Kata |
Takrif |
Sumber |
tegun | bertegun, menegun berhenti sebentar: ~ di pintu; tertegun tiba-tiba terhenti dan terdiam, berdiri tegak (tidak bergerak-gerak), terhenti (kerana hairan, terperanjat, memikirkan se-suatu, dll): ~ sejurus ia di muka pintu kamar itu; yg bernyanyi ~ yg bercakap dan tertawa berdiam diri; tertegun-tegun sebentar-bentar berhenti, terhenti-henti, tertahan-tahan, terputus-putus: ia melangkah, berjalan lambat-lambat disela-sela tempat yg telah diduduki orang, ~ sambil melayangkan mata kian ke mari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terhenti | tidak berjalan atau tidak bergerak lagi; tertahan; tersekat: Perbualan mereka ~ apabila guru masuk ke bilik darjah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terhenti | tertahan, tidak berjalan lagi, terputus, tersangkut: percakapannya ~ hingga itu sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terhenti | tidak berjalan atau tidak bergerak lagi; tertahan; tersekat: Perbualan mereka ~ apabila guru masuk ke bilik darjah. | Kamus Pelajar |
tertegun | tiba-tiba terhenti dan terdiam, berdiri tegak (tidak bergerak-gerak), terhenti (kerana hairan, terperanjat, memikirkan se-suatu, dll): ~ sejurus ia di muka pintu kamar itu; yg bernyanyi ~ yg bercakap dan tertawa berdiam diri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rencat | ; merencatkan menyebabkan terbantut atau terhenti, membantutkan: racun kulat boleh ~ pertumbuhan miselium, percambahan spora, dan pembiakan seks kulat; terencat terbantut, terhenti, tertahan: kerjanya ~ kerana air pasang; ~ akal tidak normal keupayaan atau perkembangan mentalnya disebabkan faktor tertentu (bkn seseorang, terutamanya kanak-kanak); ~ otak terencat akal; keterencatan perihal atau keadaan terencat; kerencatan perihal (keadaan dsb) terencat (terbantut dsb), kebantutan: kanak-kanak itu biasanya dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami ~ pertumbuhan; ~ akal keadaan atau keupayaan mental seseorang yg tidak berkembang dan berfungsi secara normal, yg biasanya ditandai ciri-ciri tertentu. perencatan perihal merencatkan, perihal terencat (terbantut): ~ pertumbuhan jika berterusan lambat-laun akan membunuh kulat juga; perencat sesuatu yg merencatkan sesuatu yg lain; bencat, gencat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gagap I | tertahan-tahan atau terhenti-henti apabila bercakap (mis m-m-ma-malam utk malam); orang ~ orang yg bertutur tertahan-tahan; bergagap-gagap bercakap dgn tertahan-tahan;tergagap-gagap terhenti-henti (percakapan), tergaguk-gaguk: dgn suara yg ~, Rahim menceritakan riwayat hidupnya; kegagapan perihal (sifat atau keadaan) gagap: tahap ~ berbeza antara seseorang dgn seseorang yg lain bergantung pd keadaan tekanan sosial yg dihadapinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gencat | 1. macat, terhalang, terhenti (kemajuan, pekerjaan, dll); 2. bantut, kerdil (pokok, orang, dll); menggencat menghentikan, membantutkan; ~ senjata menghentikan tembak-menembak; menggencatkan menyebabkan tergencat: sistem pertanian tradisional hanya akan ~ usaha petani utk menambahkan pendapatan mereka; tergencat terhenti, terbantut: kalau pokok itu dianjak, tidak dapat tiada ia akan ~ dan layu; gencatan; ~ senjata (perang) keadaan berhenti bertempur, keadaan terhentinya atau persetujuan menghentikan pertempuran atau tembak-menembak, peletakan senjata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terus | 1. menuju ke sesuatu tempat dgn tidak singgah di mana-mana, langsung (tidak terhalang atau terhenti), lantas: dr kamar tidur dia ~ ke bilik mandi; 2. tidak berhenti, tidak terhenti-henti, sentiasa bergerak (berjalan dll): kereta yg mereka naiki itu ~ berjalan; 3. tidak putus-putusnya, berkepanjangan, berlarut-larut, selalu: negeri ini bergantung ~ pd getah dan timah sahaja; 4. langsung ke sebelah (apa yg ditikam dll), lantas, menembus, tembus: ditikamnya sekali lagi, kena rusuknya ~, maka