Kata |
Takrif |
Sumber |
dayu | ; mendayu 1. = mendayu-dayu sayu (-sayu), sayup-sayup kedengaran (bkn bunyi yg berirama, suara, dsb); 2. = mendayu-dayu berbunyi sayu-sayu atau sayup-sayup: biola ~ melagukan Seri Mersing; 3. = mendayukan menyanyikan (lagu yg sayu) utk menidurkan anak, menguliti (menyanyikan) anak supaya tidur, mendondong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rawan I | = ~ hati pilu, gundah-gulana, rindu bercampur sedih, sayu, terharu: beberapa hari ini dia sangat ~ bercampur sedih; dengarkan lagu itu, betapa sayu, pilu, ~ , dan menghiris sumsum kita; sayu ~ sayu dan rawan; berawan = ~ hati berasa rawan; merawan, merawani berasa rawan terhadap (kpd); merawankan = ~ hati menimbulkan (membangkitkan, mendatangkan) rasa rawan: suara yg sangat sedih dan ~ hati; kerawanan = ~ hati perihal (keadaan) rawan hati, keadaan gundah gulana, kesayuan, keharuan: ~ hati seseorang anak muda mudah terusik oleh persekitaran yg dilihat dan dirasainya terlalu pincang; perawan yg merawankan hati: ~ hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayu | kesayuan hal atau keadaan sayu; perasaan sayu: ~ jelas terbayang pd wajahnya yg kelihatan muram. | Kamus Pelajar |
kesayuan | hal atau keadaan sayu; perasaan sayu: ~ jelas terbayang pd wajahnya yg kelihatan muram. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesayuan | hal atau keadaan sayu; perasaan sayu: ~ jelas terbayang pd wajahnya yg kelihatan muram. | Kamus Pelajar |
sayu rawan | sayu dan rawan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayu | 1 = ~ rawan (rayu) (berasa) sangat sedih dan pilu; (berasa) sangat dukacita atau hiba: ~ hatiku mendengar tangis anak itu. 2 perasaan sedih dan pilu; hiba: Bernyanyi dgn ~. 3 tidak berseri (bkn air muka, mata dll); muram; tidak nyaring (bkn suara): Mukanya pucat, matanya ~. menyayukan menyebabkan menjadi sayu; menyedihkan; menghibakan: Apa yg ~ hatimu? kesayuan hal atau keadaan sayu; perasaan sayu: ~ jelas terbayang pd wajahnya yg kelihatan muram. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sayu | 1. = ~ rawan = ~ rayu perasaan sedih (pilu, gundah, hiba, dll): hatinya mengkal bercampur ~; ia selalu merindui anak itu dgn ~ rawan; 2. tidak berseri (mata), kuyu, muram atau suram (muka): matanya layu, pemandangan ~; 3. tidak nyaring (suara), lembut dan menyedihkan; bersayu-sayu sedih (suara dll), sedih benar: dia merayu ~; menyayu menjadi sayu (sedih dll): tangan-nya meraba-raba perutnya yg sakit itu dan suaranya ~; menyayukan menyebabkan jadi sayu (sedih, hiba, dll), menyedihkan, menghibakan: Lamah memeluknya dgn ratapan yg ~, suaranya hampir tidak dapat didengar; kesayuan perihal sayu (sedih, pilu, dll), kesedihan, kepiluan: masa utk berpisah sudah tiba, dan mereka pun berpeluk-peluk ~; aku juga merasai ~ yg dirasai oleh mereka itu; penyayu orang yg mudah berasa sayu: dia seorang gadis yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayu rawan (rayu) | (berasa) sangat sedih dan pilu; (berasa) sangat dukacita atau hiba: ~ hatiku mendengar tangis anak itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sayu rayu | perasaan sedih (pilu, gundah, hiba, dll): hatinya mengkal bercampur ~; ia selalu merindui anak itu dgn ~ rawan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
forlorn | adj 1. desolate, pilu, sayu; (of person) kelihatan /pilu, sayu/: a ~ child wandering around the department store, anak yg kelihatan pilu merayau-rayau di pasar raya itu; he heard a ~ cry, dia terdengar laungan yg pilu; 2. (of place) forsaken, terbiar: they found shelter in an old, ~ hut, mereka mendapat perlindungan di sebuah pondok yg buruk dan terbiar; 3. desperate, nekad: a ~ attempt to equalize the score, percubaan yg nekad utk menyamakan kedudukan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
doleful | adj muram, suram; (of voice) sayu: a ~ expression, air muka yg muram; the funeral was a long ~ occasion, pengebumian itu merupakan upacara yg lama dan muram; Ive lost everything dear to me, he said in a ~ voice, Saya telah kehilangan segala-gala yg saya sayangi, katanya dgn suara yg sayu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dismal | adj 1. gloomy, sombre, muram, suram; (of voice, song, sound) sayu, sedih; (of news) menyedihkan: ~ weather, cuaca muram; his face looked so ~, wajahnya kelihatan begitu muram; the future seemed ~, masa depan kelihatan muram; in a ~ voice, dgn suara yg sayu; ~ news, berita yg menyedihkan; 2. (colloq) very poor, teruk: a ~ performance by inexperienced actors, lakonan yg teruk oleh pelakon-pelakon yg tdk berpengalaman. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
