Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Apakah penggunaan bahasa yang sesuai, Majlis Angkat Sumpah atau Majlis Mengangkat Sumpah?“Majlis Angkat Sumpah” dan “Majlis Mengangkat Sumpah”, kedua-dua frasa ini telah banyak digunakan. Berdasarkan maklumat di Internet frasa Majlis Angkat Sumpah lebih banyak digunakan. Kelazimannya nama atau tajuk juga lebih banyak menggunakan bentuk kata nama seperti Majlis Angkat Sumpah.Tatabahasa02.07.2020
Tolong betulkan kalau ada kesalahan. (a) Kata ganda yg membawa maksud tunggal atau satu (frasa nama) Tambah perkataan banyak/ramai/semua yg membawa maksud jamak(lebih drpd satu) (1) biri-biri (2) gula-gula (3) orang-orang (4) kura-kura (5) rama-rama / kupu-kupu (6) ampai-ampai / ubur-ubur (7) kanak-kanak (8) jentik-jentik (9) anai-anai (10) api-api / kelip-kelip / kunang-kunang (11) sumpah-sumpah (12) labi-labi (13) langit-langit (14) labah-labah (15) angkut-angkut (16) labu-labu (17) ubun-ubun (18) undang-undang (19) ura-ura (20) beri-beri (21) oleh-oleh (22) jemput-jemput (23) agar-agar (24) cita-cita (25) epok-epok (26) gado-gado (27) kuda-kuda / para-para (28) dekak-dekak (29) siku-siku (30) tupai-tupai (31) layang-layang (32) mata-mata (33) patung-patung (34) orang-orang

Kata ganda ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, separa atau berentak. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa21.01.2022
Hardian Nugraha Saya hendak bertanya? Sejak kapan bahasa malaysia dijadikan sebagai bahasa nasional , ti mungkin tidak ya dulu isi sumpah pemuda (sebelum indonesia merdeka) malaysia masuk wilayah indonesia Ety Nur HayatiPerkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu.Lain-lain09.09.2015
Apa perbezaan perlu meletakkan tanda sempang atau tidak perlu dalam menulis perkataan cucu cicit, hiruk pikuk, bengkang bengkok, calar balar, sumpah seranah. Apa formula yang mudah digunakan untiuk perkataan begini untuk diletak sempang atau tidak. Terima kasih.Kata ganda dieja dengan tanda sempang. Kekeliruan timbul apabila beberapa frasa seperti bukit bukau dan sampah sarap dieja tanda sempang. Hal ini demikian kerana bukit bukau dan sampah sarap ialah frasa nama kerana kedua-dua perkataan dalam frasa tersebut mempunyai makna, dan bukan kata ganda.Ejaan06.08.2018
apakah maksud karma?Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, karma ialah semua perbuatan manusia sewaktu hidupnya di dunia; 2. kerama, kutuk, sumpah: contoh ayat ; Tak seorang pun yg terlepas daripada karmanya.Makna10.02.2013
Apakah itu bahasa makian?berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makian bermaksud kata yg kasar dan keji (utk meng­hina, memarahi, dll), maki: budak-budak itu tidak langsung menghiraukan ~ dan sumpah seranah itu.Istilah26.07.2010
Salam sejahtera tuan/puan, Saya ingin bertanya, saya mempunyai kelulusan ijazah dalam bidang terjemahan, bagaimana cara untuk memperakui (certify) terjemahan yang telah dilakukan untuk klien, terutamanya untuk terjemahan sijil, surat akuan, pengisytiharan dan yang seumpama dengannya? Adakah proses akuan sah ini hanya boleh dilakukan oleh Notari Awam dan Pesuruhjaya Sumpah yang dilantik khas oleh pihak Mahkamah? Jika soalan ini tidak dapat dijawab, siapa yang boleh saya hubungi untuk bertanya dengan lebih lanjut berkenaannya? Terima kasih.Salam sejahtera,

Puan,

Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia untuk maklumat lebih lanjut.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain04.07.2019
Salam sejahtera, Bagaimanakah suntingan yang setepatnya untuk ayat-ayat keagamaan berikut? Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beramal soleh). Apakah istilah yang sesuai untuk menggantikan 'Demi sesungguhnya'?Mengikut konteks agama, ayat yang berunsur sumpah didahulukan kata "demi" untuk penegasan.Lain-lain05.10.2020
Bagaimanakah membina ayat 3 kosa kata ini mengabsahkan,mengabur,mengacak

Contoh binaan ayat daripada kosa kata  “mengabsahkan”, “mengabur” dan “mengacak” adalah seperti yang berikut: 1). Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri  yang dihadiri oleh    Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pada 1 Mac 2020 di Istana Negara,  mengabsahkan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Kelapan. 2). Penglihatan Mak Limah kianmengabur akibat penyakit kencing manis. 3). Bekerjalah dengan seikhlas hati, jangan mengacak dan patuhilah peraturan yang telah ditetapkan.


Tatabahasa08.01.2021
maksud perkataan balam,kandis,damar,tengar,mendengut,serapah,serati,selara

Balam maksudnya sejenis burung atau nampak kurang jelas, kandis maksudnya sejenis tumbuhan (pokok yang masam buahnya) dalam famili Guttiferae, damar maksudnya bahan berupa getah keras yang diperoleh daripada beberapa jenis pokok, tengar maksudnya sejenis tumbuhan (pokok yang kulitnya digunakan untuk menyamak jaring, kulit binatang, dan lain-lain), mendengut maksudnya berbunyi dengut (seperti bunyi burung puyuh, atau gong yang dipalu), serapah maksudnya kutuk atau sumpah, serati maksudnya gembala gajah, selara maksudnya bulu halus (seperti miang) pada tumbuh-tumbuhan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan.

Makna01.11.2009
1
Tesaurus
 
sumpah (kata nama)
1. Bersinonim dengan pengakuan: pengesahan, pengiktirafan, persetujuan, penyungguhan, penyaksian,

2. Rujuk seranah

3. Bersinonim dengan janji: ikrar, pengakuan, persetiaan,

Kata Terbitan : bersumpah, menyumpah,

Puisi
 

Banyak belah pecah seratus,
     Nampak berbalam di hutan lipur,
Demi Allah sumpah putus,
     Sudah digenggam masakan lebur.



Lihat selanjutnya...