Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau bergelang jangan patah, Kalau patah dalam perahu; Hati adik tidak berbelah, Orang tidak mahu manalah tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau bergelang jangan patah, Kalau patah dalam perahu; Hati adik tidak berbelah, Orang tidak mahu manalah tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Padi muda jangan dilurut, Kalau dilurut patah batangnya; Hati muda jangan diturut, Kalau diturut susah datangnya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tiup api embun berderai, Galah patah haluan perahu; Niat hati tak hendak bercerai, Kuasa Allah siapa tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jantung pisang jangan dipatah, Jika patah binasa isi; Jantung hati badan bertuah, Menyelamatkan kamu yang akan pergi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Patah kemudi di Tanjung Jati, Mata bertentang jantung berdebar; Tersematlah wajah di lubuk hati, Semakin ditentang semakin gementar.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pagi-pagi embun berderai, Patah galah haluan perahu; Niat hati belum nak cerai, Kehendak Allah siapa tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hujan panas embun berderai, Patah kemudi haluan perahu; Hajat hati tak hendak bercerai, Kuasa Allah siapa tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Asap api embun berderai, Patah galah haluan perahu; Niat hati tak ndak bercerai, Kehendak Allah siapa yang tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Asap api embun berderai, Patah galah haluan perahu; Hajat hati tak ndak bercerai, Perintah Allah siapa tahu.
Tesaurus
 
patah (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sekah: serkah, pukah, ripuk, kopak, sempal, jahanam,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terhenti, tergencat, terencat, tergendala, terhalang, terbantut, terbengkalai, terkandas,

Kata Terbitan : berpatah, mematahkan, pematahan, pematah,

Puisi
 

Kalau bergelang jangan patah,
     Kalau patah dalam perahu;
Hati adik tidak berbelah,
     Orang tidak mahu manalah tahu.



Lihat selanjutnya...