Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Anak kambing takkan menjadi anak harimau.

Takrif

Orang yang pengecut tetap pengecut. (Bandingkan dengan: a. Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat, b. Anak harimau takkan menjadi anak kambing).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Malu berani, mati takut.

Takrif

Pengecut.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Takkan ada katak beranakkan ular.

Takrif

Orang yang pengecut takkan menjadi orang yang berani.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kerosok ular di rumpun bambu.

Takrif

Ancaman daripada orang yang pengecut. kerosok = bunyi di daun-daun kering kerana dilalui binatang atau lain-lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rupa harimau hati tikus.

Takrif

Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi pengecut.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya.

Takrif

Orang yang diam jangan disangka pengecut.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kecambah kayu ara takkan jadi pulut-pulut.

Takrif

Orang yang memang berani takkan jadi pengecut. kecambah = tumbuhan kecil.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Taruh air di atas daun keladi.

Takrif

Mempercayakan rahsia kepada orang yang bodoh atau pengecut.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
kecut (adjektif)
1. Bersinonim dengan takut: gentar, gerun, gementar, tidak berani,

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan lisut, kisut, kedut, kempis, susut, seruh, lesut, berkerut, gedeber, kering dan berkedut,

Kata Terbitan : mengecut, mengecutkan, pengecut, kekecutan,