Kata |
Takrif |
Sumber |
leksikal | /léksikal/ ist bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa; makna ~ makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
leksikal | (léksikal) (Lin) bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa; makna ~ makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
literal | 1. berasaskan makna sebenar atau makna biasa kata-kata yg digunakan (bukan makna kiasan atau makna yg tersirat di sebaliknya: sikapnya sangat sederhana, dan beliau kerap mentafsirkan percakapan suaminya secara ~; 2. harfiah: terjemahan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kata tugas | kata yg tidak mempunyai makna leksikal tetapi mempunyai makna tatabahasa, iaitu makna jika kata itu wujud dlm ayat, mis dan, kepada dan ialah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bahasa kiasan | perkataan atau ungkapan yg digunakan dlm makna yg berlainan drpd makna sebenar atau makna biasa perkataan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
makna kiasan | makna kata yg tidak merujuk kpd makna harfiah, tetapi dikiaskan sbg ibarat, mis jambu yg bererti cantik atau lawa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
makna | erti atau maksud (sesuatu perkataan dll): kalau tidak tahu ~ sesuatu perkataan, janganlah gunakan perkataan itu; ~ fungsian (Lin) makna unsur linguistik yg dilihat dr segi fungsi tatabahasanya; ~ kiasan makna kata yg tidak merujuk kpd makna harfiah, tetapi dikiaskan sbg ibarat, mis jambu yg bererti cantik atau lawa; ~ konteks (Lin) makna yg menunjukkan hubungan antara ujaran dgn keadaan; ~ leksikal (Lin) makna kata spt yg terdapat di dlm kamus; bermakna 1. mempunyai (mengandungi) erti, bererti; ~ berbilang mempunyai (mengandungi) beberapa erti; 2. penuh tujuan, bermanfaat, penting, bererti: pemberian itu sangat ~ bagi kami; dia merasakan seolah-olah kehidupannya sudah tidak ~ lagi setelah beberapa kali dikecewakan; memaknakan menjelaskan erti (maksud) sesuatu perkataan dll; pemaknaan perihal atau proses memberi makna, pengertian: dlm bahasa Melayu In-donesia masih ada sistem tanda yg ber-hubung dgn raja spt bersantap, beradu, beta yg ~nya tidak sama dgn yg pernah ada sebelumnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
metafora | (métafora) (Lin) pemakaian katakata yg menyatakan sesuatu makna atau maksud yg lain drpd makna biasa atau makna sebenar perkataan yg berkenaan (sbg perbandingan atau kiasan); memetaforakan menjadikan pemakaian kata atau kata-kata sbg metafora. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
makna leksikal | makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
makna leksikal | (Lin) makna kata spt yg terdapat di dlm kamus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
meaning | n makna, erti: what is the ~ of this word?, apakah makna perkataan ini?; the joke has a double ~, jenaka itu ada dua makna; whats the ~ of all this?, apakah makna semua ini?; she gave me a look full of ~, dia memandang | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
semantic | adj makna, semantik: the ~ changes that the word has undergone, perubahan makna yg telah berlaku pd perkataan itu; ~ analysis, analisis semantik; the ~ system of a language, sistem semantik sst bahasa. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
semantically | adv dr segi /makna, semantik/: lift and elevator are ~ the same, lift dan elevator adalah sama dr segi makna. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
leave 1 | ~ out, a. allow to remain outside, membiarkan di luar: dont ~ your shoes out in the rain, jangan biarkan kasut kamu di luar dan basah kena hujan; b. fail to include, tdk memasukkan; (accidentally) tertinggal: the manager has left her out of the netball team, pengurus itu tdk memasukkannya dlm pasukan bola jaring; the editors decided to ~ out certain meanings of this word, para editor memutuskan utk tdk memasukkan makna-makna tertentu bagi perkataan ini; oh dear! Ive left out the most important clause, alamak! Saya tertinggal fasal yg paling penting; c. give no importance to so., tdk mempedulikan, mengetepikan: she feels left out when she is among her rich relatives, dia berasa spt tdk dipedulikan apabila berada di kalangan saudara-maranya yg kaya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
