Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Mcmna nak bezakan maksud 2 ayat ni.. 'Hujan telah reda' dgn 'Mendapat reda Tuhan'.. Kalau ejaan REDA tu sama.Perkataan homonim iaitu yang sama bunyi dan ejaannya boleh dibezakan melalui konteks ayat yang hendak disampaikan. Contoh perkataan lain yang mempunyai maksud yang berbeza tetapi ejaan yang sama ialah semak.Ejaan05.09.2021
Reda atau redha?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1837):

reda  

kata kerja tak transitif
1 (berkenaan seseorang) menerima segala ketentuan takdir, kekurangan seseorang dan sebagainya, dengan penuh rasa keikhlasan dan tanpa ragu-ragu:
Anda perlu reda atas apa yang terjadi kerana dengan keredaan itu anda akan mendapat ketenangan. Suami seharusnya reda dan sabar menghadapi kerenah isteri yang sedang hamil.

kata nama
2 hal yang diterima oleh Allah segala perbuatan baik seseorang:
Dia berusaha mencapai reda Allah. 

Kata terbitan daripada kata reda ini ialah kata meredai, reda-meredai, meredakan, keredaan, berkeredaan, sereda, sereda mungkin dan reda sereda-redanya.
Ejaan03.08.2023
bagaimana hendak membezakan perkataan reda (teduh) dengan reda (rela,merelakan)Kedua-dua perkataan tersebut boleh dibezakan mengikut konteks sama ada dalam ayat, wacana dan sebagainya.Makna20.07.2007
Salam sejahtera, adakah penggunaan istilah 'reda' dalam ayat ini betul? "Air laut yang bergelora itu sudah reda." Sekian, terima kasih.Perkataan "reda" tidak gramatis dalam konteks ayat tersebut. Perkataan yang gramatis ialah "tenang".Lain-lain02.11.2015
1)reda atau redha 2)-nya atau -Nya (Allah)1)reda 2)-Nya (Allah)Ejaan01.11.2011
Apakah rasional disebalik ejaan redha yg dimodenkan menjadi reda? Adakah terdapat sebarang peraturan tatabahasa yang menyebabkan ianya lebih baik dieja sebagai reda berbanding redha?Sebarang ejaan bagi kata serapan daripada bahasa asing ke dalam bahasa Melayu telah dibincangkan dan diputuskan mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu sempena ulang tahun ke-20 MABBIM. Ejaan Rumi baharu yang huruf lamanya terkandung "dh" menjadi "d" juga dinyatakan dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975, 1987), Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia (1975, 1991) dan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981, 1988). Ejaan bagi kata "reda" juga terkandung dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi - Sebutan - Jawi (2001, 2008) terbitan DBP. Semuanya bertujuan keselarasan ejaan bahasa Melayu, khususnya bagi kata serapan daripada bahasa Arab seperti dharab menjadi darabkadhi menjadi kadi dan mudharat menjadi mudarat. Dengan peningkatan penguasaan ilmu, masyarakat telah dapat membezakan antara ejaan Rumi dengan ejaan Jawi serta sebutan dalam bahasa Arab dengan sebutan dalam bahasa Melayu bagi kata-kata tersebut.Makna12.03.2024
1) Bulan Ramadan atau bulan Ramadhan? 2) Redha atau reda?Ejaan yang betul ialah Ramadan dan reda.Ejaan20.02.2012
antara perkataan berikut yang mana betul? hadis @ hadith? redha @ reda? Mekah @ Makkah? saidina@sayidina?JAWAPAN BETUL HADIS, REDA, SAYIDINA, MEKAH @ MAKKAH-KEDUA-DUANYA BOLEH DIGUNAKAN.Ejaan09.08.2012
salam sejahtera, saya ingin pastikan sama ada ayat di bawah betul atau sebaliknya. Ani bersyukur kerana selepas beberapa hari, demamnya semakin susut/turun/reda. sekian terima kasih.Yang betul ialah Ani bersyukur kerana selepas beberapa hari, demamnya semakin reda. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bagi maksud redaTatabahasa15.07.2008
Saya ingin dapatkan kepastian ejaan jawi bagi reda ialah atau ? Manakala ejaan jawi bagi keredaan ialah atau ?Ejaan Jawi bagi perkataan "reda (réda)" ialah  dan "keredaan" ialah  .

Ejaan23.02.2022
Tesaurus
 
reda
1. Bersinonim dengan berhenti: sidang, redup, teduh, sereyat,

2. Bersinonim dengan berkurangan: semakin kurang, semakin pulih, semakin baik,

Kata Terbitan : meredakan, keredaan,
Rujuk :rela