rusa itu tiada boleh lari lagi lalu mati; 5. tidak bertangguh-tangguh lagi, dgn segera, lalu, langsung: sesampai di kampung aku ~lah pergi ke paya; 6. tidak berwakil kpd sesiapa langsung: di samping beberapa jabatan kerajaan yg dijaga ~ oleh menteri, terdapat juga beberapa lembaga atau perbadanan ...; 7. tidak bercampur atau berlapis, jati, tulen; emas ~ emas tulen (bukan saduran); ~ mata (pelihatan, pandang) dapat mengetahui apa yg tersembunyi (yg akan terjadi); seterusnya 1. selepas itu ... lalu, lantas ...: aku ~ pergi ke rumah Ah Seng; 2. selanjutnya: biarlah kita terima dulu jaminan tersebut utk diperhatikan ~; 3. = dan ~ dan lain-lainnya, dan yg lain-lainnya; 4. tetap, selama-lamanya: beliau telah mengadakan mesyuarat utk menentukan ~ langkah-langkah yg diambil mengenai perkara tersebut; 5. yg berikutnya: Khatijah memandangnya, berasa takjub ditanya ~ itu; 6. sejak dr itu ..., mulai sekarang: dia ~ tidak berani lagi melakukan perkara itu; berterusan tidak berkeputusan, berlanjutan, berkepanjangan: dia menangis ~; menerus 1. menembus, melantas: jahitan ini tidak boleh ~ ke sebelah luar; 2. meresap (mengalir dll) keluar atau masuk; 3. jauh dr permulaan, lanjut, terus: maka dilihat Bendahara betul kepala Tun Mutahir bernyala, cahaya ~ ke langit; terus-menerus 1. = terus-terusan tidak berkeputusan, tidak berhenti-henti, tidak putus-putus, berterusan: mestikah mereka ~ hidup dlm alam kekolotan? 2. secara langsung (siaran televisyen dll), bukan pertunjukan filem: kira-kira 16000 orang telah menyaksikan perlawanan yg disiarkan ~ oleh televisyen ke beberapa buah negeri; menerusi 1. masuk sampai ke, melantas pd, menembus pd: jahitan yg awal dan yg akhir sahaja yg ~ kain, yg lain itu lalu di bawah urat benang sahaja; 2. dgn perantaraan, melalui: masukkan sehelai benang halus ~ lubang-lubang pd kertas tebal itu; dia mengirim buku-buku itu ~ saya; meneruskan 1. menembuskan, melantaskan; 2. melanjutkan, melangsungkan, menyam-bungkan: dr situ mereka ~ perjalanan mereka ke arah selatan; dia bercadang hendak ~ pelajarannya ke universiti; 3. mengirim terus (kpd), menyampaikan (menyerahkan) terus kpd: surat itu diteruskan kpd ketua rapat yg dgn segera pula ~ kpd Kadir; terusan 1. sungai buatan dll yg menghubungkan dua lautan (utk pelayaran), susukan: T~ Panama; T~ Suez; 2. bp sambungan, lanjutan: ini adalah ~ drpd cerita dahulu; 3. bp terus-terusan, terus-menerus; keberterusan perihal (keadaan yg) berterusan: hasrat terhadap ~ dlm hubungan antara negara; penerusan perihal (perbuatan dsb) meneruskan, pelanjutan, kelanjutan: masih ada kekecualian tertentu yg mengizinkan ~ penggunaan bahasa Inggeris; penerus 1. orang (golongan) yg meneruskan (melanjutkan) sesuatu aktiviti, penyumbang: melahirkan titisan zuriat Islam yg murni sbg ~ generasi Islamiah pd masa hadapan; 2. (Kej) peranti elektronik yg digunakan utk menukar arus ulang-alik kpd arus terus tanpa menggunakan dinamo atau mesin elektrik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setop | bp 1. tempat berhenti (bas dll): dr satu ~ ke satu ~, semakin banyak penumpang turun; 2. berhenti, terhenti; menyetop menahan (supaya berhenti), menyuruh berhenti: mereka ~ dua buah beca yg lain di hadapan mereka; tersetop tidak diteruskan (perjalanan, percakapan, dll), terhenti; setopan Id tempat berhenti (bas dll), perhentian; penyetopan perihal atau perbuatan menyetop (menahan supaya berhenti). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
hiatus | n 1. (fml) interruption, terhenti: relations between the two countries were restored after a 10-year ~, hubungan antara kedua-dua buah negara pulih semula selepas terhenti selama 10 tahun; 2. break, gap, kerumpangan: that period was a ~ in recorded history, tempoh waktu itu merupakan kerumpangan dlm sejarah yg tertulis; 3. (ling & anat) hitus. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
