Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
mohon semak penggunaan perkataan RUMIT dalam ayat di bawah, betul atau salah. 1. murid-murid sedang meneliti serangga yang RUMIT itu menggunakan mikroskop. 2. kehidupan pekebun sayur begitu RUMIT sekali kerana musin kemarau yang melanda. terima kasih.1. Murid-murid sedang meneliti serangga yang seni itu menggunakan mikroskop.

2. Kehidupan pekebun sayur begitu rumit sekali kerana musin kemarau yang melanda.
Tatabahasa11.09.2013
Prosedur pinjaman daripada pihak bank mengambil masa yang panjang dan rumit atau prosedur peminjaman daripada pihak bank mengambil masa yang panjang dan rumit.Ayat yang lebih tepat ialah "Prosedur peminjaman daripada pihak bank mengambil masa yang panjang dan rumit".Tatabahasa25.10.2015
Apakah beza antara 'lebih rumit' dan 'lebih merumitkan lagi'? Adakah kedua-duanya sesuai digunakan pada permulaan ayat

Perkataan “lebih rumit” membawa maksud tidak mudah; lebih susah; lebih sukar dan lebih sulit. Contoh ayat, “Perkem­bangan baru pada sesuatu penyakit yang menjadikannya lebih rumit untuk dirawat dan diubati”. Manakala perkataan “lebih merumitkan lagi”  membawa maksud lebih menyukarkan, lebih menyulitkan dan lebih menyusahkan.  Contoh ayat, “Kalau dirinya sakit, keadaan lebih merumitkan lagi, dia tidak dapat pergi ke laut”. Kebiasaannya, frasa ini hanya wujud di pertengahan ayat.

Tatabahasa20.02.2020
kami sudah mencuba berulangkali untuk membuat pengesahan iklan...tetapi ditolak dengan berbagai kaedah...dan sangat rumit...apakah sebenarnya yang dikehendaki oleh pihak tuan....kami hanya hanya ingin membuat pengesahan iklan untuk memulakan perniagaan sahaja...kenapa begitu rumit dan berbeli belit...Untuk makluman, kami menyemak penggunaan bahasa dalam iklan. Penggunaan bahasa hendaklah betul dan sesuai dengan konteks penggunaannya. Penggunaan bahasa yang kurang tepat akan dicadangkan pembetulan bagi menghasilkan bahasa yang baik dan betul.Lain-lain19.12.2016
apakah peribhs utk situasi : penyiasatan kes amanah itu bertambah rumit dan amat sukar utk ditangani spt ........ kerana membabitkan byk pihak yg berkepentingan.Untuk mendapat maklmat tentang peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Abdullah Hussain) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain17.02.2012
pakah peribahasa yang sesuai digunakan utk situasi berikut : penyiasatan kes pecah amanah itu bertambah rumit dan amat sukar ditangani seperti ...... kerana membabitkan banyak pihak yang berkepentingan. adakah jawabannya ialah duri dalam daging? atau? apa peribahasa utk menggambarkan situasi yang sukar diselesaikan kerana byk melibatkan pihak yang berkepentingan? tqBerdasarkan kata kunci  'sukar diselesaikan' ada dua peribahasa yang sesuai, iaitu 'Seperti aur ditarik songsang' dan 'Berkelahi dalam kepuk'. Untuk maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sukar+diselesaikan&d=11 dan klik medan 'Peribahasa'.Lain-lain28.02.2012
apakah itu kata mudah dan apakah itu kata kompleks?Mudah ialah senang/tidak sukar, manakala kompleks pula ialah rumit,sulit(tidak mudah atau jelas). Keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna19.01.2010
Saya sering menghantar beberapa soalan kepada pihak DBP melalui laman ini tetapi hanya soalan-soalan yang mudah sahaja dijawab sementara soalan yang agak rumit tidak diberikan jawapan. Malahan saya dinasihatkan merujuk buku-buku yang berkaitan dengan soalan yang saya kemukakan. Jika ini amalan yang dibuat oleh pihak DBP elok laman ini dibatalkan sahaja. Terima kasihPada dasarnya,  Khidmat Nasihat DBP  (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan besar pelajar daripada IPT menghantar soalan yang berbentuk tugasan untuk dijawab oleh petugas KNDBP. Untuk makluman sdr. soalan yang berbentuk tugasan atau teka kata di luar skop perkhidmatan ini. Namun, kami tetap melayani soalan yang berbentuk tugasan dengan mencadangkan beberapa tajuk buku, jurnal atau makalah  yang berkaiatan dengan tugasan untuk memudahkan pelajar menyiapkan tugasan tersebut. DBP juga turut mengundang pelajar tersebut, datang ke Pusat Dokumentasi Melayu di Menara DBP untuk membuat rujukan akademik. Kami berharap sdr akan terus menggunakan khidmat KNDBP pada masa akan datang.Lain-lain26.04.2008
Apakah kesalahan yang terdapat di dalam ayat di bawah? 1) Keretayang Salmah beli itu mahal harganya. 2) Ikan goreng yang diletakkan di atas meja telah kucing makan. 3) Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dia hadapi. 4) Semua makumat yang diberikan oleh pihak polis adalah rumit. 5) Pengemis itu sungguh nyenyak berseimutkan embun. 6) Mereka berbincang tentang barangan yang perlu mereka bawa ke kem itu.1) Kereta yang Salmah beli itu mahal harganya.

2) Ikan goreng yang diletakkan di atas meja telah dimakan oleh kucing.

3) Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dihadapi.

4) Semua maklumat yang diberikan oleh pihak polis adalah rumit.

5) Pengemis itu tidur dengan nyenyak berselimutkan embun.

6) Mereka berbincang tentang barangan yang perlu dibawa ke kem itu.
Tatabahasa21.08.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya merupakan seorang pelajar di sekolah menengah yang ingin menajamkan ilmu tatabahasa saya. Cikgu menyaran saya untuk membeli buku Tatabahasa Dewan edisi ke-3, tetapi saya mendapati buku tersebut terlalu rumit dan sukar untuk difahami. Tambahan pula, ketiadaan latihan yang menguji kefahaman saya membuatkan saya kurang gemar akan buku tersebut. Persoalan saya, adakah DBP mempunyai rujukan tatabahasa yang lebih sesuai untuk pengguna sekolah menengah dan adakah DBP mengeluarkan buku latihan tatabahasa untuk peajar sekolah menengah? Jika tiada, saya harap pihak DBP mengambil ini sebagai cadangan supaya ilmu tatabahasa dapat difahami dan didalami semua lapisan umur. Sekian, harap maklum.

Pelbagai kaedah boleh digunakan sebagai rujukan dan panduan untuk mendalami ilmu tatabahasa antaranya ialah buku Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah atau Tatabahasa  Dewan Edisi Sekolah Menengah. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa menjadikan buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan yang lebih komprehensif.

 

Lain-lain17.02.2022
Tesaurus
 
rumit (adjektif)
Bersinonim dengan sukar, susah, payah, sulit, kompleks, rencam, leceh, ruwat, remeh, runyam;,
Kata Terbitan : merumitkan, kerumitan,