatan 5.Tatabahasa07.03.2019
Bolehkah saya gunakan perkataan Konvokesyen untuk majlis tamat tadika?Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, konvokesyen ditakrifkan sebagai perhimpunan di universiti untuk upacara penyampaian ijazah.
Oleh yang demikian, perkataan konvokesyen tidak sesuai digunakan untuk majlis tamat tadika. Kami mencadangkan puan menggunakan frasa Majlis Penyampaian  Sijil.
Makna26.08.2013
Michael terpaksa kembali ke tanah airnya sebab tepoh perkhidmatannya di negeri ini sudah tamat. Saya ingin bertanya ayat di atas menggunakan perkataan sebab - boleh atau tidak. Klau tidak perkataan apa yang betul. Terima kasihAyat yang betul ialah:
 1. Michael terpaksa kembali ke tanah airnya oleh sebab tempoh perkhidmatannya di negeri ini sudah tamat.
 2. Michael terpaksa kembali ke tanah airnya kerana tempoh perkhidmatannya di negeri ini sudah tamat.
Tatabahasa30.07.2018
Apakah istilah yang boleh digunakan untuk majlis penganugerahan sijil tamat persekolahan peringkat menengah (murid tingkatan 5), memandangkan dalam kamus bahasa Melayu tidak ada istilah graduasi & perkataan konvokesyen hanya untuk penganugerahan ijazah serta diploma? Selamat petang:
 Perkataan graduasi disesuaikan daripada bahasa Inggeris "graduation" yang bermaksud menyampaikan sijil atau ijazah. Oleh itu majlis graduasi ialah upacara penyampaian ijazah atau diploma di kolej dan universiti. Bagi pelajar tingkatan 5, majlis boleh dinamakan bergantung pada tujuan diadakan, sama ada untuk menyampaikan sijil atau kerana tamat tingkatan 5 (tamat sekolah).

Sekian, terima kasih.
Lain-lain14.10.2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah g betul untuk seorang Cef (Chef) yang telah tamat pengajian doktor falsafah. Adakah gelarannya Chef Dr. (Nama) atau Dr. Chef (Nama)? Mohon penjelasan. Terima kasih.Penggunaan panggilan untuk seorang Cef (Chef) yang telah tamat pengajian doktor falsafah, kelazimannya menggunakan kedudukan yang lebih tinggi dahulu baru diikuti dengan kedudukan atau pangkat yang lain. Contoh: Dr. Cef Redzuan HashimLain-lain03.12.2021
Salam. Maaf tentang soalan saya yang tak begitu jelas. Dalam ayat "Comander, can you hear, over?". Adakah "Komander, kamu boleh dengar tak, tamat?" terjemahan yang betul? Terima kasih.Terjemahan yang sesuai bagi 'Comander, can you hear, over' ialah Komander, boleh anda dengar, tamatMakna10.08.2020
Tesaurus
 
tamat (kata kerja)
Bersinonim dengan berakhir, selesai, habis, sudah, khatam, berhenti, putus, beres, langsai, kiamat;,
Kata Terbitan : menamatkan, tamatan, penamatan, penamat,

Puisi
 

Tuan menjaja Qurªan Istanbul,
     Lambat tamat dipelajari;
Kalau tuan berjanji betul,
     Dilucut akan cincin di jari.



Lihat selanjutnya...