Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menggali lubang, menutup lubang.

Takrif

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tutup lubang, gali lubang.

Takrif

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali lubang, menutup lubang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gali lubang menutup lubang.

Takrif

Meminjam wang untuk membayar hutang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Korek lubang ulat.

Takrif

Sengaja mencari perselisihan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lurus lubang lurus penjolok.

Takrif

Pemerintahan dalam sesuatu negara itu haruslah adil, walaupun keras hukumannya. penjolok = galah untuk menjolok.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengorek lubang ulat.

Takrif

Sengaja mencari sebab untuk bertengkar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Masuk bagai (= sebesar) lubang penjahit, keluar bagai (= sebesar) lubang tabuh.

Takrif

Besar belanja daripada penghasilan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Masuk tiga, keluar empat.

Takrif

Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar]) lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh, c. Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Masuk lima keluar sepuluh.

Takrif

Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar] lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh.

Takrif

Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar] lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
lubang (kata nama)
1. Bersinonim dengan liang: rongga, gohong, saung,

2. Bersinonim dengan lekuk: pesuk, lopak, paluh, palung,

3. Bersinonim dengan peluang: kesempatan, jalan, cerlak,

Kata Terbitan : berlubang, melubang, melubangkan,

Puisi
 

Duduk tak duduk gali lubang,
     Asal gali lubang juga;
Duduk tak duduk kenangkan orang,
     Orang tidak kenangkan kita.



Lihat selanjutnya...