Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SIMPULAN BAHASArangkai kata yang tersimpul dalam susunan kata yang ringkas lagi padat, dan mempunyai makna yang berbeza daripada makna asal kata yang tersusun itu.BAHASAKonsep
MAJAZ, AL-

Majaz, al- dalam ilmu Balaghah bererti

memaksudkan makna lain yang berlainan

daripada makna asal yang sebenar. Perkataan al-

Majaz dibentuk daripada akar kata bahasa Arab

Jaza Yajuzu yang bermakna melampaui. Apabila

istilah al-Majaz digunakan terhadap perkataan,

maka bermaksud melampaui makna yang telah

disepakati oleh ahli bahasa terhadap satu

perkataan. Ertinya makna perkataan itu melampaui

makna yang sebenar (Metafora).

UMUM
MORFEM

Morfem ialah unit paling kecil dalam bahasa yang mempunyai makna, sama ada makna itu ialah makna leksikal atau makna gramatikal.

BAHASAKonsep
SENI BINA

Seni bina ialah istilah yang mempunyai beberapa

makna, semuanya berkaitan dengan bangunan. Ia

mungkin merujuk kepada seni dan sains

bangunan, yang diamalkan oleh artis yang dikenali

sebagai arkitek. S eni bina juga boleh bermakna

bangunan itu sendiri. Istilah ini juga mempunyai

makna sejarah, yang merujuk kepada gaya

bangunan sesuatu budaya atau merujuk kepada

gerakan seni. Contohnya, kita bercakap tentang

seni bina Yunani atau seni bina Gothik.

UMUM
TEKA-TEKI

Teka-teki ialah soalan atau pernyataan yang

mengandungi makna yang sengaja disembunyikan.

Teka-teki kini biasanya bertujuan untuk

menyeronokkan. Ia selalunya dalam bentuk

conundrum, iaitu sejenis teka-teki yang bergantung

kepada permainan kata. Contoh teka-teki jenis ini

ialah Apakah benda yang beroda empat dan dapat

terbang? Jawapannya ialah Trak mengangkut

sampah sarap, yang hanya ada unsur makna apabila

kita sedar bahawa perkataan terbang itu mempunyai

dua maksud.

UMUM
BAHASA KIASAN

Bahasa kiasan ialah bahasa yang digunakan secara bukan harfiah. Kata atau frasa yang digunakan tidak membawa makna harfiah, iaitu makna asal atau makna biasa kata atau frasa tersebut.

BAHASAKonsep
APOSISI

Aposisi meluaskan makna kata atau frasa di

sebelahnya. Kebanyakan unit aposisi boleh

dianggap sebagai klausa tidak terbatas berserta kata

ganti relatif dan kata kerja yang digugurkan. Unit

aposisi boleh dikelaskan sebagai kata nama, adjektif

dan adverba. Abraham Lincoln , (who was) the 16th

President of the United States, was assassinated

aposisi adalah kata nama. The crowd, (which was)

axious to escape danger , began to panic adalah

aposisi adjektif. The man shouted loudly, (which

was) even frantically , to calm the crowd adalah

aposisi adverba.

UMUM
TUNGGALbentuk kata yang menunjukkan makna satu.BAHASAKonsep
MEMBACA

Membaca ialah perbuatan untuk mendapatkan

makna daripada perkataan bercetak atau bertulis.

Membaca adalah asas kepada pembelajaran dan

satu daripada kemahiran yang paling penting

dalam kehidupan sehari-hari. Membaca adalah

kunci kepada semua jenis maklumat. Ia

membolehkan kita mempelajari cara membina

atau memasang benda, menikmati cerita,

mengetahui kepercayaan orang lain, melatih

imaginasi kita, meluaskan minat kita dan membina

idea dan kepercayaan kita sendiri.

UMUM
EKTOPLASMA

Ektoplasma ialah istilah yang mempunyai dua

makna, satu yang digunakan oleh ahli kerohanian

dan satu lagi digunakan oleh ahli biologi. Ahli

kerohanian percaya bahawa roh orang mati boleh

berkomunikasi dengan orang hidup melalui

seseorang yang dikenali sebagai perantara.

Menurut ahli kerohanian, ektoplasma ialah bahan

bak kabus yang terapung dari badan perantara

apabila perantara itu berada dalam keadaan

bersawai.

UMUM
Tesaurus
 
makna (kata nama)
Bersinonim dengan erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil;,
Kata Terbitan : bermakna, memaknakan,

Puisi
 

Pagar besi pagar kota,
     Sampai ke taman bunga;
Abang tak reti adik berkata,
     Abang tak tahu apa makna.



Lihat selanjutnya...