Kata |
Takrif |
Sumber |
halaman | 1 tanah lapang di hadapan rumah; pekarangan rumah: Ali bermain mercun di ~ rumahnya. 2 muka surat di dlm buku, majalah, surat khabar dll: Berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
halaman | 1. tanah lapang di hadapan rumah; pekarangan rumah: Ali bermain mercun di ~ rumahnya. 2. muka surat di dlm buku, majalah, surat khabar dll: Berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini. | Kamus Pelajar |
tukang kebun | orang yg mengerjakan (membersihkan) pekarangan rumah dan menjaga pokok-pokok yg ditanam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membabat | menebas (pokok-pokok dll), memangkas (semak, belukar, dll): semak-semak di pekarangan rumah saya perlu dibabat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
babat II | ; membabat menebas (pokok-pokok dll), memangkas (semak, belukar, dll): semak-semak di pekarangan rumah saya perlu dibabat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meluncur | 1 menggelongsor turun; melungsur: ~ dr tebing ke dlm sungai. 2 bergerak dgn pantas: Kereta tsb ~ masuk ke pekarangan rumah Ahmad. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebun | tanah yg tidak berapa luas dan ditanami pokok buah-buahan atau sayur-sayuran dll, ladang kecil: ~ sayur; ~ buah-buahan; tuan ~ Id pengurus (pengusaha) ladang; tukang ~ orang yg mengerjakan (membersihkan) pekarangan rumah dan menjaga pokok-pokok yg ditanam; ~ binatang taman haiwan, zoo; ~ bunga taman bunga; ~ percubaan kebun tempat menguji berbagai-bagai tanaman; ~ raya Id kebun tempat ditanam berbagai-bagai tumbuhan (di Bogor); berkebun bercucuk tanam di kebun, bekerja mengurus kebun; memperkebuni mengusahakan tanah supaya menjadi kebun, mengerjakan tanah sbg kebun; perkebunan 1. perihal tanam-menanam di kebun; 2. perusahaan atau urusan kebun; 3. tanah-tanah kebun; 4. Id ladang (besar): Gampo menceritakan ia sekarang bekerja sbg pengarah ~ kina; pekebun orang yg memiliki atau yg mengurus kebun; ~ kecil pengusaha kebun yg tidak luas, pengusaha ladang kecil (getah, kelapa sawit, dll); pengebun orang yg kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekerjaan | 1. sesuatu yg dikerjakan (dilakukan, dibuat), perbuatan: ~mu membakar negeri Langkapuri itu juga bukan ~ laki-laki; 2. sesuatu yg dilakukan (harus dilakukan) sbg tanggungjawab, kewajiban, tugas: sempurnalah ~ yg dititahkan paduka ayahanda itu; ~nya membersihkan pekarangan rumah belum selesai; ~ Allah kewajiban kpd Allah; 3. sesuatu (usaha, kegiatan, dsb) yg dilakukan berterusan (dr sehari ke sehari) utk keperluan hidup, usaha atau kegiatan utk mendapatkan wang, pencarian: pd masa itu, bapaku memegang ~ tuan syahbandar Holanda; mereka semua mahukan ~ yg memberikan pendapatan yg besar; ~ kolar putih kerja spt yg dilakukan oleh golongan pengurusan (profesional, perkeranian, dsb, iaitu bukan kerja kasar yg memerlukan kekuatan tenaga); ~ tangan kerja membuat barang-barang dgn tangan (spt menganyam dll); 4. ark pergerakan atau perjalanan sesuatu: beliau menerangkan ~ jentera itu kpd pelawat-pelawat; 5. majlis (istiadat) perkahwinan dll: banyak dia berbelanja kerana ~ kahwin anaknya; ~ baik lekas-lekaskan, jangan ditimpa ~ buruk; ~ buruk lambat-lambatkan, untung-untung datang ~ baik prb Mn pekerjaan baik (spt pekerjaan kahwin) hendaklah disegerakan melakukannya supaya tidak ada apa-apa halangan (sebaliknya pekerjaan yg tidak baik hendaklah ditangguhkan supaya dapat difikirkan dgn lebih teliti); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kawasan | 1. tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas): ~ seluas seribu hektar telah disediakan utk projek-projek perindustrian itu; ~ di sekeliling rumah itu gelap-gelita; 2. lingkungan sesuatu keluasan yg termasuk di dlm sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerintahan, dll), wilayah: