Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ganti hidup berkeredaan, ganti mati berkebulatan.

Takrif

Mencari ganti seseorang ketua harus dengan muafakat. reda = rela, senang hati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tegang dinanti kendur, keras dinanti lunak.

Takrif

Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti pasir di tepi pantai, (tatkala) air timpas bolehlah dibahagikan.

Takrif

Tidak boleh membenarkan perbuatan (perkataan) orang-orang yang berkuasa ketika ia sedang marah, tunggulah dulu sampai reda kemarahannya. timpas = air surut yang serendah-rendahnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
reda
1. Bersinonim dengan berhenti: sidang, redup, teduh, sereyat,

2. Bersinonim dengan berkurangan: semakin kurang, semakin pulih, semakin baik,

Kata Terbitan : meredakan, keredaan,
Rujuk :rela