Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Ingin menukar bahasa dari Inggeris kepada Bahasa Melayu. Compressed Natural Gas Mother Station 1. Stesen Induk Gas Asli Termampat 2. Stesen Utama Gas Asli Termampat 3. Stesen Induk Gas Asli Mampat 4. Stesen Utama Gas Asli Mampat Yang mana satu pilihan yang paling hampir maknanya? Kerjasama pihak tuan amatlah saya hargai. Terima kasih, IkhwanPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Stesen Induk Gas Asli Termampat.Istilah18.05.2016
Tayar basikalnya kempis kerana tercucuk paku. Apakah kata antonim kempis?Antonim  bagi perkataan kempis yang sesuai untuk tayar ialah mampat.Tatabahasa01.07.2021
Apakah terjemahan untuk "compressed" seperti dalam kes di bawah: Takrif: having a narrow shape as if flattened, especially sideways. adjective: compressed "most sea snakes have a compressed tail" Saya yakin ada padanan selain mampat dalam bahasa Melayu tetapi saya tidak dapat memikirkannya. Adakah pipih sesuai ataupun ia cuma untuk permukaan leper yang melintang dan bukannya menegak seperti bentuk ekor ular laut. Terima kasih.Mengikut konteks ayat yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang paling hampir bagi perkataan compressed tail ialah ekor berbentuk tirus.Penyemakan dan penterjemahan22.03.2015
APAKAH MAKSUD SERING?

Saudara Puiman,

Sering memilki banyak maksud merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Antaranya seperti yang tersebut: 1. kemas dan keras (pintalan tali, benang, dll), keras (kain yg dikanji, kertas tebal, dll); 2. tegang (tali diregangkan, urat, dll), kejang; 3. ark kurus tetapi mampat dagingnya serta cergas dan tegap (badan orang): orang yg suka makan pedas, badannya ~ tapi liat; 1. = sering-sering kerap kali, acap kali, selalu: orang itu ~ sahaja datang ke rumahnya; 2. = sering-sering ark kadang-kadang: Ali dan Azman sering-sering ber-tengkar; keseringan perihal sering (selalu), ke­kerapan, acap kalinya: ~ penggunaan teknik ini bisa mengaburkan cerita.

Untuk memudahkan saudara, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (halaman 1471) dan layari http://prpm.dbp.gov.my untuk maklumat lanjut.

Makna12.09.2012
1
Tesaurus
 
mampat (adjektif)
Bersinonim dengan padat, padu, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat;,
Kata Terbitan : memampatkan, kemampatan,