PeribahasaHilir malam mudik tak singgah, daun nipah dikatakan daun labu.TakrifMalas berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasak malam mentah pagi (= siang).TakrifPerkara yang sudah selesai, tetapi tak lama kemudian berubah pula.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKelam bagai malam dua puluh tujuh.TakrifSesuatu hal atau perkara yang gelap sama sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAyam hitam terbang malam bertali ijuk, bertambang tanduk, hinggap di kebun rimbun.TakrifKejahatan (perkara dan sebagainya) yang dilakukan di dalam sulit, sukar diketahui. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap ke rimba dalam, bertali ijuk bertambang tanduk; atau Ayam hitam terbang malam, hinggap pada pohon mempelam; atau Ayam hitam terbang malam, berdebas bunyinya). tambang = pancang untuk mengikatkan tali ayam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSiang berpanas, malam berembun.TakrifSangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga. (Peribahasa lain yang sama makna: Malam berselimut embun, siang bertudung awan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMalam berselimut embun, siang bertudung awan.TakrifSangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga. (Peribahasa lain yang sama makna: Siang berpanas, malam berembun).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLang pungguk lang berikan, tidur siang berjaga malam.TakrifPencuri yang tidur waktu siang, dan berjaga waktu malam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDuduk berkurung siang malam.TakrifOrang yang tak keluar-keluar dari rumahnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKelip-kelip terbang malam.TakrifHendak menyembunyikan rahsia yang tidak dapat ditutup.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai ayam diasak malam.TakrifTidak ada daya upaya lagi. diasak = didesak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| malam (kata nama) | Bersinonim dengan maghrib, senja, malam-malam, tengah malam, larut malam, jauh malam, lewat malam,
malam buta, bulan mengambang;, | | Kata Terbitan : semalam, semalaman, semalam-malaman, bermalaman, kemalaman, |
|
Puisi |
---|
|
Malam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Malam ini kita mengingat, Jangan lupa bunga di pasu.
Lihat selanjutnya... |
|