Kata |
Takrif |
Sumber |
historiografi | 1. prinsip atau kaedah pengajian sejarah; 2. penulisan sejarah; 3. karya atau hasil penulisan berkaitan dgn sejarah: al-Quran bukan sbg bahan analisis yg sistematik, laporan atau ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sejarah | 1. sl asal usul (keturunan), salasilah: ~ Melayu; 2. peristiwa yg benar-benar berlaku pd waktu yg lampau, kisah, riwayat, tambo: cerita yg disangka dongeng itu menjadi fakta ~ sesudah dijumpai bukti-bukti yg mengesahkannya; 3. = ilmu ~ kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yg telah lalu, tawarikh: ~ Tanah Melayu; ahli ~; ~ umum sejarah mengenai seluruh dunia; bersejarah 1. ark menanyakan asal usul, mengusul: sungguh, lebih baik hamba ~ dgn dia; 2. mengandungi sejarah, termasuk dlm sejarah: Melaka ialah sebuah bandar yg ~; menyejarahkan meriwayatkan, mengisahkan; kesejarahan perihal sejarah: watak perwira Hang Tuah dilukiskan dgn amat terbatas sekali, sesuai dgn ~nya dlm Sejarah Melayu; persejarahan perihal sejarah, yg berkaitan dgn sejarah: hakikat keilmuan dan ~ yg ditunjukkan oleh al-Quran; penyejarahan penulisan sejarah: Raja Ali Haji membawa suatu unsur baru dlm ~ Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sejarah umum | sejarah mengenai seluruh dunia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hukum sejarah | ketentuan sejarah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persejarahan | perihal sejarah, yg berkaitan dgn sejarah: hakikat keilmuan dan ~ yg ditunjukkan oleh al-Quran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketiadaan | 1. perihal tidak ada (sesuatu): ~ vitamin yg perlu dlm makanan boleh mendatangkan berbagai-bagai jenis penyakit; sukar bagi ahli-ahli sejarah mengkaji sejarah lama kerana ~ kesan-kesan yg bertulis; 2. perihal tidak mempunyai sesuatu, kepicikan (wang): menghadapi berbagai-bagai kesulitan kerana ~ wang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersejarah | 1. ark menanyakan asal usul, mengusul: sungguh, lebih baik hamba ~ dgn dia; 2. mengandungi sejarah, termasuk dlm sejarah: Melaka ialah sebuah bandar yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hikayat | Ar 1. cerita (khasnya cerita-cerita lama), cerita-cerita lama dlm bentuk prosa: ~ Merong Maha Wangsa; 2. riwayat, sejarah: ~ Iskandar Zulkarnain; ~ hidup sejarah hidup; berhikayat bercerita, beriwayat; menghikayatkan menceritakan atau mengisahkan sesuatu: adapun dihikayatkan orang yg empunya hikayat . | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sejarah | 1 hal yg benar-benar berlaku pd masa yg telah lalu; peristiwa yg benar-benar telah berlaku: ~ kemenangan tentera Islam yg diketuai oleh Nikman itu menjadi kenangan umat Islam seluruhnya. 2 = ilmu ~ pengetahuan atau kajian ttg peristiwa-peristiwa yg telah lalu; tawarikh: ~ Tanah Melayu. bersejarah ada sejarahnya; akan menjadi sejarah: 31 Ogos 1957 ialah hari yg ~ bagi rakyat Persekutuan Tanah Melayu. menyejarah menjadi sbg sejarah; merupakan catatan, rakaman dsb dlm sejarah: Peristiwa penting itu akan terus ~ dlm kehidupan kita. menyejarahkan mengisahkan; meriwayatkan: Mereka ~ peristiwa itu lalu dipersembahkan dlm filem. kesejarahan perihal bercirikan sejarah: Kisah itu dipaparkan sesuai dgn ~nya. persejarahan hal berkaitan dgn sejarah. penyejarahan perbuatan atau hal menyejarahkan. sejarawan ahli sejarah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sejarah | 2 = ilmu ~ pengetahuan atau kajian ttg peristiwa-peristiwa yg telah lalu; tawarikh: ~ Tanah Melayu. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
