Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PETIT POINT

Petit point ialah bentuk sulaman yang halus,

selalunya dijahit di atas kanvas jejaring halus.

Istilah ini juga digunakan untuk menggambarkan

kanvas yang telah siap. Petit point kadangkala

dikenali juga sebagai jahit khemah (tent stitch) atau

jahit setengah (half stitch).

UMUM
TERUSAN ERIE

Terusan Erie ialah jalan air negara pertama yang

penting yang dibina di Amerika Syarikat. Terusan

ini merentasi New York dari Buffalo di Tasik Erie ke

Troy dan Albany di Sungai Hudson (siap dibina

pada tahun 1825). Terusan ini menyambungkan

Tasik-tasik Besar dengan Lautan Atlantik. Ia

menjadi laluan untuk membawa masuk barang

buatan dan peneroka ke bahagian Barat, manakala

kayu dan hasil pertanian dibawa ke bahagian Timur

Amerika Syarikat. Terusan ini membantu New York

City menjadi pelabuhan yang terkemuka pada

tahun 1800-an.

Pembinaan terusan ini dibiayai keseluruhannya

oleh negeri New York. Terusan ini menguntungkan

sehingga tahun 1882, apabila tol dimansuhkan.

UMUM
SPENSER, EDMUND

Spenser, Edmund (1552?1599) ialah penyair

Inggeris yang unggul dalam zaman Elizabeth. Sajak

epiknya, The Faerie Queene, dianggap sebuah

karya agung sastera Inggeris walaupun puisi ini

tidak siap sepenuhnya. Spenser hanya menyiapkan

enam daripada 12 buku (bahagian) yang

dirangkakan untuk karya ini.

UMUM
TERUSAN PANAMA

Terusan Panama ialah jalan air yang dibina

merentas Segenting Panama dan menghubungkan

Lautan Atlantik dengan Lautan Pasifik. Terusan ini

adalah salah satu kejayaan kejuruteraan yang

paling besar di dunia. Setelah siap dibina pada

tahun 1914, terusan itu memendekkan perjalanan

kapal di antara New York City dengan San

Francisco hingga menjadi tidak sampai 8370

kilometer. Sebelumnya, kapal yang membuat

perjalanan ini terpaksa belayar mengelilingi

Amerika Selatan suatu jarak yang melebihi 20 900

kilometer.

UMUM
OLD BAILEY

Old Bailey ialah nama biasa bagi Mahkamah

Jenayah Pusat di London. Bangunan mahkamah

ini terletak di Jalan Old Bailey. Jalan ini dahulunya

membentuk sebahagian daripada bailey (laman

dalam) antara Ludgate dengan Newgate.

Bangunan ini siap dibina pada tahun 1907. Ia

tersergam di atas tapak penjara Newgate.

Bumbung kubahnya yang dihiasi patung keadilan

memegang sebilah pedang dan dacing

merupakan salah satu tarikan yang terkenal di

bandar raya London.

UMUM
METALURGI SERBUK

Metalurgi serbuk ialah proses yang menurunkan

logam kepada bentuk serbuk dan menekan serbuk

itu menjadi bentuk agak terbatas. Proses pemanasan

yang dikenali sebagai pensinteran digunakan untuk

mengikat serbuk logam dan menambah kekuatan

kepada keluaran siap (lihat Pensinteran).

UMUM
SAARINEN, EERO

Saarinen, Eero (19101961), arkitek Amerika

yang terkenal kerana idea yang berani untuk seni

arca raksasa. Pada tahun 1948, reka bentuk gerbang

keluli yang tahan karat ciptaannya memenangi

peraduan untuk peringatan di St. Louis, Missouri.

Gerbang tersebut siap pada tahun 1965. Saarinen

memperoleh pengiktirafan yang terbesar untuk

bangunan kerangka keluli berbentuk kotak untuk

Pusat Teknik General Motors (19451956) di

Warren, Michigan. Auditorium Kresge (19531956)

di Institut Teknologi Massachusetts pula ialah

kubah konkrit bertetulang dengan hanya tiga

tempat topangan. Sementara Terminal Sistem

Penerbangan Trans World (1956 1962) di Lapangan

Terbang Antarabangsa Kennedy di New York

menggunakan konkrit bertetulang berbentuk

sayap.

UMUM
SANDRINGHAM

Sandringham ialah estet luar bandar yang

digunakan oleh keluarga diraja British. Letaknya

di Norfolk, lebih kurang 11 kilometer di timur laut

Kings Lynn. Estet ini diperoleh untuk Edward VII,

yang pada waktu itu menjadi Putera Wales, pada

tahun 1861. Rumah Sandringham siap dibina

pada tahun 1870. Tamannya dimajukan dan

diperbaik oleh George V dan Ratu Mary. Estet ini

boleh dikunjungi oleh orang ramai sekiranya

keluarga diraja tidak berada di sana.

UMUM
TASIK VOLTA

Tasik Volta, di tengah Ghana, merupakan salah

sebuah tasik buatan manusia yang paling besar di

dunia. Tasik ini merupakan takungan di belakang

Empangan Akosombo di Sungai Volta. Tasik Volta

terbentang sejauh 402 kilometer ke utara

empangan tersebut dan terbentuk apabila

empangan itu siap dibina pada tahun 1965. Tasik ini

meliputi kawasan seluas 8482 kilometer persegi.

Stesen janakuasa elektrik di Empangan Akosombo

menggunakan air dari Tasik Volta.

UMUM
REIMS

Reims (pend. 185 164; pend. kaw. met. 206 362)

ialah kota berkubu di utara Perancis. Ia terletak di

Sungai Vesle kira-kira 158 kilometer di timur laut

Paris. Bagi mengetahui kedudukannya, lihat

Perancis (peta politik). Keindahan Reims tertumpu

pada katedralnya yang mula dibina pada tahun

1200-an dan siap pada tahun 1430. Tinggi katedral

ini melebihi kawasan perumahan sekitarnya.

UMUM
Tesaurus
 
siap (kata kerja)
Bersinonim dengan selesai, habis, berakhir, tamat, sempurna, beres, usai, sudah jadi;,
Kata Terbitan : bersiap, bersiap-siap, menyiapkan, persiapan, penyiapan,

Puisi
 

Raja Sultan bersarung kuda,
     Buku siap bermain kilarnak;
Anjung yang tetap menjadi legar,
     Dipandang laut berombak tidak.



Lihat selanjutnya...