Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Pantun ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ALIRAN BENDALIRSistem terbuka dikenali juga sebagai isipadu kawalan.  Dalam analisis aliran secara isipadu kawalan, pertama ditakrifkan sebagai satu rantau atau daerah kajian.  Untuk membezakan daerah kajian daripada persekitarannya, maka satu sempadan yang meliputi rantau kajian dilakarkan.  Sempadan ini dikenali pula sebagai permukaan kawalan S.Pada permukaan kawalan inilah jisim, tenaga, dan momentum boleh keluar masuk isipadu kawalan tersebut.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
SENEFELDER, ALOIS

Senefelder, Alois (17711834), mencipta

proses litografi (lihat Litografi). Sebagai anak

muda, Senefelder menulis drama. Oleh kerana dia

tidak dapat menerbitkan dramanya, maka dia cuba

mencetaknya sendiri. Semasa menyediakan

goresan di atas papak batu, dia menulis di atasnya

menggunakan krayon lilin dan mendapati bahawa

goresan itu boleh didakwatkan (diwarnakan) dan

dicetak. Dia lahir di Munich, Jerman.

UMUM
MAGNITUD

Magnitud ialah skala yang digunakan oleh ahli

astronomi untuk mengukur kecerahan objek yang

bercahaya di angkasa. Lebih cerah sesuatu bintang

atau planet, maka lebih rendah nombor

magnitudnya. Sistem magnitud adalah berasaskan

usaha yang dilakukan oleh ahli astronomi Yunani

purba, Hipparchus. Kira-kira pada tahun 125 S.M.,

Hipparchus mengelaskan bintang mengikut

kecerahan. Dia menamakan bintang yang paling

cerah sebagai bintang magnitud pertama, bintang

yang kedua cerah sebagai bintang magnitud kedua

dan seterusnya sehinggalah kepada bintang yang

paling pudar. Bintang yang paling pudar digelar

sebagai bintang magnitud keenam.

UMUM
SEGI EMPAT SAMA

Segi empat sama ialah rajah satah dalam

geometri, yang mempunyai empat sisi yang lurus

dan empat sudut tegak (90º) yang sama.

Jika setiap sisi pada sesuatu segi empat sama

berukuran empat sentimeter panjang, maka segi

empat sama tersebut boleh dipotong menjadi

4 x 4, atau 16 segi empat sama yang lebih kecil

yang mempunyai sisi satu sentimeter panjang.

Luas segi empat sama tersebut bersamaan 16

sentimeter persegi (lihat Ukuran persegi ). Dalam

aritmetik dan algebra, kuasa dua bagi sesuatu

kuantiti ialah hasil kuantiti itu sendiri. Contohnya,

16 ialah kuasa dua 4, kerana 4 x 4 = 16. Jika b

mewakili sebarang kuantiti, maka kuasa dua bagi

b , atau b+ b, ditulis sebagai . Angka 2 kecil

yang ditulis di sebelah kanan dan atas huruf b

dikenali sebagai eksponen . Eksponen 2 tersebut

menunjukkan bahawa kuantiti b hendaklah

diambil dua kali sebagai satu faktor.

Lihat juga Kuasa; Punca kuasa dua; Sisi empat.

UMUM
MEMORI

Memori ialah kebolehan untuk mengingat

sesuatu yang sudah dipelajari atau yang pernah

dialami. Memori merupakan bahagian penting

dalam proses pembelajaran. Jika kita tidak

mengingati langsung tentang masa lampau, maka

kita tidak akan dapat mempelajari sesuatu yang

baru. Semua pengalaman kita akan hilang sebaik

sahaja pengalaman tersebut berakhir dan setiap

keadaan baru betul-betul merupakan suatu perkara

yang asing. Tanpa memori kita akan mengalami

pengalaman yang sama berulang kali untuk

pertama kalinya. Kita juga akan kehilangan

nikmat yang diberikan oleh memori kepada

kehidupan nikmat kenangan yang indah di

samping kenangan yang menyedihkan.

UMUM
ASPIDISTRA

Aspidistra ialah sejenis tumbuhan yang berasal

dari Timur, tetapi ditanam secara meluas sebagai

tanaman di rumah. Oleh sebab tumbuhan ini

tumbuh dengan baik dalam keadaan yang kurang

baik, maka tumbuhan ini juga dikenal sebagai

tumbuhan besi tuangan . Daunnya banyak lagi

panjang dan berkilat-kilat. Warna daunnya itu

boleh jadi hijau tua, berjalur-jalur putih ataupun

bertompok-tompok kuning. Aspidistra berbunga

di pangkalnya dengan warna ungu keperangperangan.

Pengelasan saintifik. Aspidistra termasuk dalam

famili lili, Liliaceae. Genusnya Aspidistra elatior .

UMUM
KANDELA

Kandela ialah unit ukuran bagi keamatan lar,

iaitu jumlah cahaya yang dihasilkan dalam satu

arah tertentu oleh objek yang bercahaya. Apabila

cahaya mempunyai keamatan lar yang lebih, maka

cahaya yang terhasil adalah lebih terang.

UMUM
MINIT

Minit adalah unit yang digunakan untuk mengukur

masa dan sudut. Dalam masa, 60 minit adalah satu

jam. Setiap minit dibahagikan kepada 60 saat. Oleh

sebab satu jam adalah 1∕24 daripada satu hari, maka

satu minit adalah 1∕1440 daripada satu hari. Dalam

pengukuran sudut, 60 minit adalah satu darjah.

Sebuah bulatan dibahagikan kepada 360 darjah.

Oleh itu, satu minit adalah 1∕121 600 daripada sebuah

bulatan lengkap. Setiap minit bagi suatu sudut

dibahagikan kepada 60 saat.

UMUM
AGENAgen ialah orang yang mewakili seseorang lain

dalam urusan undang-undang, perniagaan, atau

lain-lain. Orang yang mengupah agen dikenali

sebagai prinsipal . Jika agen bertindak di dalam

kuasa yang diberikan oleh prinsipal, maka prinsipal

wajib bertanggungjawab seolah-olah dia yang

bertindak.

UMUM
KEMATIAN BAYI

Kematian bayi ialah ukuran bagi menunjukkan

bilangan bayi yang meninggal dunia sebelum

mencapai setahun usia kelahiran mereka. Kadar

kematian bayi ini menunjukkan jumlah bayi yang

meninggal dunia setiap tahun bagi setiap seribu

bayi yang lahir. Oleh sebab kadar ini

mencerminkan keadaan kesejahteraan anggota

masyarakat yang paling bergantung kepada orang

lain, maka, kadar ini sering ditafsirkan sebagai

ukuran sejauh mana satu-satu masyarakat itu

menjaga anggota mereka. Atas alasan itu, maka,

membandingan kadar kematian bayi antara

negara atau komuniti yang berlainan ialah satu

cara untuk menilai taraf hidup masyarakat itu.

UMUM
Tesaurus
 
maka (kata tugas)
1. Bersinonim dengan lalu: sesudah itu, selepas itu, justeru itu, kemudian,

2. Bersinonim dengan bahawa: yang.


Puisi
 

Tukang emas bertukang gelang,
     Maka diukur dirangkainya;
Sedang erat digenggam orang,
     Adat hayat terungkainya.



Lihat selanjutnya...