Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ASEROLA

Aserola ialah buah pokok rimbun yang tumbuh

setinggi 3 hingga 4.5 meter. Ia adalah tumbuhan

asli di Hindia Barat dan beberapa bahagian

Mexico, Amerika Tengah, dan utara Amerika

Selatan. Pokok ini mempunyai akar yang dalam

dan tumbuh dengan baik walaupun di tanah yang

kurang subur, asalkan hujan mencukupi. Aserola

juga dikenali sebagai ceri Puerto Rico, ceri Hindia

Barat, atau ceri Barbados.

UMUM
TAIM

Taim ialah nama sekumpulan pudina rimbun,

berbau harum yang berasal dari kawasan

Mediterranean. Orang Yunani purba menggunakan

taim sebagai dupa di kuil. Taim mempunyai rasa

pahit yang menjadikannya perisa yang popular

dalam masakan daging dan sos. Thymol, iaitu ubat

antiseptik, dibuat daripada minyak yang diekstrak

daripada taim. Ubat ini digunakan dalam cecair

pencuci mulut dan ubat batuk.

UMUM
DEADLY NIGHTSHADE

Deadly nightshade ialah tumbuhan rimbun

yang menghasilkan beberapa ubat. Ubat yang

paling penting didapati daripada tumbuhan ini

ialah atropin. Deadly nightshade berasal dari

tenggara Eropah dan barat Asia. Kini ia didapati di

seluruh Eropah dan hidup di tanah batu kapur atau

tanah kapur.

UMUM
KOMFREI

Komfrei ialah tumbuhan saka yang rimbun yang

terdapat di Eropah dan Asia.

UMUM
PINON

Pinon ialah nama empat jenis pokok pain yang

kecil, rimbun yang tumbuh di kawasan separa

kontang di barat daya Amerika Syarikat. Konnya

yang kecil mengandungi biji, yang dikenali sebagai

kacang pain , yang rasanya seperti kacang. Kacang

pain adalah bahagian penting dalam diet Orang

Asli Amerika di barat daya Amerika Syarikat.

UMUM
KISMIS

Kismis ialah beri kecil yang tumbuh pada pokok

renek yang rimbun. Buah kismis berbentuk bulat,

berkulit licin, dan berasa masam. Warnanya

termasuk hitam, merah, keemasan, dan putih.

Pokok kismis tumbuh subur di kawasan utara yang

cuacanya sejuk dan lembap.

UMUM
OAK RACUNs>

Oak racun ialah sejenis tumbuhan yang

berkaitan dengan ivy racun dan sumach racun. Ia

tumbuh rimbun atau menjalar. Seperti ivy racun,

oak racun mempunyai daun yang terdiri daripada

tiga anak daun. Setiap anak daun mempunyai

beberapa cuping dan menyerupai daun oak putih.

Anak daun ivy racun tidak mempunyai cuping.

UMUM
DATURA

Datura ialah sekumpulan pokok renek dan pokok

beracun, termasuk rumpai jimson dan angels

trumpet. Pokok besar dan rimbun ini juga dikenali

sebagai thorn apple (epal berduri). Daunnya

bergerigi dan berbau busuk, buahnya berduri, dan

bunganya berbentuk trompet berwarna putih hingga

warna lavender. Datura ialah pokok asal kawasan

tropika, tetapi kini ia tumbuh di tanah tandus di

seluruh kawasan beriklim sederhana di dunia.

UMUM
TARRAGON

Tarragon ialah tumbuhan yang mengeluarkan

daun yang digunakan untuk perasa daging, sayur-sayuran,

sos, kuah salad, cuka, dan minyak masak.

Ia berasal dari selatan Eropah. Tarragon adalah

tumbuhan rimbun yang daunnya licin dan halus.

Tarragon tumbuh setinggi kira-kira 150 sentimeter

di kawasan yang panas dan kering.

Pengelasan saintifik. Tarragon tergolong dalam

famili Compositae (Asteraceae), adalah Artemisia

dracunculus .

UMUM
PRIVET

Privet ialah pokok renek yang popular sebagai

pokok pagar. Ia biasanya dipangkas dan dilatih

tumbuh rapat-rapat menjadi pagar, tetapi kadang-kala

dibiarkan tumbuh tinggi merimbun. Ia kemudiannya

tumbuh menjadi pokok rimbun yang besar, kira-kira

sebesar saudara dekatnya, lilac . Bunganya yang putih

lebih kecil dan kurang menyerlah daripada bunga

lilac, tetapi bentuknya serupa. Baunya kurang harum

daripada bau lilac. Privet juga berkaitan dengan

zaitun, dan buahnya yang licin, berkulit gelap

menyerupai buah zaitun kecil yang masak.

UMUM
1
Tesaurus
 
rimbun (adjektif)
1. Dalam konteks pokok
bersinonim dengan rendang, bumbun, rampak, rombok, ketel,

2. Dalam konteks rambut
bersinonim dengan lebat, tebal, padat,
Berantonim dengan jarang.


Puisi
 

Beras padi dalam guni,
     Padi tidak rimbun lagi;
Maka dikarang warkah ini,
     Hati nan tidak bertahan lagi.



Lihat selanjutnya...