leave 1 | ~ out, a. allow to remain outside, membiarkan di luar: dont ~ your shoes out in the rain, jangan biarkan kasut kamu di luar dan basah kena hujan; b. fail to include, tdk memasukkan; (accidentally) tertinggal: the manager has left her out of the netball team, pengurus itu tdk memasukkannya dlm pasukan bola jaring; the editors decided to ~ out certain meanings of this word, para editor memutuskan utk tdk memasukkan makna-makna tertentu bagi perkataan ini; oh dear! Ive left out the most important clause, alamak! Saya tertinggal fasal yg paling penting; c. give no importance to so., tdk mempedulikan, mengetepikan: she feels left out when she is among her rich relatives, dia berasa spt tdk dipedulikan apabila berada di kalangan saudara-maranya yg kaya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
lexical meaning | n makna leksikal. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
lexical meaning | n makna leksikal. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
grammatical meaning | n makna kenahuan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
significance | n 1. essential meaning, makna, maksud: I did not understand the ~ of his words until some time later, saya tdk faham maksud kata-katanya sehinggalah beberapa lama kemudian; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
contextual | adj mengikut konteks: ~ analysis, analisis mengikut konteks; ~ meaning, makna mengikut konteks. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
literal meaning | makna langsung/makna sebenarnya/ makna tersurat/ makna literal | makna tersurat/makna literal | makna literal/makna tersurat | Linguistik |
reduction | penyempitan (makna), penyingkatan (makna) | penyingkatan (makna), penyempitan (makna) | penyingkatan (makna), penyempitan (makna) | Linguistik |
associative meaning | makna terpaut/makna asosiatif | makna pertautan/makna asosiasi | makna pertautan/makna asosiasi | Linguistik |
referential meaning | makna acuan/makna rujukan | makna bereferen | makna rujukan/makna referen | Linguistik |
existential meaning | makna eksistensi | makna kewujudan/makna eksistensi | makna kewujudan/makna eksistensi | Linguistik |
diminutive meaning | makna diminutif | makna mimitan/makna diminutif | makna mimitan/makna diminutif | Linguistik |
intensional meaning | makna intensional | makna berintensi | makna teras/makna intensi | Linguistik |
grammatical meaning | makna gramatikal | makna bertatabahasa | makna kenahuan/makna gramatikal | Linguistik |
external meaning | makna eksternal/makna luar | makna luaran | makna luaran | Linguistik |
defective meaning | makna cacat/makna cangga | makna cangga | makna cangga | Linguistik |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
denotation | denotasi | Kesusasteraan | Tiada | Makna kata yang khusus dan konkrit, yang bebas daripada makna-makna sampingan atau nilai subjektif. |
double entrende | kias seleweng | Kesusasteraan | Tiada | Kiasan yang mempunyai dua makna yang kurang jelas. Kekaburan makna ini berpunca daripada penggunaan bahasa yang kabur dan boleh memberikan makna yang berbeza-beza. Contohnya, dua makna dalam sesuatu kenyataan. Salah satu daripadanya mempunyai makna yang tidak baik atau berbentuk sensual, dan satu lagi mempunyai makna bagus dan bernilai murni. Kias seleweng ini biasa digunakan dalam penulisan puisi. Kias seleweng berasal daripada perkataan Perancis double entrende yang menerangkan situasi yang mempunyai makna berlapis atau dua tahap pemahaman. |
prismatic | prismatik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi makna atau pengertian dua lapis. Makna pada lapis pertama lebih jelas manakala makna lapis kedua lebih luas dan mendalam. Contohnya, puisi "Perempuan Malang" karya Usman Awang yang menggunakan perkataan 'ibuku' yang bermaksud 'tanah air'. Puisi ini memberi gambaran bahawa ibu itu telah lama berjasa kepada penyair. Dengan itu penyair amat mencintainya dan sanggup berkorban untuk menjaga keselamatannya. Gambaran demikian adalah makna pada lapis pertama. Makna lapis keduanya boleh dihubungkan dengan pernyataan kecintaan penyair terhadap tanah air atau negaranya. |