arrest | cardiac ~, jantung terhenti; /place, put/ so. under ~, menahan sso; (be) under ~, ditahan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
becalmed | adj (of ship) terhenti. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
full stop | come to a ~, terhenti. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
halt 1 | vt 1. cause to stop marching, journeying, etc, mengarahkan supaya berhenti: the captain ~ed his men at the top of the hill, kapten itu mengarahkan orang-orangnya supaya berhenti di atas puncak bukit itu; 2. cause to discontinue, (act.) menyebabkan terhenti; (pass.) terhenti; (deliberately) menghentikan: heavy rain ~ed play for an hour, hujan lebat menyebabkan permainan terhenti selama sejam; to find ways to ~ corruption, mencari jalan utk menghentikan rasuah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
arrested | adj stopped, checked, a. (of progress, spread, flow, etc) tersekat, terhenti; (of development) tersekat, terbantut; b. (of growth ) terbantut. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
halt 1 | n 1. temporary stop, berhenti: after a brief ~ the march continued, selepas berhenti sebentar perarakan itu bergerak semula; bring to a ~, cause to discontinue, menyebabkan terhenti; (deliberately) menghentikan: the recession brought production to a ~, kemelesetan telah menyebabkan pengeluaran terhenti; he brought the car to a ~ on a lonely stretch of road, dia menghentikan keretanya di jalan yg lengang; call a ~ to, menghentikan: police called a ~ to the search when darkness fell, polis menghentikan gerakan mencari apabila malam tiba; its time we called a ~ to this feuding, sudah masanya kita menghentikan segala persengketaan ini; come to a ~, berhenti: the van came to a sudden ~, van itu berhenti dgn tiba-tiba; 2. stopping-place for train, perhentian kereta api; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
cardiac | adj kardium: ~ rate, kadar kardium; ~ valve, injap kardium; ~ pacemaker, perentak jantung; ~ arrest, jantung terhenti. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
gum 1 | ~ up; be ~med up, made sticky, lekit, melekat-lekat: my fingers were all ~med up when I finished sticking up the posters, jari-jari saya habis melekat-lekat selepas saya menampal poster-poster itu; ~ up the works, (colloq), (act.) menyebabkan sst terhenti; (pass.) sst terhenti: the project was running smoothly until the newly-appointed head ~med up the works, projek itu berjalan lancar sehingga ketua yg baru dilantik menyebabkan kerja terhenti. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
instability | n 1. lack of stability, ketidakstabilan, keadaan [sso, sst yg] tdk stabil: economic ~ halted investment, keadaan ekonomi yg tdk stabil menyebabkan pelaburan terhenti; the ~ of the regime, ketidakstabilan rejim itu; ~ of temperament, perangai [sso] yg tdk stabil: he has an ~ of temperament that makes him unreliable, perangainya yg tdk stabil itu menyebabkan dia tdk dapat diharapkan; 2. lacking balance mentally, ketidakstabilan /fikiran, mental/: we observed her for any signs of ~, kami memperhatinya kalau-kalau ada tanda-tanda ketidakstabilan fikiran. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
nonsense mutation | mutasi terhenti | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Sejenis mutasi titik, iaitu pertukaran satu bes nukleotida dengan satu bes nukleotida yang lain yang menyebabkan terhasilnya kodon penamat. Perubahan ini memberi kesan terhadap perubahan produk protein kepada yang tidak sempurna fungsinya. |
cardiac arrest | jantung terhenti | Kejururawatan | Tiada | Pengepaman jantung berhenti secara mengejut yang dicirikan oleh ketiadaan tekanan darah dan nadi. Ia berlaku akibat fibrilasi ventrikel dan asistole. |
apnea | apnea | Kejururawatan | Tiada | Keadaan pernafasan yang terhenti buat sementara akibat kegagalan perangsangan oleh pusat pernafasan. |
sleep apnea | apnea tidur | Kejururawatan | Tiada | Keadaan pernafasan yang terhenti untuk sementara waktu semasa tidur. |