history | n sejarah: a course in Modern H~, kursus Sejarah Moden; ~ of Greece, sejarah Yunani; the house has a strange ~, rumah itu mempunyai sejarah yg ganjil; the case ~ of every patient, sejarah kes setiap pesakit. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
historical | adj 1. connected with history, sejarah: ~ studies, pengajian sejarah; ~ accounts, pemerian sejarah; ~ novels, novel sejarah; ~ figures, tokoh sejarah; 2. see HISTORIC. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
historically | adv 1. from the point of view of history, dr segi sejarah: ~ accurate, tepat dr segi sejarah; 2. in the past, menurut sejarah: ~, the two countries were enemies, menurut sejarah, kedua-dua negara itu bermusuhan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
epoch-making | adj menempa sejarah: an ~ discovery, penemuan yg menempa sejarah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
historian | n ahli sejarah, sejarawan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
annalist | n pencatat sejarah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
historical method | n kaedah sejarah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
historicism | n teori pensejarahan, ketakdiran sejarah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
case history | n /latar, perihal, sejarah/ kes. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
document | vt mendokumenkan: the history of China is very well ~ed, sejarah negara China didokumenkan dgn sangat baik. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
annal | catatan sejarah | Kesusasteraan | Tiada | Catatan atau rekod bersifat sejarah yang ditulis berdasarkan urutan masa, tahun demi tahun secara kronologi. Ada kalanya catatan masa lengkap dengan tahun, bulan, dan hari. Catatan sejarah merupakan suatu bentuk penulisan sejarah yang awal. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, wujud sejenis karya yang mempunyai ciri-ciri penulisan catatan sejarah, yang dikenali sebagai karya sastera bercorak sejarah. Dalam karya berkenaan, unsur sejarah dapat dilihat, terutamanya berkaitan dengan penurunan salasilah raja-raja, pembukaan kota, dan rentetan peristiwa berkronologi yang berlaku dalam sesebuah kerajaan. Contoh karya dalam kesusasteraan Arab ialah Kital al-Suluk oleh al-Maqrizi. Manakala contoh karya catatan sejarah yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu tradisional ialah Hikayat Raja Pasai, Sejarah Melayu Hikayat Merong Mahawangsa, Misa Melayu, dan Tuhfat al-Nafis. Karya catatan sejarah juga disebut sebagai kronikel. Penggunaan kronikel mencakupi bidang yang lebih luas, meliputi peristiwa utama dalam pemerintahan seseorang raja, tetapi kurang memberi penekanan tentang susunan peristiwa tahun demi tahun. Annal berasal daripada perkataan Yunani annales yang bermaksud yearly books. Lihat juga kronikel. |
