PeribahasaSudah tercium baunya.TakrifRahsia atau kejahatannya sudah mulai diketahui.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerlindung di balik telunjuk.TakrifRahsia yang tak dapat disembunyikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerdua terkunci, bertiga terbuka.TakrifRahsia hanya dapat disimpan di antara dua orang saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenyimpan embacang masak.TakrifMenyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelah berbau bagai embacang.TakrifRahsia yang sudah diketahui orang; perkara yang sudah jelas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTaruh beras dalam padi.TakrifRahsia hendaklah disimpan baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada beras, taruh dalam padi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kelip-kelip terbang malam.TakrifRahsia yang tiada dapat disembunyikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemperlihatkan kurus tidak berbaju.TakrifMembuka rahsia diri sendiri kepada orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak dapat didamak, dipikat.TakrifSesuatu rahsia itu jika tidak mungkin didapat dengan kekerasan, hendaklah dengan cara yang lemah lembut. didamak = disumpit; dipikat = dijebak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda beras, taruh dalam padi.TakrifRahsia hendaklah disimpan baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Taruh beras dalam padi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Kain ini kain sutera, Kalau mandi tolong sidaikan; Rahsia ini kita berdua, Orang lain dibilang jangan.
Lihat selanjutnya... |
|