Kata |
Takrif |
Sumber |
rimbun | 1 banyak atau lebat daunnya: Pohon itu ~. 2 lebat atau tebal rambutnya: kepalanya ~ banyak atau lebat rambutnya. merimbun menjadi rimbun: Pokok kacang yg ditanamnya kian ~. rimbunan pohon-pohon yg rimbun. kerimbunan keadaan rimbun: ~ pohon-pohon itu menjadikannya sbg tempat berteduh yg selesa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tutuh | ; menutuh 1. memotong dahan atau cabang kayu, memangkas, mencantas: ia sedang ~ dahan-dahan nangka; 2. sl memecahkan perahu dll utk diambil kayunya: maka apabila sampai ke Siantan, maka kici itu pun ditutuhnya dibuat penjajap perang; 3. bk melakukan sesuatu yg umumnya kurang baik (makan suap dll); 4. bk memukul, menumbuk; rimbun-rimbun ditutuh, semak-semak disiangi prb barang sesuatu hendaklah dijaga baik-baik supaya sentiasa selamat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rimbun berampak | rampak lagi lebat daunnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rimbun | 1. lebat daunnya, berdaun dan bercabang-cabang banyak: pokok yg ~; pokok getah itu ~ semula; 2. lebat (rambut, bulu, dll), tebal (rambut, bulu, dll); kepala ~ berambut banyak; 3. memakai atau mempunyai banyak (alat, pakaian, dll): pakaian dan perhiasan gadis itu telah ~; perahu yg ~ layarnya; suaminya itu tidaklah orang terbuang melainkan ~ rampak dlm kaumnya, ada beradik kakak; merimbun 1. sangat rimbun: ia pun berjalan menuju rumpun tebu yg ~; 2. menjadi rimbun: pokok-pokok lainnya tetap juga ~; merimbunkan 1. menjadikan rimbun; 2. menjadikan banyak: dia tidak akan berusaha ~ peninggalan ayahnya; didirikannya suatu besi penghalang dan dirimbunkan bara api di bawahnya; rimbunan 1. pohon-pohonan yg rimbun: pengganas itu hilang dlm ~ tebal; 2. daun-daun (ranting-ranting) yg banyak: cahaya yg indah itu merecik di antara lambaran daun kelapa dan ~ pohon rambutan; 3. lindungan: kalau tidak kerana ~ lalang di situ, tentulah apa yg dilakukan oleh Basir akan ternam-pak; kerimbunan perihal atau keadaan rimbun: ~ pohon-pohon di situ tentunya menyediakan tempat berteduh yg sangat nyaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merimbun | 1. sangat rimbun: ia pun berjalan menuju rumpun tebu yg ~; 2. menjadi rimbun: pokok-pokok lainnya tetap juga ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semak I | 1. = semak-semak tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah-rendah, belukar: rumput dan ~ tumbuh di tebing-tebing sungai itu; 2. ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah: budak itu diupahi-nya supaya membersihkan halaman rumah-nya yg ~; 3. ki kusut (perasaan, fikiran, dll), kacau: Muluk terasa ~ di dada; ~ hati = hati ~-~ tidak keruan fikiran (perasaan dll), berkecamuk fikiran dll; ~ samun berjenis-jenis tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil; ~-~ disiangi, rimbun-rimbun ditutuh prb sesuatu benda hendaklah dijaga dan dipelihara baik-baik; dr ~ ke belukar prb meninggalkan sesuatu yg buruk, tetapi mendapat yg buruk juga; menyemak 1. tumbuh menjadi semak (tum-buh-tumbuhan), menyerupai semak: dia menya-bit rumput, lalang, dan seberapa banyak tumbuh-tumbuhan yg ~ di sekeliling rumah-nya; 2. tidak teratur (tersusun), herot-herot, kusut; 3. semak hati; menyemakkan 1. membiarkan tumbuh semak; 2. merisaukan (fikiran dll), mengusutkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerimbunan | keadaan rimbun: ~ pohon-pohon itu menjadikannya sbg tempat berteduh yg selesa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merimbun | menjadi rimbun: Pokok kacang yg ditanamnya kian ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rombok | Mn rimbun, rampak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berampak rendang | = rimbun ~ rampak lagi lebat daunnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
bush | n 1. shrub, pokok [n] yg rimbun: a rose ~, pokok bunga mawar yg rimbun; 2. cluster of shrubs, belukar, semak(-semak); 3. woodland, hutan pokok bangkut; 4. (colloq) backcountry, (daerah) pedalaman, hulu: she lives out in the ~, dia tinggal di pedalaman; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fall | n 1. act, instance of dropping, a. (gen) jatuh(nya); break os ~, menampan jatuh sso: a thick bush broke his ~, pohon yg rimbun menampan jatuhnya; have a ~, jatuh: he had a ~ from the horse, dia jatuh dr kuda itu; in the ~, /semasa, ketika/ jatuh: he was badly hurt in the ~, dia cedera teruk semasa jatuh; b. (of tree) tumbang(nya); c. (of leaves) gugur(nya), luruh(nya): the autumn ~ of leaves, daun-daun gugur dlm musim luruh; d. (of fruit) gugur(nya), jatuh(nya): the ~ of an apple from a tree, epal gugur dr pokok; e. (of tower, roof, etc) runtuh(nya), roboh(nya): a large crowd watched the ~ of the tower, orang ramai melihat menara itu runtuh; f. (of rain, snow) turun(nya): a heavy ~ of snow, salji turun lebat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
exuberant | adj 1. abounding in high spirits, penuh semangat; (of person) riang dan penuh semangat: he was given an ~ welcome, dia diberi sambutan yg penuh semangat; she has always been an ~ person, dia memang orang yg riang dan penuh semangat; be in ~ spirits, riang dan penuh semangat: the students were in ~ spirits on the last day of term, penuntut-penuntut riang dan penuh semangat pd hari akhir penggal; 2. luxuriant, rimbun: plants with ~ foliage, tumbuh-tumbuhan yg rimbun daunnya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
rimbun | subo nyadin [subo.adin] | Melanau Dalat | |
rimbun | imbun, labat. | kedayan | |
subou | rimbun, lebat; 1 berdaun lebat dan bercabang banyak; kayou wak pedaun ~ pokok yg berdaun rimbun; 2 lebat rambut, bulu, dll: ke~ ji buok nou rimbunnya rambut kamu; | Melanau Mukah | |
pagak | rimbun | TETAW | |
balun 1 | bungkusan; bundut: ~ gari ke deka dibasu bundut kain yg hendak dicuci; 2 rimbunan: ~ lada rimbun pohon lada; | Iban | |
sarai | serai; 1 sj tumbuhan rumput yg daunnya berbau harum, Cymbopogon citrtus; 2 ~ wangi serai wangi, sj tumbuhan rumput yg lebih rimbun dan wangi drpd serai betul, Cymbopogon nardus; 3 ~ guwun serai kayu, sj tumbuhan pokok yg daunnya dibuat perencah masakan, S | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
rimbun | [rim.bun] | ريمبون |
|
Puisi |
---|
|
Beras padi dalam guni, Padi tidak rimbun lagi; Maka dikarang warkah ini, Hati nan tidak bertahan lagi.
Lihat selanjutnya... |
|