Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Patuh Melayu kepada amanah, Amanah dijaga hidup dan mati; Senonoh laku terpelihara sumpah, Sumpah bertakhta di dalam hati.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Hendak sepah diberi sepah, Tapi jangan ditukar-tukar; Hendak sumpah kuberi sumpah, Tapi jangan dilanggar-langgar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Adat Melayu pantang berzina, Berbuat zina dosanya besar; Jahatlah laku membuang sumpah, Khianat ke sumpah tuahnya pudar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Memegang sumpah mati pun mahu, Memeluk amanat pagi dan petang; Pantang memfitnah memberi malu, Menokok sahabat dari belakang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat Melayu kepada sumpah, Bila ingkar dimakan kutuk; Adat berguru pantang menyerah, Bila terlantar jangan mengaruk.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bertabur jadi tanah. Kena sumpah seranah; Suka buat fitnah, Rumah tangga musnah.Pantun Melayu SarawakBudi
Adat Melayu memegang janji, Memegang sumpah mati pun mahu; Sifat Melayu pantang mengeji, Pantang memfitnah memberi malu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Berat bukan sebarang berat, Berat memegang sumpah sejati; Niatku bukan sebarang niat, Niat meminang kekasih hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang beradat menepati janji, Ikrar dan sumpah dipeluk erat; Membuang adat mematikan budi, Tercemarlah nama dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apabila sepah tidak dibuang, Lalat datang semut merutung; Apabila sumpah tidak dipegang, Dilaknat orang perut pun kembung.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tesaurus
 
sumpah (kata nama)
1. Bersinonim dengan pengakuan: pengesahan, pengiktirafan, persetujuan, penyungguhan, penyaksian,

2. Rujuk seranah

3. Bersinonim dengan janji: ikrar, pengakuan, persetiaan,

Kata Terbitan : bersumpah, menyumpah,

Puisi
 

Banyak belah pecah seratus,
     Nampak berbalam di hutan lipur,
Demi Allah sumpah putus,
     Sudah digenggam masakan lebur.



Lihat selanjutnya...