Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Apakah perbezaan antara "sewaktu" dan "apabila". Contoh soalan ____________hujan turun dengan lebat, kawasan rendah akan banjir.Sewaktu bermaksud sama waktu. Dari aspek makna, apabila juga bermaksud sewaktu (sama waktu). Dalam bidang tatabahasa apabila berfungsi sebagai kata hubung dalam ayat. dalam konteks ayat tersebut, jawapan yang tepat ialah apabila.Tatabahasa10.10.2017
Salam sejahtera, tuan. Bolehkah tuan jelaskan perbezaan antara apabila, ketika, semasa dan sewaktu? Bayi itu dijaga oleh ibu saudaranya (semasa / sewaktu) ketiadaan ibu bapanya. Adakah kedua-dua semasa dan sewaktu betul dalam konteks ayat ini? Terima kasih.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua tidak ada perbezaan antara “apabila”, “ketika”, “semasa” dan “sewaktu”. Semuanya membawa makna yang hampir sama iaitu pada ketika, sewaktu atau pada waktu/masa. Oleh itu, berdasarkan ayat yang diberikan kedua-duanya boleh digunakan iaitu “Bayi itu dijaga oleh ibu saudaranya semasa ketiadaan ibu bapanya” atau “Bayi itu dijaga oleh ibu saudaranya sewaktu ketiadaan ibu bapanya”.

Tatabahasa18.02.2022
Apakah perbezaan penggunaan kata-kata hubung seperti yang berikut, i) apabila ii) semasa iii) ketika iv) tatkala v) sewaktu vi) bilaUntuk makluman tuan, kata hubung apabila, semasa, ketika, tatkala dan sewaktu merupakan kata hubung keterangan waktu. Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu kejadian. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kata hubung tersebut mempunyai makna yang hampir sama yang bererti pada ketika itu. Perkataan bila pula ialah kata tanya yang digunakan untuk menanyakan waktu yang mana.Tatabahasa04.04.2018
Saya ingin bertanya: Apakah maksud sebelum dan sebelumnya? Apakah perbezaan antara kedua-dua perkataan ini? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, sebelum bermaksud sewaktu belum, pada waktu belum: ~ mandi pagi, dia bersenam; kita seharusnya berusaha ~ terlambat.

Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga.

Tatabahasa02.02.2014
Saya musykil tentang perkataan sebelum dan mendapatkan. Adakah perkataan-perkataan ini tergolong dalam golongan kata bantu iaitu belum dan dapat?Perkataan mendapatkan merupakan kata kerja manakala menurut Kamus Dewan Edisi Empat, sebelum bermaksud sewaktu belum, pada waktu belum: ~ mandi pagi, dia bersenam; kita seharusnya berusaha ~ terlambat.

Tatabahasa17.02.2015
apakah perbezaan penggunaan apabila dan ketikaBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, apabila bermaksud semasa, sewaktu, ketika, bilamana, apakala. Ketika pula bermaksud waktu (yg sangat singkat atau yg tertentu), saat, masa.Istilah20.07.2009
Bolehkah kedua-dua ayat di bawah di gunakan atau Ayat yang mana satu betul: 1. Ali membaca buku sewaktu menunggu bas. 2. Ali membaca buku sementara menunggu bas.Ayat yang tepat ialah Ali membaca buku sementara menunggu bas. Kata sementara digunakan dalam situasi ayat yang membawa maksud dalam tempoh atau dalam waktu tertentu.Tatabahasa29.10.2014
Pak Mail dan isterinya datang ____ Kami sekeluarga sedang makan tengah hari. A. tatkala B apabila Apakah jawapannya apakah perbezaan tatkala dan apabila?Tatkala bermaksud ketika (itu), pada masa (itu), waktu (itu): ~ itu anak miskin itu pun masuklah. Apabila  pula bermaksud semasa, sewaktu, ketika, bila mana, apa kala: ~ ada harta si mati hendak dibahagikan, tentu sahaja ada pertelingkahan; dia semakin bimbang ~ melihat keadaan ibunya yg semakin tenat.

Perkataan yang boleh digunakan ialah apabila.
Tatabahasa23.07.2013
Saya ingin bertanya ejaan huruf kecil dan besar dan juga tatabahasa: 1) Telah masuknya Azan Subuh atau azan Subuh? 2) Gangguan Stres Pasca Trauma atau Gangguan stres pasca trauma telah kembali menyerang adiknya itu. 3) Dia menunaikan 'Solat Sunat Tahajud' atau 'solat sunat Tahajud'? 4) Dia pernah menyertai debat bahasa Arab atau 'Debat Bahasa Arab' sewaktu zaman sekolah dahulu. 5) Bila hendak digunakan perkataan 'kepada'? Setahu saya, 'pada' digunakan untuk tempat, masa, tarikh manakala 'kepada' digunakan untuk manusia sahaja. Contoh ayat: 'Ahmad menyerahkan sampul surat tersebut kepada adiknya' atau penggunaan lebih tepat 'Ahmad menyerahkan sampul surat tersebut pada adiknya'? Terima kasih.1) Frasa yang betul ialah ... telah masuk waktu subuh / ... telah berkumandang azan subuh.

2) Gangguan stres pascatrauma telah kembali menyerang adiknya itu.

3) Dia menunaikan solat sunat tahajud. 

4) Dia pernah menyertai pertandingan debat bahasa Arab sewaktu zaman persekolahan dahulu.

5) Kata sendi nama"pada" menunjukkan keterangan waktu atau tempat seperti "bermula pada hari ini", manakala kata sendi nama "kepada" untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad.
Tatabahasa08.12.2020
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "segar" dengan betul. I. Peristiwa lucu itu masih segar dalam ingatannya. II. Ayah suka makan buah-buahan segar untuk mengalas perut. III. Udara di kaki bukit pada waktu pagi sungguh nyaman dan segar. IV. Badan Ali kembali segar setelah dia mandi di perigi itu. A. I dan IV sahaja B. I, II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV 2. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mencecah" dengan betul. I. Cikgu Ujang menegur Saidin kerana rambutnya mencecah telinga. II. Adik mencecah hujung jari telunjuknya pada permukaan air yang sejuk itu. III. Datuk mencecah biskut dengan air kopi sewaktu minum petang. IV. Air sungai itu telah mencecah paras bahaya. A. I dan III sahaja B. I, II dan IV sahaja C, II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

Sdr. Ong,

Bagi soalan pertama jawapannya ialah D, semuanya betul. Manakala soalan kedua pula jawapannya ialah B, i,ii,dan iv.

Tatabahasa08.04.2010
1
Tesaurus
 
waktu (kata nama)
1. Bersinonim dengan masa: jangka masa, saat, ketika, kala, sangkala, tempoh, zaman, tenggak,

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, tempoh, kelapangan,

Kata Terbitan : sewaktu, sewaktu-waktu,