Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
TERESA, MOTHER

Teresa, Mother (19101997), ialah biarawati

Roman Katolik yang menerima Hadiah Nobel

Keamanan pada tahun 1979 kerana jasanya kepada

orang miskin. Dia terkenal dengan gelaran Saint of

the Gutters . Pada tahun 1950, Mother Teresa

mengasaskan pertubuhan agama di Calcutta, India.

Pertubuhan ini dikenal sebagai Missionaries of

Charity. Pertubuhan agama ini memberikan

bantuan makanan kepada pihak yang memerlukan

dan membuka hospital, sekolah, rumah anak yatim,

pusat belia dan tempat tinggal kepada pesakit

kusta dan orang yang hidup melarat. Cawangan

pertubuhan ini terdapat sekurang-kurangnya di 50

buah bandar di India dan lebih kurang 30 buah

cawangan di negara lain.

UMUM
RUMAH ANAK-ANAK YATIM

Rumah anak-anak yatim adalah institusi yang

mengambil berat tentang kanak-kanak yang tiada

tempat berteduh.

UMUMUmum
1