historical play | drama sejarah | Kesusasteraan | Tiada | Drama berdasarkan sejarah atau sebarang peristiwa yang diterima oleh sesebuah masyarakat sebagai sejarah. Contohnya, drama mitos dan legenda. Secara amalannya, drama sejarah dikhususkan kepada karya yang mempersembahkan sejarah sekular dan menangani isu yang lebih luas daripada nasib seorang protagonis. Drama sejarah memberikan tumpuan kepada pemerintahan, iaitu mengaitkan peristiwa masa silam dengan masa kini untuk tujuan didaktik. Pencapaian cemerlang dalam drama ini melalui karya Shakespeare seperti Richard II, Henry V, Julius Caesar dan Antony and Cleopatra. Antara dramatis pada abad ke-20 yang memanfaatkan genre ini ialah Arthur Miller melalui karyanya The Crucible, 1953 dan Robert Bolt dengan karyanya berjudul A Man for All Seasons, 1960. |
historical landscape | landskap sejarah | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Landskap yang mempunyai ciri-ciri sejarah atau tempat berlakunya sesuatu peristiwa sejarah atau landskap yang direka bentuk oleh personaliti yang terkenal dalam sejarah. |
anachronism | anakronisme | Kesusasteraan | Tiada | Kehadiran watak, peristiwa, objek, acara, ungkapan bahasa, atau unsur budaya di luar ruang waktu sejarah yang benar (kronologi), atau bertentangan dalam masa yang sebenar. Anakronisme umumnya wujud dalam karya tradisional (bercorak sejarah), fiksyen, atau drama yang mempunyai latar sejarah. Anakronisme mungkin wujud sebagai suatu teknik penceritaan yang disengajakan oleh pengarang dan boleh memberikan kesan yang menarik kepada khalayak sastera, khususnya kesan yang bersifat ironik, lucu, dan satira. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, anakronisme banyak terdapat dalam karya sastera bercorak sejarah seperti Hikayat Raja Pasai Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa. Contohnya, dalam Sejarah Melayu terdapat peristiwa Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana, Puteri Bentara Majapahit yang bernama Patih Gajah Mada. Catatan sejarah menunjukkan Sultan Mansur Syah memerintah antara tahun 1459 1477, sedangkan Patih Gajah Mada meninggal dunia sekitar tahun 1365, iaitu perbezaan jangka masa lebih kurang seratus tahun. |
new historicism | historisisme baru | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera yang mengkaji karya dalam konteks sejarah dan politiknya. Kaedah ini merupakan usaha untuk membangkitkan semula kecenderungan mengaitkan karya dengan sejarah, yang diamalkan sebelumnya dengan kaedah historisisme. Kebangkitan semula ini adalah sebagai reaksi kepada kecenderungan untuk mengetepikan faktor sejarah dengan kaedah kritikan yang muncul selepas historisisme, seperti Kritikan Baru dan formalisme. Historisisme baru berbeza dengan yang lama dari segi pendiriannya yang tidak menerima bulat-bulat segala fakta sejarah, bahkan mempersoalkan kewibawaannya sebagai perakam sejarah yang objektif. Malah,wacana sejarah dan sastera dianggap sama tarafnya dengan wacana lain dalam bidang ilmu seperti sains, psikologi, dan komunikasi. Kaedah historisme baru menganggap semua jenis wacana yang berlegar di sekitar zaman penulisan sesebuah karya itu mempengaruhi ideologi yang terdapat dalam karya tersebut. Antara ahli teori yang mengutarakan kaedah ini ialah H. White, S Greenblatt dan F. Jameson. Lihat juga formalisme. |
