Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
RUMAH PANJANGRumah panjang, kediaman suku kaum tertentu

di Sarawak. Secara tradisi, suku kaum Iban,

Bidayuh, Kayan, Kenyah, dan Orang Ulu yang lain

tinggal di rumah panjang.

UMUMUmum
SEMAI

SEMAI, suku kaum Orang Asli yang terdapat di Perak, Pahang dan Selangor.  Istilah Semai berasal daripada perkataan bahasa orang Temiar iaitu seman yang bermaksud orang di bukit selatan. Terdapat dua kelompok orang Semai iaitu Semai Barat dan Semai Timur. Di barat, majoriti orang Semai mendiami rumah-rumah yang berasingan berasaskan konsep keluarga nuklear.  Manakala di timur, orang Semai masih tinggal di rumah-rumah panjang dan mempunyai keluarga besar.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
TUAI RUMAH

TUAI RUMAH, ketua rumah panjang di Sarawak. Tanggungjawab utama tuai rumah adalah mengawal kebajikan ahli-ahli rumah panjang yang juga merupakan anak-biak atau pengikutnya. Di samping itu, tuai rumah juga bertindak sebagai penjaga adat resam kelompoknya. Oleh itu, seseorang yang dilantik sebagai tuai rumah oleh ahli-ahli rumah panjang lazimnya seseorang yang memiliki pengetahuan luas tentang budaya atau adat resam sukunya. Pengetahuan ini penting kerana kehidupan suku kaum di Sarawak, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman, masih berlandaskan undang-undang peribumi yang diwarisi turun-temurun.

BUDAYAKonsep
GAWAI

GAWAI, perayaan yang diamalkan oleh suku kaum Dayak dan kaum-kaum lain di Sarawak. Umumnya, gawai disambut oleh penghuni sesebuah rumah panjang. Dalam bahasa Iban, gawai atau gawa bermakna apa sahaja jenis pekerjaan atau kegiatan yang dijalankan.

BUDAYAAdat
DATUN JULUT

DATUN JULUT, tarian masyarakat Kenyah di Sarawak. Tarian ini biasanya ditarikan oleh kaum perempuan pada hari kebesaran ataupun semasa meraikan kedatangan pelawat ke rumah panjang mereka. Lazimnya, tarian ini diadakan pada waktu petang. Kadang-kadang pihak lelaki juga ikut serta bagi menyerikan lagi suasana perayaan tersebut.

         

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
TUAI BURUNG

TUAI BURUNG, tukang tilik dalam masyarakat Iban. Tuai burung bijak mentafsir petanda berasaskan peristiwa semula jadi, terutama sekali tingkah laku burung dan binatang lain. Biasanya, tuai burung ialah seorang lelaki yang sudah berumur dan berpengaruh dalam sebuah rumah panjang. Tuai burung sama penting dengan tuai rumah dan lebih diutamakan daripada dukun dan lemambang.

BUDAYAKonsep
PERABOT

Perabot terdiri daripada kerusi, meja, katil, dan

kelengkapan lain yang memberikan keselesaan dan

kemudahan di dalam rumah, sekolah, dan pejabat

kita. Kita berehat di atas kerusi dan kerusi panjang,

dan menyimpan pelbagai barang di dalam peti,

kabinet dapur, dan almari buku. Meja tulis

menyediakan tempat untuk menelaah dan

membuat kerja-kerja menulis. Sesetengah set

televisyen dan sistem hi-fi mempunyai kabinet

yang menarik, dan oleh kerana itu, ia juga

dianggap sebagai perabot. Piano merupakan

sejenis perabot yang menarik di kebanyakan

rumah.

UMUM
SERAT

Serat , juga dikenali sebagai serabut atau gentian,

ialah lembar bak rambut bagi sesuatu bahan yang

benar-benar panjang berbanding dengan lebarnya.

Serat sekurang-kurangnya 100 kali lebih panjang

daripada lebarnya. Serat adalah fleksibel dan boleh

dipintal menjadi yan dan dibuat kain. Serat ialah

unit nampak yang paling kecil daripada sebarang

keluaran tekstil. Pembuat menggunakan serat

dalam pakaian atau dalam perhiasan rumah seperti

permaidani, langsir, dan upholsteri. Mereka juga

menggunakan serat dalam banyak keluaran

industri, termasuk payung terjun (paracut), hos

bomba, bahan penebat, dan pakaian angkasa.

Dalam perubatan, serat digunakan untuk membuat

arteri dan tendon artifisial.

UMUM
ASPIDISTRA

Aspidistra ialah sejenis tumbuhan yang berasal

dari Timur, tetapi ditanam secara meluas sebagai

tanaman di rumah. Oleh sebab tumbuhan ini

tumbuh dengan baik dalam keadaan yang kurang

baik, maka tumbuhan ini juga dikenal sebagai

tumbuhan besi tuangan . Daunnya banyak lagi

panjang dan berkilat-kilat. Warna daunnya itu

boleh jadi hijau tua, berjalur-jalur putih ataupun

bertompok-tompok kuning. Aspidistra berbunga

di pangkalnya dengan warna ungu keperangperangan.

Pengelasan saintifik. Aspidistra termasuk dalam

famili lili, Liliaceae. Genusnya Aspidistra elatior .

UMUM
SYARIKAT PEMBINAAN

Syarikat pembinaan ialah bank simpanan khas.

Fungsi utama syarikat pembinaan ialah

menggalakkan simpanan daripada orang awam, dan

meminjamkan simpanan itu kepada individu yang

hendak membeli rumah sendiri. Pinjaman ini dibuat

mengikut perjanjian undang-undang yang dikenali

sebagai gadai janji. Gadai janji biasanya dibayar balik

dalam jangka masa yang panjang selama 20 atau 25

tahun.

UMUM
1
Puisi
 

Ke bandar Melaka ke rumah Cik Alang,
     Hendak bersafar ke Tanjung Keling;
Kalau semua orang berambut panjang,
     Apatah hal nasib si tukang gunting?



Lihat selanjutnya...