hermenueutics | hermenueutika | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah tafsiran teks yang menonjolkan kepentingan peranan dan subjektiviti pembaca dalam proses pembentukan makna. Dalam proses pembinaan makna setiap pembaca secara individu berdialog dengan teks dan tafsiran serta pemahamannya dipengaruhi oleh pengetahuan dan pengalaman yang ada padanya. Pada asalnya, hermenueutika dipelopori dan diterapkan oleh F. Schleiermacher (1768-1834) dalam teologi agama kristian, terutamanya dalam tafsiran kerohanian terhadap Bible. Sejak abad ke-19, hermeneutika digunakan untuk persoalan falsafah. Seterusnya, sumbangan ahli falsafah Jerman, Wilhelm Dilthey (1833-1910), membolehkan hermeneutika dikembangkan dalam sastera untuk mentafsirkan dan memahami makna teks. Dalam hal ini,. Dilthey menganggap peranan pembaca amat penting. Menurut Dilthey, tafsiran melibatkan lingkaran hermeneutik (hermeneutic circle), iaitu konsep yang mengaitkan bahagian teks dengan teks itu secara keseluruhannya. Bahagian teks tidak dapat difahami tanpa pemahaman secara keseluruhannya, manakala keseluruhan teks tidak dapat difahami tanpa pemahaman bahagiannya. Justeru, pemahaman teks harus melibatkan jangkaan awal keseluruhan, dan pada masa yang sama, jangkaan tersebut pula melalui proses pengubahsuaian. Dalam sastera, hermeneutika dikaitkan dengan teori tafsiran martin Heidegger dan Hans-Georg Gadamer yang cuba mengatasi masalah lingkaran hermeneutik yang hampir sama. Gadamer mengatakan teks hanya dapat difahami dalam konteks masa lampau, begitu juga sebaliknya. Mengikut tradisi ini, tafsiran teks melibatkan perkara asas seperti kemungkinan pembinaan makna yang boleh ditentukan, tujuan asal pengarang, relativiti makna, dan sumbangan pembaca kepada makna teks. Dari aspek tafsiran, tradisi apabila teks itu berbicara juga memainkan peranan yang penting dan tradisi ini perlu difahami oleh pembaca. Teks mempunyai ufuknya, sementara pembaca juga mempunyai ufuk yang tersendiri. Dalam proses tafsiran yang unggul, kedua-dua ufuk ini harus dibaurkan, dan daripada bauran itulah munculnya makna yang tentunya relatif kepada pembaca. Hermeneutika telah mempengaruhi kemunculan fenomenologi, teori respons pembaca dan teori resepsi. Kemungkinan pemahaman teks boleh ditentukan, walaupun relatif sifatnya seperti yang disarankan dalam hermeneutika, tetapi dipertikaikan oleh teori kritikan pascastruktural, khususnya dekonstruksi. Hermeneutika berasal daripada perkataan Yunani hermetic bererti sains tafsiran. Lihat juga fenomenologi, teori respons pembaca. |
denotative meaning | makna denotatif | Linguistik | Tiada | Makna yang diterima umum yang mempunyai rujukan yang sama. Contohnya, makna denotatif bagi bintang ialah makhluk yang bernyawa dan tidak berakal. |
distorting of meaning | penyimpangan makna | Kesusasteraan | Puisi | Makna yang ingin ditimbulkan oleh penyair sama ada pada diksi, frasa ataupun kalin1at dalam sesebuah puisi berbeza daripada makna harfiah atau yang terdapat pada kamus biasa. Dalam puisi ini rumah kecil menggambarkan tentang tanah air bukannya mengenai tempat tinggal seseorang. Contohnya, puisi "Rumah Kecil" karya Darma Mohamad. Rumah kecil menghadiahkan kehidupan yang permai dengan halaman lebar hingga ke dada padang dan padi membuka pandangan hingga ke sayap burung menembusi tabir awan. |
decontructive criticism | kritikan dekonstruktif | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera berdasarkan penggunaan bahasa untuk pembinaan makna. Kritikan dekonstruktif bukan untuk mengenal pasti makna teks yang tulen tetapi untuk menganalisis bagaimana bahasa dan retorik boleh menjana dan menetapkan kedudukan hierarki makna yang pelbagai. Cara ini tidak membenarkan kewujudan makna yang mutlak atau interpretasi yang betul, sekali gus menolak konvensi dan tradisi yang telah lama diguna pakai. Kritikan dekonstruktif memindahkan perhatian pengkritik daripada faktor luaran teks kepada aspek dalam teks (subteks). Kritikan ini menjadi fokus dan dasar kritikan pascastrukturalisme. Lihat juga kritikan pascastrukturalis. |
