Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah jawapan yang sesuai bagi perkataan berlawan ini?. remeh. Contoh ayat: Janganlah difikirkan sangat perkara-perkara yang remeh Adakah jawapannya besar atau mustahak. | Jawapannya ialah penting, mustahak,besar. | Makna | 05.03.2007 |
Saat ini, yang mustahak untuk dilakukan ialah/adalah memulakan kehidupan baru. Ialah atau adalah? Kalau tambah "untuk" di hadapan "memulakan" itu mungkin lebih tepat kalau guna "adalah", tapi nanti jadi ada dua perkataan "untuk" kan jadi tak kemas. Lagipula "memulakan" itu kata kerja kan? Jadi tak boleh pakai adalah? Sekian Terima kasih | Ayat yang betul ialah "Saat ini yang mustahak untuk dilakukan, memulakan kehidupan baru." Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 263-265. | Tatabahasa | 03.03.2024 |
Sudah terang lagi bersuluh bahawa dapat disimpulkan bahawa amalan budi bahasa amat mustahak untuk negara mencapai taraf negara maju yang disegani oleh negara-negara gergasi yang lain di dunia. Penggunaan kata sendi nama untuk di sini salah atau betulKalau betul mengapa | Penggunaan kata sendi nama "untuk" betul dalam konteks ini kerana menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. | Tatabahasa | 14.01.2021 |
DEFINISI PIHAK BERKEPENTINGAN | Kepentingan bermaksud mempunyai kepentingan, iaitu perihal sifat penting, peri mustahak, keperluan; sesuatu yang penting (dituntut, dihargai) demi kebaikan, manfaat; hak atau saham dalam sesebuah syarikat. Pihak berkepentingan boleh didefinisikan sebagai pihak yang mempunyai hak atau saham dalam sesuatu perkara, atau mempunyai keperluan, atau inginkan sesuatu manfaat. | Makna | 01.03.2008 |
penggunaan perkataan ialah dan adalah dengan tepat | Ialah digunakan secara persamaan dan hadir di hadapan frasa nama. Cth. Perkara yang mustahak itu ialah usaha mendorong pembaca berfikir. Adalah digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Cth. Sumbangan beliau adalah dari segi pembicaraan terperinci tentang penterjemahan. | Tatabahasa | 04.03.2008 |
salam, mohon bantuan utk menolong saya berkenaan maksud perkataan REMEH dan REMEH TEMEH..dan apa perbezaannya? | Remeh-temeh ialah kata ganda bagi perkataan remeh yang bermaksud tidak mustahak atau tidak penting. | Makna | 03.12.2012 |
apakah beza antara penggunaan ialah dan adalah | Ialah dan adalah merupakan kata pemeri. yang digunakan secara persamaan atau ekuatif dan secara huraian atau kualitatif. Ialah digunakan secara persamaan di hadapan frasa nama: Perkara yang mustahak ialah usaha mendorong pembaca berfikir. Adalah digunakan secara huraian atau kualitatif hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Sumbangan besar beliau adalah dari segi pembicaraan terperinci tentang perkara tersebut. | Tatabahasa | 24.04.2007 |
Assalamualaikum, Apakah maksud "serkit2 tali-gerap", ayat penuh "Sharikat Cable dan Wireless Berhad dahulu-nya telah menjalankan segala serkit2 taligerap dari Iuar negeri yang penting ka-Singapura dan daripada Negeri Singapura ka-luar negeri sa-belum 1 haribulan Januari, 1965 dan ada-lah mustahak bagi kepentingan Negara semua perkhidmatan2 luar negeri itu di-letakkan dalam kawalan Kerajaan betul2." Ayat diambil dari Penyata Parlimen bertarikh 26 May 1965. | Tiada maklumat tentang serkit2 tali-gerap dalam pangkalan data kami, juga tiada maklumat lain yang dapat membantu melalui carian di Google. | Lain-lain | 17.04.2019 |
Tuan DBP, mengapakah wujudnya frasa-frasa "hadirin sekalian"? Kata "sekalian" kata bilangan yang terletak di hadapan frasa nama kerana berguna sebagai penerang jumlah frasa nama. Sebagai contoh sekalian murid, sekalian hadirin, sekalian kawan, sekalian pencuri. Mengapakah dalam teks ucapan, tidak diperikan "sekalian hadirin"? Sebagai contoh: Sekalian hadirin, perpaduan amat mustahak untuk menjanakan negara yang maju....... . Natijahnya, soal inti saya: Mengapakah pegarinya bentuk frasa "hadirin sekalian", sedang kata bilangan berada di depan frasa nama? | Frasa "hadirin sekalian" lewah namun banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Bagi menghasilkan ungkapan yang gramatis, ungkapan tersebut boleh ditukar kepada "Hadirin yang dihormati" dan "Murid-murid yang disayangi". | Tatabahasa | 15.08.2015 |
Saya ingin tahu tentang penggunaan 'ialah' dan 'adalah' serta isu-isu semasa yg menyangkut penggunaan kedua-duanya. Saya juga ingin tahu jika DBP ada menerbitkan kamus Melayu beserta transkripsinya sekali. Jika ada di mana boleh saya mendapatkannya. Salam. | Ialah dan adalah merupakan kata pemeri. yang digunakan secara persamaan atau ekuatif dan secara huraian atau kualitatif. Ialah digunakan secara persamaan di hadapan frasa nama: Perkara yang mustahak ialah usaha mendorong pembaca berfikir. Adalah digunakan secara huraian atau kualitatif hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Sumbangan besar beliau adalah dari segi pembicaraan terperinci tentang perkara tersebut. DBP menerbitkan buku-buku termasuklah kamus dalam bentuk manuskrip bersih dan saudara boleh mendapatkannya di kedai buku DBP atau kedai-kedai buku yang berhampiran. | Tatabahasa | 06.04.2010 |