chronicle | kronikel | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk penulisan sejarah awal yang umumnya mengandungi rekod tentang peristiwa yang berlaku dalam tempoh masa tertentu. Penulisan kronikel bermula sejak zaman Roman dan berkembang di Perancis dan Great Britain. Contoh kronikel yang penting ditemui dalam karya King Alfred berjudul Anglo-Saxon Chronicle. Karya ini meriwayatkan sejarah England dari awal (60 SM) hingga pertengahan abad ke-12. Kronikel wujud dalam bentuk prosa dan puisi. Di Nusantara, klonikel dikenali dengan nama babad atau tersilas. Sebagau suatu bentuk penulisan sejarah yang awal, kronikel memperlihatkan percampuran antara fakta degan unsur, bukannya fakta seperti legenda atau mitos. Penulis klonikel cenderung untuk menggunakan maklumat yang diperoleh tanpa menitikberatkan kebenaran maklumat tersebut berbanding dengan peristiwa atau fakta sejarah yang benar. Susunan peristiwa dalam klonikel bertujuan memuatkan rekod tentang peristiwa dan kurang penekanan terhadap interpretasi atau analisis terhadap peristiwa tersebut. Penulisan kronikel mula terhapus dalam tradisi pensejarahan sastera Melayu apabila penulisan berbentuk biografi, autobiografi, memoir, diari dan buku catatan pelayaran atau pengembaraan mula wujud dan berkembang. Penulisan bentuk ini mendapat tempat sebagai suatu kaedah penulisan sejarah. Dalam tradisi pensejarahan Melayu, penulisan klonikel umumnya dikenali sebagai karya sastera bercorak sejarah atau historiografi Melayu yang dihasilkan oleh sasterawan dan sejarawan istana Melayu pada zaman silam. Antara karya klonikel yang terkenal ialah Hikayat Raja Pasai (Pasai), Sejarah Melayu (Melaka), Merong Mahawangsa (Kedah), Misa Melayu (Perak) dan Tuhfat al-Nafis (Riau). Dalam sastera Arab, karya kronikel ditemui dalam al-Suluk oleh al-Maqrizi. Lihat juga catatan sejarah. |
historical novel | novel sejarah | Kesusasteraan | Tiada | Lihat fiksyen sejarah. |
antecedent | anteseden | Sejarah | Tiada | Peristiwa atau keadaan sebelumnya terutama dalam penulisan sejarah seorang tokoh. |
bard | bard | Sejarah | Tiada | Penyair dan juga penyanyi suku kaum biasanya dalam sejarah Celt purba yang menggubah dan mendeklamasikan karya dalam upacara-upacara tertentu. |
historic route | laluan sejarah | Pelancongan | Tiada | Perjalanan melalui tempat yang mempunyai ciri-ciri peninggalan sejarah, seperti Laluan Sutera di China. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
sejarah | sejarah; 1 asal usul (keturunan), salasilah: ~ kaad salasilah keluarga; ~ a Melanau sejarah orang Melanau; 2 peristiwa yg benar-benar berlaku pd waktu yg lampau, kisah, riwayat, tambo: ~ a dana sejarah orang dahulu. | Melanau Mukah | |
sejarah | serita dana [srita dana] | Melanau Dalat | |
sejarah | sajaah. | kedayan | |
wak I | kata hubung pancangan relatif, yang (bkn haiwan dan benda): bup ~ benelei Ahmad bup sejarah buku yang dibeli Ahmad buku sejarah; inak guga sieng ~ menikau jekan wei emak menghalau kucing yang mencuri ikan jemur. | Melanau Mukah | |
Kamus Parsi.indb رجات )tārīkh( خيرات )tārīk, tīre( هريت ،کيرات )tāze( هزات )ta’assof( ف ّ ـسأت )tā kardan( ندرک ات hingga buaian bersinar-sinar ayun, berayun, buai musim panas sinaran mahkota saudagar sejarah, tawarikh gelap segar penyesalan lipat, melipat until cradle shining to swing summer brightness crown merchant history, chronicle dark new, fresh regret to fold ت Kamus Parsi.indb 38 5/18
|