cognitive meaning | makna kognitif | Kesusasteraan | Tiada | Tafsiran makna berdasarkan fakta yang dikongsi, diketahui dan dipersetujui ramai. Pentafsiran begini tidak melibatkan pandangan atau emosi, tetapi biasanya wujud dalam semua genre sastera. Contohnya ayat matahari terbit dari timur. Ayat ini ialah tafsiran yang berkisar pada fakta sahaja. Sebaliknya, ayat matahari ini sungguh menyeksakan ialah tafsiran yang bersifat subjektif dan emotif. Dalam karya sastera, makna kognitif boleh dimanfaatkan walaupun tidak penting seperti makna emotif dan konotatif. |
trope (figure of speech) | bahasa kiasan | Kesusasteraan | Tiada | Penggunaan kata-kata dengan suatu pengertian lain daripada makna sebenar atau makna literalnya. |
myriad | limpahan | Kesusasteraan | Tiada | Kepelbagaian makna dalam karya sastera. Sesuatu hasil karya sastea biasanya bersifat simbolik, bermetafora, dan mengandungi makna yang tersurat dan tersirat. Justeru, karya sastera ini boleh ditafsirkan dari pelbagai sudut pandangan dengan konteks makna yang pelbagai. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
makna | maksud [masud] | Melanau Dalat | |
makna | haatik. | kedayan | |
ayu II | alamat; tanda (akan terjadi sesuatu); pertanda; makna mimpi; | Iban | |
tah II | awalan pd kata kerja, ter; 1 yg membawa makna dapat, boleh mampu dibuat: ~sebetsiyen kawak kereja wak susah iyen ji terbuatnya juga kerja yg susah spt itu; 2 perbuatan yg tidak sengaja: bup kou ~ igeksiyen buku saya terambilnya. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
randang Ib | julukan yang memberi makna simbolik bagi seseorang yang memulakan sesuatu, perintis. | Mereka mengasah dengan kuatnya sehingga kedengaran seakan-akan orang memotong duri-duri pokok manding tajam nyimbang, mengasah secara menekan sehingga kedengaran seakan-akan bunyi ombak menghempas mendahului pasang, mengasah dengan kerasnya sehingga kedengaran seakan-akan orang mencantas tangkai buah jejabai randang. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
masap Bj | keadaan luar biasa yang biasa seperti laut bergelora, ribut taufan dan sebagainya. | Apa makna masap itu, pak cik? Lina kebingungan. "Masap, ertinya laut bergelora. Ikan-ikan di dalamnya akan keluar ke permukaan laut untuk menakutkan kita. Angin ribut juga akan bertiup kencang," jelas Pak Cik Hassan bertambah cemas. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb hidup di dalam lubang dan di celah-celah yang tidak sesuai bagi bentuk bersayap. (BIO) annotate (catat) Tindakan memasukkan penerangan atau ulasan ke dalam bahagian atur cara yang dapat menjelaskan makna atau tujuan bahagian atur cara tersebut. (KOM) annuli fibrosi (anuli fibrosi) Tisu penghubung pada rangka tengah jantung yang menjadi tempat otot dan injap jantung melekat. Tisu ini mengelilingi foramina atrioventrikel dihadapi. (KOM) deck bridge (jambatan geladak) Jambatan yang lantainya terletak lebih tinggi daripada struktur utama. (KEJ) decode (nyahkod) 1. Tindakan menukarkan data yang terkod kepada bentuk asalnya. 2. Tindakan menentukan makna yang terkandung dalam mesej yang terkod. (KOM) decompression (dekompresi) Pengurangan tekanan pada sesuatu struktur secara beransur-ansur, seperti yang dilakukan terhadap penyelam laut dalam untuk mengelak terjadinya penyakit dekompresi. Penyakit
|
Kamus Thai 2.indb lebih menyukarkan ialah apabila tiada padanan dapat dicari dalam bahasa Melayu bagi sesuatu kata entri bahasa Thai. Dalam hal ini, dua strategi digunakan. Strategi yang pertama ialah dengan memberikan penjelasan makna kata Thai yang berkenaan tanpa memberikan padanan. Strategi yang kedua ialah dengan meminjam terus kata daripada bahasa Thai ke dalam bahasa Melayu seperti contoh di bawah: จรดพระนังคัล [carot pranakan] น
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
makna | [maÖ.na]/[ma/.na] | معنا |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
ambiguiti | ambiguity | Perihal mempunyai lebih daripada satu bentuk, makna, nilai atau penyelesaian. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| makna (kata nama) | Bersinonim dengan erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir,
takwil;, | | Kata Terbitan : bermakna, memaknakan, |
|
Puisi |
---|
|
Pagar besi pagar kota, Sampai ke taman bunga; Abang tak reti adik berkata, Abang tak tahu apa makna.
Lihat selanjutnya... |
|