Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Saya rasa seronok dan mahu ucap tahniah kerana mewujudkan suatu perkataan baharu khusus untuk bahasa Melayu seperti selfie kepada swafoto. Saya teringin nak melihat suatu perkataan khusus peraturan-peraturan dalam permainan dan sukan khususnya bola sepak yang saban hari kita main, melihat dan tonton. Saya mencari perkataan bahasa Melayu untuk offside dan foul, tetapi yang saya jumpa ialah ofsaid dan faul. Saya mohon ada perkataan baharu untuk bahasa kita yang merupakan jiwa dan identiti kita. Tidak perlu yang panjang, contoh anak dara tua jadi andartu. Atau apa-apa perkataan yang mudah disebut yang semestinya pihak DBP lebih mahir dalam bidang ini. Semoga dapat dipertimbangkan dan dapat memartabatkan lagi kedudukan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Sekian.Istilah ofsaid dan faul ialah istilah yang rasmi dalam bidang sukan. Walau bagaimanapun, cadangan tuan akan kami kemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk dipertimbangkan.   Istilah12.02.2017
1. Melalui lawatan ini, kami berasa sangat seronok dan gembira kerana kami dapat memperoleh atau mendapat pelbagai ilmu pengetahuan tentang sains dan matematik 2. Kami berasa sangat seronok dan gembira kerana kami dapat memperoleh atau mendapat pelbagai ilmu pengetahuan tentang sains dan matematik melalui lawatan ini. Manakah ayat yang betul? Atau kedua-dua pun boleh digunakan?

Kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan.

1. Melalui lawatan ini, kami berasa sangat seronok dan gembira kerana kami dapat memperoleh atau mendapat pelbagai ilmu pengetahuan tentang sains dan matematik (ayat songsang).

 2. Kami berasa sangat seronok dan gembira kerana kami dapat memperoleh atau mendapat pelbagai ilmu pengetahuan tentang sains dan matematik melalui lawatan ini.

Tatabahasa06.04.2020
Adakah terdapat perbezaan antara 'seronok' dengan 'menarik'? Kalau ada, apakah perbezaannya? Adakah kedua-dua perkataan ini sama dengan 'have fun' dalam bahasa Inggeris? Sekian, terima kasih.Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan bahasa Melayu untuk "have fun" ialah berseronok-seronok. "Menarik" mempunyai beberapa padanan bahasa Inggeris seperti "attractive, interesting,striking dan lain-lain bergantung pada konteks penggunaan., ". 
Makna12.08.2016
Salam sejahtera tuan, murid-murid saya suka menulis ayat seperti: makan dengan seronok, gotong-royong dengan bekerjasama, membaca dengan asyik , memadamkan api dengan bertungkus lumus dan sebagainya. Adakah semua ayat tersebut gramatis?Salam sejahtera tuan, murid-murid saya suka menulis ayat seperti: makan dengan seronok, gotong-royong dengan bekerjasama, membaca dengan asyik , memadamkan api dengan bertungkus lumus dan sebagainya. Adakah semua ayat tersebut gramatis?
Jawapan:
Ayat yang gramatis ialah ayat yang berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa.Oleh itu, ayat yang gramatis sama maksud dengan ayat yang betul dari segi tatabahasanya. Berdasarkan ayat yang tuan berikan, ada ayat yang gramatis dan ada juga ayat yang tidak gramatis bergantung pada penggunaan ayat.
Tatabahasa17.08.2014
Bahasa perbualan di bawah tidak baku. Minta tolong jadikan ia dalam bahasa melayu baku. A: Nama saja Kamal. Asal Kampung Durian. Saya sekolah dekat sini. Saya seronok belajar kat sini. B: Kenapa seronok ? A: Kiranya dapat menimba ilmu pengetahuan dari guru-guru yang berpengalaman. Macam guru lepas belajar daripada luar negara. B: Apa peranan you bila cikgu gunakan smartbord? A: Baru tau itu smartboard. Rasa macam adalah semangat sikit kan, nak belajar. B: Oo...Dulu tak semangat nak belajar, tak ada smartboard. A: Tak jugaklah. Kiranya menambahkan semangat untuk belajar. Tapi setiap kelebihan ada la kekurangan dia. B: Kekurangan? A: Tu la smartboard. Masa dia sikit sangat. Kalau pakai smartboard tak sempat nak salin nota. B: Oh... perlu lebih masa la. A: Ya. Masalahnya banyak masa terbuang kat situ, teknikal tu kan. Terima kasih kerana sudi membantu.Untuk makluman saudara, soalan ini telah banyak kami terima, sila tukarkan ke bahasa Melayu baku dan kami akan menyemak salinan tersebut seperti yang telah dilakukan dalam soalan sebelum ini. Jika soalan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan kerajaan sila rujuk pihak Lembaga Peperiksaan/pembekal kertas soalan untuk mendapatkan jawapan yang telah diperakui.Tatabahasa20.10.2011
Assalamualaikum, Saya berharap agar dialog di bawah dapat dibetulkan. Terima kasih. Nama awak siapakah? Bagaimana rasa belajar kat sini? Nama saja Norji. Asal Kampung Pinang. Saya sekolah dekat sini. Saya seronok belajar kat sini. Kenapa seronok? Kiranya dapat menimba ilmu pengetahuan dari guru-guru yang berpengalaman. Macam guru lepas belajar daripada luar negara. Apa peranan you bila cikgu guna smartbord? Baru tau itu smartboard. Rasa macam adalah semangat sikit kan, nak belajar. Oo

