Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
DIANG-DIANGANDIANG-DIANGAN, cerita rakyat Brunei yang dituturkan secara berlagu dari mulut ke mulut dengan diiringi pukulan gendang yang khusus. Cerita ini dituturkan dalam dialek bahasa Brunei yang diselang-seli dengan perkataan-perkataan Melayu Brunei lama. Diang-diangan berbeza bentuknya daripada hikayat dan syair, walaupun sering terdapat persamaan bunyi pada akhir kalimat yang tertentu. Diang-diangan hanya mementingkan kata-kata yang sesuai dan menarik untuk menghidupkan jalan cerita.SASTERAKarya
PUTERA

Putera ialah gelaran yang tertinggi golongan

bangsawan. Perkataan ini berasal dari perkataan

Latin , princeps , bermakna pertama . Perkataan

princeps digunakan sebagai gelaran kepada

pegawai awam dan tentera Rom purba. Puak

Visigoth dan Lombard Jerman yang tinggal dalam

Empayar Rom menggunakan perkataan putera bagi

maksud kuasa kebebasan.

UMUM
MESTIZO

Mestizo ialah perkataan Sepanyol yang berasal

daripada perkataan Latin mixtus yang bererti

bercampur. Perkataan ini merujuk kepada

seseorang yang berketurunan campur. Seorang

mestizo mungkin mempunyai keturunan

campuran orang kulit putih dengan orang kulit

hitam atau keturunan orang Melayu. Perkataan ini

lebih kerap digunakan kepada keturunan

campuran orang kulit putih dengan kaum Asli

Amerika, terutamanya di Amerika Latin.

Lihat juga Amerika Latin (penduduk; gambar).

UMUM
REGRESI

Regresi ialah tanda tipikal penyakit mental

tertentu. Perkataan ini asalnya daripada perkataan

Latin yang bermaksud rosot kembali .

UMUM
ELL

Ell ialah ukuran panjang yang dikira dari lengan

bawah. Perkataan ini berasal daripada perkataan

Anglo-Saxon, eln atau Teutonik, alina, yang

bermakna lengan bawah dari hujung jari hantu

hingga  siku.

UMUM
YULE

Yule ialah perkataan lain untuk Krismas. Yuletide

bermaksud musim Krismas. Asal usul perkataan

Yule tidak pernah ditentukan, tetapi

berkemungkinan perkataan ini berasal daripada

pesta menuai pra-Kristian yang diadakan pada bulan

November.

UMUM
REBUS

Rebus ialah sejenis permainan perkataan. Dalam

permainan ini, petempatan atau saiz huruf,

nombor, atau perkataan menunjukkan nama, frasa,

atau perkataan lain.

UMUM
ANUITI

Anuiti ialah sejumlah wang yang dibayar pada

masa yang ditetapkan, biasanya sekali setahun.

Perkataan ini berasal daripada perkataan Latin,

annus , yang bermaksud tahun . Polisi insurans,

wasiat, dan dokumen lain memperuntukkan anuiti.

UMUM
ILMU SARAFIlmu saraf, bererti perubahan atau pertukaran.
Perkataan ini diambil sebagai satu istilah yang
bermaksud satu sistem penukaran perkataan,
luaran atau dalaman, tetapi tidak melibatkan
penukaran pada baris perkataan.
UMUMUmum
KOMA

Koma ialah keadaan hilang kesedaran sama

sekali. Perkataan ini berasal dari perkataan Yunani,

koma, yang bermakna tidur lena.

UMUM
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,