tentera musuh menceroboh masuk ke dlm ~ Malaysia; 3. daerah atau wilayah yg sama keadaan buminya atau hawanya (hasilnya, kegiatan ekonominya, dll): ~ paya; ~ hutan; ~ tropika; ~ sejuk sederhana; ~ arang batu; ~ pertanian; ~ perladangan; ~ perusahaan; 4. NS kampung atau tanah (hak milik seseorang), pekarangan rumah; ~ hitam daerah atau selingkungan tempat-tempat yg dianggap berbahaya (kerana terdapat ancaman, gerakan, dsb oleh gerombolan pengganas); ~ legeh kawasan (tanah tinggi) yg memisahkan dua hulu sungai atau lebih; ~ perairan bahagian laut sehingga ke beberapa batu dr pantai yg diiktiraf sbg terletak di bawah kekuasaan negeri berkenaan; ~ putih daerah atau selingkungan tempat-tempat yg dianggap tidak berbahaya (bebas drpd ancaman pengganas); ~ sesak kawasan (biasanya kawasan bandaran) yg padat dgn penduduk (bangunan dsb); ~ sterling lingkungan yg meliputi negara-negara yg menggunakan mata wang sterling sbg pertukaran asing utamanya; ~ tadahan kawasan yg menerima air hujan dan menyalirkannya ke sungai, tasik, empangan dsb; berkawasan mempunyai (ada) kawasan: pertubuhan antarabangsa yg tidak ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekarangan | 1. halaman rumah: duduk di muka ~ rumahnya; 2. tanah kampung: kalau ada ~nya kita dirikan rumah-rumah petak kecil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
front | have the ~ to do st, berani + approp v: he had the ~ to tell Mavis that she was a bad administrator, dia berani memberitahu Mavis bahawa dia pentadbir yg kurang baik; in ~, a. in a forward position, di /depan, hadapan/: a large house with a courtyard in ~, rumah besar dgn pekarangan di depan; b. ahead, lebih /dahulu, awal/: he was behind for most of the race but managed to finish in ~, kebanyakan masa dlm perlumbaan itu dia di belakang, tetapi berjaya menamatkan perlumbaan lebih dahulu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
kelindang Ib | sejenis tumbuhan paku pakis, berbulu dan berlendir. Lendirnya boleh dibuat ubat bisul. Warnanya perang kehitaman. | Semasa dia sudah hampir tiba di pekarangan rumah mentuanya dia mencabut sejenis rumpun paku yang disebut kelindang. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kalang sama Bj Sm | sejenis puisi klasik yg disampaikan sambil menari dlm bentuk bulatan bergerak dgn pihak lelaki dan perempuan saling berbalas rangkap. | Majlis betitik dan kalang sama dilangsungkan di pekarangan rumah Embo Bani. | Nembiluk | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Thai 2.indb t] ดู จนกระทั ่ ง จบ 1 [cop] ลน kali: ลูกชายฉันอ ่ านบทขอพร สามจบก ่ อนจะออกจากบ ้ าน Anak lelaki saya membaca doa selamat tiga kali sebe lum keluar dari rumah. จบ 2 [cop] ก 1 tamat, berakhir: งานจบลง ด ้ วยการอ ่ านบทขอพร Majlis tamat dengan bacaan doa selamat. 2 mengakhiri: เขาจบ การเจรจาด ้ วยการเลี้ ยงอาหารว ่ caruat] น roket จระเข ้ [c:rake:] น buaya จราจร [cara:c:n] น lalu lintas, trafik จริง, จริง ๆ [ci, cici] ว 1 sungguh: บ ้ านนี้ สวยจริง ๆ Rumah ini cantik sung guh. 2 benar-benar: พ ่ อเขารวยจริง ๆ Bapa nya benar-benar kaya. จริงจัง [-ca] ว bersungguh-sungguh: ลูกจ ้ างของเขาทำงานอย ่ างจริงจัง Pekerjanya bekerja dengan
|
|
Tesaurus |
---|
| rumah (kata nama) | 1. Bersinonim dengan kediaman: panti, bait berek, rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, apartmen, rumah teres,
rumah berkembar, banglo, vila,
2. Dalam konteks rumah tradisional bersinonim dengan rumah limas, rumah Minangkabau, rumah Melaka, rumah kutan, rumah bumbung limas,
rumah tiang enam, rumah serambi Pahang, rumah Temuan, rumah Semai, rumah Jakun, rumah panjang,
3. Dalam konteks institusi bersinonim dengan rumah kebajikan, rumah orang-orang tua, rumah anak yatim, rumah kanak-kanak cacat,
4. Dalam konteks komersil bersinonim dengan rumah rehat, rumah tumpangan, rumah persinggahan, rumah urut, rumah sundal, rumah judi.,
|
|
|