Lihat Lampiran

Tatabahasa20.10.2011
(1) Dia menyambut berita itu dengan gembira. (2) Kita boleh keluar makan dengan seronok. Kedua-dua ayat ini ada subjek dan predikat, iaitu gramatis. Harap dapat disahkan. Terima kasih.Kedua-dua ayat ini mempunyi subjek dan predikat. Walau bagaimanapun, ayat kedua (2) tidak gramatis.Tatabahasa21.01.2013
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Pemandangan di sini permai sekali. 2. Seronok betul melihat ragam kanak-kanak itu. 3. Hal itu telah saya rancang. 4. Abang membeli sebuah rumah teras. Terima kasih.Keempat-empat ayat contoh yang diberikan betul.Tatabahasa12.09.2012
Ingin mengetahui sama ada wujud atau tidak perkataan 'wow' dengan 'fuyoo' dalam penggunaan bahasa melayu.wujud perkataan wau iaitu suara untuk melahirkan rasa kagum, terkejut, atau seronok.Tatabahasa26.11.2007
Saya masih keliru tentang cara penggunaan pembuka dan penutup kata bagi cakap ajuk yang berlangsung sehingga beberapa perenggan. Contoh: Perenggan satu: "Bila balik raya kami akan tinggal di rumah ibu saudara. Diikuti sambungannya pada perenggan kedua: Anak saudara saya sekarang ni dah 10 orang jadi saya seronok melayan telatah mereka," kata Anuar. Soalan saya, perlu kah diletakkan pembuka kata pada pembukaan perenggan kedua sedangkan dialog pertama tadi belum berakhir?Perenggan satu. "Bila balik raya kami akan tinggal di rumah ibu saudara."
Diikuti sambungannya pada perenggan kedua: Anak saudara saya sekarang ni dah 10 orang jadi saya seronok melayan telatah mereka," kata Anuar.

Ada beberapa cara seperti boleh gabungkan ayat dalam perenggan kedua dalam perenggan pertama. Hanya perlu masukkan pembuka kata pada pangkal ayat dan penutup kata kata hujung ayat bagi dialog yang diucapkan oleh orang yang sama.
Ataupun pada perenggan kedua perlu ada tanda petik pada pembuka kata... "Anak saudara saya.... manakala dihujung ayat bagi perenggan satu perlu ada pelaku dialog seperti ..ibu saudara." cerita Anuar.
Tatabahasa02.08.2012
Tesaurus
 
seronok (adjektif)
Bersinonim dengan sedap, enak, gembira, riang, ria, meriah, suka, ceria, berseronok-seronok;,
Kata Terbitan : menyeronokkan, keseronokan,
Rujuk :suka, bersuka-suka;,

Puisi
 

Rampai-rampai di Tanjung Puri,
     Pulau Pandan jauh ke tengah;
Seronok ramai sementara tak mati,
     Kalau mati dikandung tanah.



Lihat selanjutnya...