Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PERAKAUNAN | Perakaunan ialah penyediaan dan analisis rekod kewangan bagi syarikat swasta, kerajaan atau organisasi lain. Perakaunan membolehkan tafsiran maklumat kewangan dan hasilnya digunakan untuk perancangan masa depan. Contohnya, data-datanya dapat menunjukkan kepada eksekutif, produk atau jabatan yang berprestasi baik atau tidak baik. | UMUM | |
STAPLEDON, OLAF | Stapledon, Olaf (18861950) ialah penulis fiksyen sains British yang utama. Dia menulis babad imaginasi masa depan yang dikenalinya sebagai esei penciptaan mitos. Kisah hebat dan istimewa ini melepasi ruang dan masa serta selalu berkait dengan seluruh peradaban. | UMUM | |
ASTROLOGI | Astrologi ialah kajian bagaimana matahari, bulan, planet dan bintang kononnya berkaitan dengan kehidupan dan kejadian di bumi. Ia berdasarkan kepercayaan bahawa cakerawala membentuk pola yang boleh menggambarkan watak atau masa depan seseorang. Kebanyakan orang di seluruh dunia percaya pada astrologi. Mereka mendasarkan keputusan penting atas nasihat ahli astrologi (orang yang menilik nasib dengan mengkaji bintang). Orang lain mengatakan bahawa astrologi tidak mempunyai asas saintifik. Astrologi berbeza daripada astronomi. Astrologi berkembang daripada satu set prinsip yang berasal lebih 2000 tahun dahulu. | UMUM | |
PERAMALAN | Peramalan ialah amalan mencuba mengenal pasti peristiwa yang tidak diketahui melalui cara magik atau ghaib. Seorang peramal dianggap dapat mempelajari tentang masa lampau, masa kini, atau masa depan. Sesetengah peramal percaya mereka boleh tahu sebab-musabab berlakunya kejadian masa lalu, seperti penyakit atau kematian seseorang. Peramal lain, dikenali sebagai dowser, mendakwa mereka boleh menentukan tempat air berada di bawah tanah. Malah ada yang percaya mereka boleh meramalkan peristiwa, seperti bila seseorang akan meninggal dunia atau orang yang akan dikahwini oleh seseorang itu. | UMUM | |
NORNS | Norns ialah tiga Nasib dalam mitologi Scandinavia . Mereka merupakan tiga orang adik- beradik perempuan: Urd (masa lampau), Verdandi (masa kini), dan Skuld (Masa Depan). Urd seorang yang tua dan memandang kepada masa lampau. Verdandi memandang tegak ke hadapan, iaitu kepada masa kini. Manakala Skuld mewakili masa hadapan, dan memandang ke arah bertentangan dengan Urd. Mengikut mitologi ini, nasib manusia dan dewa ditentukan oleh Norns. Orang Scandinavia awal mempercayai bahawa terdapat banyak lagi Norns yang lebih kecil, iaitu satu untuk setiap orang. | UMUM | |
TELUK GONG | TELUK GONG, antologi puisi yang diterbitkan secara stensilan pada bulan Oktober 1967, di Kuala Lumpur. Antologi ini kemudiannya diterbitkan semula pada tahun 1987 oleh Penerbit INSAN, Kuala Lumpur. Kesemua puisi dalam antologi ini berkisar tentang nasib dan masa depan petani miskin di Teluk Gong. Petani yang diketuai oleh Hamid Tuah ini telah meneroka tanah di situ, tetapi telah ditindas oleh pemimpin peringkat negeri. Antologi puisi ini mengandungi 59 puisi yang dihasilkan oleh 41 orang penyair. Ia telah disusun oleh Usman Awang dan diberi kata pengantar oleh A. Bakar Hamid. | SASTERA | Karya |
PAWANG | PAWANG, orang yang mahir dalam hal upacara magis, Lazimnya, seseorang itu hanya boleh menjadi pawang setelah mendapat 'panggilan' daripada kuasa ghaib iaitu . menerima kuasa daripada roh nenek moyang. Pawang menggunakan kuasa magis untuk pelbagai tujuan seperti mengubat orang sakit, menilik barang yang hilang dan menilik masa depan seseorang. Pawang adalah sebagai perantara alam nyata dengan alam ghaib dan mempunyai pengetahuan memanipulasi alam untuk keperluan masyarakat. Terdapat beberapa jenis pawang seperti pawang hujan, pawang bijih, pawang belat dan sebagainya. | BUDAYA | Kepercayaan |
RUMAH | Rumah, dalam ilmu astrologi, ialah satu pembahagian carta yang kononnya menampakkan sifat atau masa depan seseorang. Carta yang dikenali sebagai horoskop terbahagi kepada 12 rumah. | UMUM | Umum |
KALA | Kala ialah ciri kata kerja yang menunjukkan masa sesuatu perbuatan. Terdapat tiga pembahagian masa kini, lampau dan depan (kelak). | UMUM | |
ANTONIUS, GEORGE | Antonius, George (18921942) ialah penulis dan aktivis politik Palestin. Pada bulan Januari 1939, dia dipilih sebagai salah seorang wakil bagi mewakili negara Arab dalam persidangan mengenai masa depan Palestin. Antonius kemudian dilantik sebagai setiausaha agung bagi perwakilan Arab. Persidangan yang diadakan di London itu berlangsung selama enam hari dan berakhir dengan jalan buntu. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| masa (kata nama) | 1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,
2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,
| Kata Terbitan : semasa, |
|
|