Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Duduk-duduk menggali lubang, Dalam lubang pasang pelita; Duduk-duduk kenangkan orang, Orang tidak kenangkan kita.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Duduk tak duduk gali lubang, Asal gali lubang juga; Duduk tak duduk kenangkan orang, Orang tidak kenangkan kita.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang menarah atas lubang, Hanyut rakit berubah-ubah; Bukan tak tahu masuk seorang, Takut adik beralih ubah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Saya saja menjolok kumbang, Kumbang bersarang lubang tiang; Saya saja menjolok abang, Bulan mengambang dikatakan siang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cak tulis Kuala Bintang, Pecung yu lubang juga; Kalau tak boleh hingga petang, Orang tidak kenangkan kita.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cik Ali main guli, Main guli masuk lubang; Apa peduli cincin di jari, Cincin di jari diberi abang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ribu-ribu biji nangkaku, Cincin permata jatuh ke lubang; Dendam rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Banyak biji buah nangkaku, Intan permata jatuh di lubang; Dendam rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Parang puting jatuh ke lubuk, Sudah ke lubuk ke lubang pula; Awak miskin terlalu buruk, Sudah buruk berhutang pula.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau tuan nak minum kopi, Satu cawan kita berdua; Kalau tuan rasa nak mati, Satu lubang kita berdua.
1
Tesaurus
 
lubang (kata nama)
1. Bersinonim dengan liang: rongga, gohong, saung,

2. Bersinonim dengan lekuk: pesuk, lopak, paluh, palung,

3. Bersinonim dengan peluang: kesempatan, jalan, cerlak,

Kata Terbitan : berlubang, melubang, melubangkan,

Puisi
 

Duduk tak duduk gali lubang,
     Asal gali lubang juga;
Duduk tak duduk kenangkan orang,
     Orang tidak kenangkan kita.



Lihat selanjutnya...