Kamus Sains.indb atau kord boleh lentur disambungkan pada beban seperti lampu dan kipas. Terdapat tiga jenis ros siling, iaitu ros dua plat, tiga plat dan empat plat. (KEJ) cell lineage (nasabah sel) Sejarah keturunan sekumpulan sel daripada zigot sel tunggal. (BIO) cell wall check (retak dinding sel) Galur atau retak pada bahagian dalam dinding sel sekunder seperti retak pada trakeid kayu mampatan. (HUT FIZ) thermodynamic quality (kualiti termodinamik) Pecahan jisim atau mol yang berada dalam fasa wap bagi campuran wap dan cecair tepu. (KEJ) thermodynamic quantity (kuantiti termodinamik) Kuantiti terhingga yang bergantung pada sejarah atau laluan sesuatu proses. Kuantiti dijelaskan sebagai keluasan di atas graf. Kerja dan haba ialah contoh thermodynamic equation of state thermodynamic quantity thermodynamics temperature scale thermogenesis Kamus Sains.indb 630
|
Kamus Thai 2.indb 2 [c:] น skrin, layar: นักศ ึ กษาใช ้ ฝาผนัง เป็นจอสำหรับฉายภาพยนตร ์ ประวัติการต ่ อสู ้ ของ นักศ ึ กษาไทย Para pelajar menggunakan dinding sebagai skrin untuk menayang kan filem sejarah perjuangan pelajar Thai. จ ่ อ [c:] ก mengacungkan, mendekat kan: ผู ้ ร ้ ายจ ่ อปลายดาบที่ คอของเศรษฐี Penja hat mengacungkan hujung pedangnya ke leher hartawan itu. จ ้ ่ นศิลา Maharaja Rama Khamhaeng mengukir huruf- huruf Thai di atas batu. 2 mencatat: นักประวัติศาสตร ์ ได ้ จารึกเหตุการณ ์ 11 กันยายน ไว ้ เรียบร ้ อยแล ้ ว Ahli sejarah sudah selesai mencatat peristiwa sebelas September. จาว [ca:u] น tumbung (kelapa): เด็ก ๆ จาง จาว Kamus Thai 2.indb 108 4/15/2008 11:05:47 AM จ 109
|
Kamus Thai 2.indb terbang me- layang pada waktu pagi. โบราณ [bo:ra:n] ว kuno, purba โบราณคดี [-kadi:] น arkeologi, kaji purba โบราณวัตถุ [-wattu] น barang purba โบราณสถาน [-sata:n] น tempat bersejarah โบสถ ์ [bo:t] น gereja ใบ [bai] น 1 (ต ้ นไม ้ ) daun: ใบมะพร ้ าว daun kelapa 2 (เรือ) layar 3 (ม ี ด) bilah: ใบมีด bi faedah, guna ประลอง [pral:] ก beradu: สนาม แห ่ งนี้ เป็นสถานที่ นักแข ่ งจักรยานยนต ์ ประลอง ความสามารถ Gelanggang ini menjadi tempat penunggang motosikal beradu kebolehan. ประวัติ [prawat] น riwayat, sejarah: ประวัติชีวิตของอดีตนายกรัฐมนตรีชาติชายได ้ ถูก สร ้ างเป็นภาพยนตร ์ แล ้ ว Riwayat hidup be- kas Perdana Menteri Chatichai telah difilemkan. ประวัติการณ ์ [-tika:n] น peristiwa bersejarah ประวัติศาสตร ์ [-tisa:t |
Kamus Thai 2.indb ส ้ น [son] น tumit สนทนา [sontana:] ก berbual สนเทศ [sonte:t] น informasi, mak- lumat: สนเทศทางประวัติศาสตร ์ ท ้ องถิ่ นใน ห ้ องสมุดประชาชนจังหวัดปัตตานีมีน ้ อยมาก Informasi tentang sejarah tempatan di perpustakaan awam wilayah Pattani sedikit sekali. สนเท ่ ห ์ [sonte:] ก hairan: ชาวกรุงเทพฯรู ้ สึ ก สนเท ่ ห ์ ต ่ อการตัดสินใจของอดีตผู ้ ว ่ าราชการ
|
Kamus Thai 2.indb Pattani. ความเป ็ นมา [-penma:] น latar bela- kang: ประเพณีลอยกระทงของไทยมีประว ั ติ ความเป็นมาที่ ยาวนานในประว ั ติศาสตร ์ ว ั ฒนธรรมไทย Tradisi “Loy Krathong Thai” mempunyai latar belakang yang panjang dalam sejarah kebu- dayaan Thai. ความเป็นมิตร [-penmi t] น persaha- batan: ความเป็นมิตรของพวกเขาย ั งคงยืนยาว ต ่ อไป Persahabatan mereka terus ber- panjangan. ความเป็นอยู ่ [-penyu:] น kehidupan: ร ั ฐบาลให ้ |
Kependekan |
Keterangan |
Sumber |
Sej | sejarah | KD4 |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
sejarah | [se.ja.rah] | سجاره |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
sejarah , tawarikh | history , chronicle | تاريخ | tārīkh |
|
Tesaurus |
---|
| sejarah (kata nama) | 1. Dalam konteks sastera lama bersinonim dengan asal usul, salasilah, asal keturunan, susur-galur, asal-usul, surih-surih, titisan darah, silah-silah,
2. Bersinonim dengan peristiwa: kisah, riwayat, tambo, tawarikh, babad, teromba,
| Kata Terbitan : bersejarah, mensejarahkan, pensejarahan, |
|
|