life annuity | anuiti hayat | Ekonomi | Tiada | Anuiti yang dibayar kepada pewaris sepanjang masa hidupnya. Pembayaran tersebut akan terhenti apabila pewaris itu meninggal dunia. |
celebral death | kematian serebrum | Kejururawatan | Tiada | Kehilangan fungsi otak yang tidak dapat dipulihkan yang dicirikan oleh nafas terhenti, tiada tindak balas terhadap rangsangan, kehilangan aktiviti otot dan gelombang elektro-ensefalogram mendatar bagi tempoh masa tertentu. |
fibrillation | fibrilasi | Kejururawatan | Tiada | Denyutan jantung yang cepat dan tidak beritma yang mengakibatkan otot jantung tidak dapat mengekalkan penguncupan yang segerak dan kemudiannya menyebabkan jantung terhenti. Keadaan ini boleh berlaku semasa penguncupan atrium atau ventrikel. |
employee insurance | insurans pekerja penting | insurans | Tiada | 1. Insurans hayat atau insurans kesihatan bagi pekerja penting untuk melindungi kerugian kewangan yang akan dihadapi oleh majikan jika khidmat pekerja tersebut terhenti. Polisi tersebut dimiliki dan premium dibayar oleh majikan. 2. Dalam insurans kesihatan, istilah ini digunakan juga untuk menunjukkan Insurans Gaji Berterusan atau pelan faedah perubatan yang dibayar kepada pekerja penting dengan premium dibiayai sepenuh atau sebahagiannya oleh majikan. |
point mutation | mutasi titik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Penggantian satu bes nukleotida dengan satu bes nukleotida yang lain sama ada melalui proses pemasukan atau penyingkiran daripada jujukan DNA atau RNA. Mutasi titik yang berlaku pada kawasan pengekodan boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu mutasi tanpa gejala, mutasi lain erti dan mutasi terhenti. Lihat juga mutasi senyap, mutasi lain erti dan mutasi terhenti. |
vapour lock | sekat wap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Keadaan dalam sistem bahan api yang menyebabkan bahan api cecair bertukar menjadi wap dan menghasilkan buih. Keadaan ini menyebabkan penghantaran bahan api ke karburetor atau penyuntik bahan api terhalang atau terhenti sepenuhnya. Proses pemeluwapan ini berlaku akibat kenaikan suhu atau penurunan tekanan dalam talian bahan api. Lihat juga talian balikan wap. |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
barong MSb | parang. | Pergelutan terhenti. Malai tegak kembali. Tapi lelaki yang tersungkur bangkit semula lalu meluru ke arahnya. Sepantas kilat Malai mencabut barong yang tersisip di pinggangnya. Musuh yang datang ditunggu dengan langkah yang bersedia. | Alungei | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kiong, *kiung* Ib | ikan haruan; Channa striatus. | Keling pun bangun semula. Dia termenung seperti ikan kiong yang termabuk selut, terhenti seperti ikan betutu dalam air keruh. Dia memandang ke kiri dan ke kanan. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb secara tidak lengkap, yang berlaku sama ada sebe- lum atau selepas kelahiran. (BIO, UBAT) aplastic (aplastik) Perihal tidak mampu untuk membentuk tisu yang baru. (UBAT) apnea (apnea) Keadaan pernafasan yang terhenti sementara akibat kegagalan perangsangan oleh pusat pernafasan. (BIO, UBAT) apneumone (apneumon) Bahan ekomon yang dirembeskan oleh bahan busuk. (BIO) apicectomy apneumone Kamus Sains.indb 90 7/8/08 11:46 tunika adventitia), lapisan tengah (tunika media) dan lapisan dalam (tunika intima). Contohnya, arteri pulmonari. Sinonim vessel. (UBAT, BIO) artery forceps (forseps arteri) Forseps yang digunakan untuk menyepit arteri supaya perdarahan terhenti se- perti semasa pembedahan. (UBAT) artesian aquifer (akuifer artois) Akuifer yang mengandungi air bertekanan cukup untuk menjulangkannya ke paras yang lebih tinggi dari permukaan bumi. (HID) arthralgia (artralgia) Neuralgia atau
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
terhenti | [ter.hen.ti] | ترهنتي |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata terhenti |
|
|