melancholy | sayu | Kesusasteraan | Puisi | Nada atau suasana yang terpancar daripada sesebuah puisi seperti nada murung, hiba dan sayu. Nada dan suasana ini lebih senang ditanggap oleh khalayak pendengar apabila sesebuah puisi yang mengandungi unsur-unsur tersebut dideklamasikan. Contohnya,dalam puisi '"Hikayat Malim Deman" yang bernada suasana sayu dapat dirasakan dari pantun di bawah. Sinonim melankoli. Ada kain songket permata, Tenun Puteri Galuh Kencana; Ada lain buangkan beta, Kerana beta dagang yang hina. |
melancholy | melankoli | Kesusasteraan | Puisi | Lihat sayu. |
blues | blues | Kesusasteraan | Tiada | Lagu bernada sayu yang mendendangkan penderitaan dan kekosongan hidup yang diiringi oleh muzik gita. Blues berasal daripada jeritan spontan hamba abdi dan banduan berkulit hitam di negeri Selatan Amerika, dan memperlihatkan penderitaan mereka. Tema blues menyentuh tentang penindasan dan penderitaan termasuklah kehilangan cinta. Imejnya pula berkisar di sekitar kereta api, penjara, rantai besi, cemeti dan beliung, malahan semua unsur ini adalah lumrah dalam penulisan lirik blues. Blues biasanya terdiri daripada susunan lirik berbari tiga yang diulang-ulang. Lagu seperti ini disebut blues hanya selepas diperkenalkan ke dalam Aliran utama muzik popular Amerika. Ramai penyair Afro-Amerika seperti Langston Hughes menggunakan bentuk blues sebagai asas puisi mereka. |
lay | puisi dendang | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang diciptakan untuk dinyanyikan dengan tujuan menghiburkan khalayak. Antara contoh puisi yang dilagukan ialah puisi "Sepanjang Jalan" karya Zurinah Hassan. Sepanjang jalan ke Pulau Pinang laut mengimbau sayu ombak-ombak ini hatiku berhasrat tiada tepi pecah di pantai berbuih cuma . Sepanjang jalan ke Pulau Pinang hujan memberi Iagu angin menampar ke tiap ruang rasa berhiba-hiba awan pilu. |
pentastich | pancabaris | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi lima baris serangkap tetapi tidak semua rangkap lima baris. Contohnya, puisi "Pantai Seribu Tafsiran" karya Zurinah Hassan. Puisi ini yang terdiri daripada lima rangkap, hanya rangkap pertama sahaja mengandungi lima baris seperti di bawah. Seorang di pantai antara keluh sayu bawah pohon ru diusap rindu ciuman pada daerah betapa tiada teman dalam mencecah dan dijengah ragam wajah. Di bawah pancar mentari pun terasa panas bahang niat yang meniti tidak ketemu garis puas Mutiara timur antara tanah taburan hati sama hanyut di arus harapan berkocak bagai laut berombak di mana sayup begitu pun gelodak hidup tidak ketahui warna esok pintu dijelajah antara keganasan kerana mata udah di bintang hati udah di bulan. Aku mahu berdagang bagai kapal-kapal labuhan di air berkaca yang tidak bisa kerontang begitu niat membalut dada penuh impian. Dari mata turun ke hati bicara semalam ke lusa perhitung rindu di puncak dahaga tidak mahu patah di jalan basah banjir doa antara usaha pun digigit keganasan buta bagai bahtera taburan depan mata sesekali mengharung taufan gila. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
sayu | susah (perasaan) melaluh [susah] [mlaluh] | Melanau Dalat | |
sayu | sayuk. | kedayan | |
serik | sayu | TETAW | |
tengun | sayu; | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
lasak MSr | bahagian atas kepala yang tidak berambut. | Rentap menghela nafas, mengeluh. Ditenungnya wajah Nikosa. Gelisah. Sayu. Dahi lasak Nikosa jelas berminyak. Rentap mengengsot kerusinya ke meja. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Thai 2.indb า [waw] ว cekung: กระจกเว ้ า kanta cekung เว ้ าวอน [-w:n] ดู อ ้ อนวอน เวิ ้ งว ้ าง [w:wa:] ว kelihatan sepi dan sayu: ก ่ อนนี้ ทุ ่ งกุฬาร ้ องไห ้ ดูเวิ้ งว ้ างมาก Sebelum ini Padang Kula Ronghai ke- lihatan sepi dan sayu. เวียง [wia] ดู เมือง เวียน [wian] ก mengelilingi: สุนัข เวียนรอบบ ้ านเจ ้ าของทุกวัน Anjing menge lilingi rumah tuannya setiap malam. เวียนหัว [-hua] ดู วิงเวียน แวดล ้ อม [wε
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
sayu | [sa.yu] | سايو |
bersayu-sayu | [ber.sa.yu.sa.yu] | برسايو-سايو |
|
Puisi |
---|
|
Giling cili dibuat sambal, Buat gulai sayur lobak; Sayu hati menengok kapal, Tenggelam timbul dipukul ombak.
Lihat selanjutnya... |
|