Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TERBAKAR DAN MELECUR | Terbakar dan melecur ialah antara kecederaan yang paling serius dan menyakitkan. Biasanya luka terbakar terjadi disebabkan terkena pakaian atau bahan lain yang terbakar atau terkena elektrik atau bahan kimia seperti asid. Kecederaan yang disebabkan oleh air panas atau cecair atau wap panas juga dikenali sebagai melecur . Luka terbakar boleh menjejaskan semua sistem tubuh. Luka terbakar yang serius boleh merosakkan sebahagian besar kulit. Ia juga mengganggu peredaran darah, fungsi beberapa organ, dan kemampuan tubuh untuk melawan jangkitan. | UMUM | |
TETANUS | Tetanus ialah suatu jenis penyakit yang serius yang menyerang otot. Penyakit ini juga dikenali sebagai kancing gigi kerana kekejangan otot yang kuat (pengecutan otot yang kuat) di bahagian otot rahang menyebabkan mangsa sukar membuka mulutnya. | UMUM | |
DEMAM TIFOID | Demam tifoid ialah sejenis penyakit serius yang dijangkitkan oleh bakteria, yang menyebabkan demam panas, keletihan dan dalam kes yang teruk, kematian. Pada masa dahulu ia lebih kerap berlaku di kawasan yang padat penduduknya. Walau bagaimanapun setelah cara kesihatan dan sanitasi yang baik dikembangkan, demam tifoid jarang-jarang berlaku. Penyakit ini sekarang jarang-jarang sekali berlaku di tempat-tempat yang mempunyai standard sanitasi yang moden. | UMUM | |
POLIOMIELITIS | Poliomielitis juga dikenali sebagai polio ialah jangkitan yang serius disebabkan oleh virus. Penyakit ini kadangkala dikenali sebagai lumpuh infantil kerana ia boleh menyerang bayi atau kanak-kanak dan menyebabkan kelumpuhan. Pada masa dahulu, wabak polio biasa terjadi dan sangat ditakuti kerana penyakit ini menyebabkan ramai mangsanya lumpuh seumur hidup. Walau bagaimanapun, pada tahun 1950-an, vaksin melawan penyakit ini telah diperkenalkan. Sejak itu, polio hampir dibasmi di negara maju. | UMUM | |
DISTROFI OTOT | Distrofi otot ialah nama bagi sekumpulan penyakit otot yang serius. Gangguan ini ditandai oleh pembaziran dan kelemahan otot-otot rangka iaitu, otot-otot yang menahan tulang rangka. | UMUM | |
SESSIONS, ROGER | Sessions, Roger (18961985) ialah penggubah dan guru Amerika. Gubahannya begitu cermat, serius dan intelektual. Sessions menulis dalam teknik 12 nada moden, tetapi dia percaya bahawa seseorang penggubah tidak harus terbatas kepada satu sistem muzik tertentu sahaja. Sessions mengarang muzik untuk orkestra, kumpulan muzik kamar, korus, suara solo, organ dan juga piano. Dia juga menggubah dua opera. Karyanya yang paling popular ialah muzik orkestra The Black Maskers (1923). Sessions pernah memenangi Hadiah Pulitzer bagi bidang muzik pada tahun 1982 untuk karyanya Concerto for Orchestra (1981). | UMUM | |
ARITMIA | Aritmia ialah ritma jantung yang tidak normal. Aritmia biasanya adalah denyut jantung tambahan yang tidak menyebabkan masalah yang serius. Namun, kadangkala ritma jantung boleh menjadi perlahan atau cepat sehingga membahayakan. | UMUM | |
ROMPAKAN | Rompakan bermakna mencuri atau mengambil wang atau barang-barang dengan segera secara paksa atau ancaman. Rompakan merupakan satu jenayah yang serius dan boleh dikenakan hukuman penjara. | UMUM | |
ERITROMISIN | Eritromisin ialah antibiotik yang digunakan bagi merawat pelbagai jangkitan bakteria. Ia selamat dan jarang-jarang menyebabkan kesan sampingan yang serius. | UMUM | |
MUNTAH | Muntah ialah perbuatan mengeluarkan isi perut melalui mulut. Muntah mungkin terjadi dari perkara yang kecil seperti makan berlebihan atau sesuatu yang serius seperti hampir mati. Muntah mungkin disebabkan oleh beberapa perkara, termasuk kegelisahan, jangkitan bakteria, keradangan kimia dalam perut, kehamilan, radiasi, ulser, pergerakan yang luar biasa atau kesakitan yang teruk. Muntah biasanya didahului oleh loya, satu rasa kurang menyenangkan dalam perut. (Lihat Loya). | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| serius | Bahasa Asal :Inggeris | 1. Bersinonim dengan benar-benar ( betul-betul, sungguh-sungguh, sangat-sangat, tidak main-main, yakin, pasti benar, tidak syak lagi, ) (kata tugas:) Berantonim dengan main-main
2. Bersinonim dengan genting ( berat, genting, tegang, mustahak, penting, berbahaya, ) (adjektif:)
3. Rujuk tenat 2
|
|
Peribahasa |
---|
| 415 Don't make a mountain out of a molehill Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius). Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. ''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said. ''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|