Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak Melayu sayang Melayu, Mata melihat hatiku sayu; Murah harganya sangat terlalu, Seperti ikan pari dan yu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Giling cili dibuat sambal, Buat gulai sayur lobak; Sayu hati menengok kapal, Tenggelam timbul dipukul ombak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tanjung jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Sayu hati memandang tempat, Hati rindu tidak tertahan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tinggi bukit kampung Melayu, Panas redup sampai ke petang; Petang sedikit hatiku sayu, Bilakah kekasih mari datang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Merak hijau di cabang pauh, Anak puyu di dalam padi; Lagi kutinjau lagi jauh, Berasa sayu di dalam hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Encik Mat memikat tekukur, Pikat mari Tanjung Jati; Lautan besar pulau bertabur, Siapa tengok bersayu hati sayu
1
Tesaurus
 
sayu (adjektif)
1. Bersinonim dengan sedih: sayu rayu, sayu rawan, pilu, gundah, hiba,

2. Bersinonim dengan kuyu: muram, suram,

Kata Terbitan : menyayukan, kesayuan,

Puisi
 

Giling cili dibuat sambal,
     Buat gulai sayur lobak;
Sayu hati menengok kapal,
     Tenggelam timbul dipukul ombak.



Lihat selanjutnya...