Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Cadangan terjemahan untuk istilah "trypophobia" iaitu fobia terhadap lubang-lubang dalam pola tertentu? | Untuk makluman, istilah "trypophobia" tidak terdapat dalam pangkalan data istilah DBP. Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah tripofobia. | Istilah | 13.04.2016 |
maksud - menerawang | Menurut Kamus Dewan, menerawang 1. membuat lubang-lubang kecil pd (kainmempuntai beberapa maksud. Maksud pertama, melubangi, menembuk, menembus atau membuat kerawang (pd baju dll), mengerawang juga bermaksud kain putih yg diterawang dgn bunga yg indah-indah. Selain itu, menerawang bermaksud termenung-menung atau memikirkan (mengangan-angankan) sesuatu, melayang jauh (fikirannya) atau berkhayal. Bagi membantu, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat Terbitan DBP. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat NAsihat Bahasa DBP. | Makna | 07.01.2007 |
apakah perkataan bagi penerangan di bawah? 'cekung(lenkung)ke dalam (seperti kanta,lubang-lubang di jalan ,dan lain-lain,cawak(pada pipi),jeluk,lembang,lepek. terima kasih. | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mendapatkan maklumat tersebut. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruangan yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 17.04.2010 |
Jangan membuang tisu di dalam /ke dalam lubang tandas. | Jangan membuang tisu ke dalam lubang tandas. | Tatabahasa | 11.05.2011 |
tuan ibu ________benang itu ke dalam lubang jarum apakah perkataan yang sesuai digunkan. TQ | Ibu memasukkan benang itu ke dalam lubang jarum. | Tatabahasa | 18.09.2011 |
Encik Lau menebuk lubang pada penutup botol.Beliau/dia mengisi air ke/di dalam botol. Penggunaan beliau/dia betul? Penggunaan di/ke betul? Terima kasih. | Penggunaan perkataan “Beliau/Dia” “ke/di” dalam ayat “Encik Lau menebuk lubang pada penutup botol. Beliau/Dia mengisi air ke/di dalam botol.” adalah betul. | Lain-lain | 06.12.2023 |
Makna perkataan Menguis dan menggali | Makna perkataan Menguis dan Menggali menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, terbitan DBP. Menguis: 1. Menolak (menepis, menyepak) ke tepi: dikuisnya sampah itu dengan kakinya; 2. mengais (spt. ayam); Menggali: 1. membuat sesuatu dr dlm tanah. dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dengan menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya untuk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia; ~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dala,. nan digantung tinggi prb yang sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan. | Tatabahasa | 04.04.2014 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Boleh tolong berikan takrifan bagi istilah 'holey'? Terima kasih. | Holey bermaksud lubang. Walau bagaimanapun, takrifan tersebut bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. Sebagai contoh, dalam bidang pentadbiran perniagaan, holey texture membawa maksud tekstur lubang. | Istilah | 22.09.2021 |
Deep freezer - Penyejuk beku CFC free - bebas CFC With key lock and piping - Dengan kunci dan lubang saliran Adjustable thermostat - ? Easy to clean - ? | Deep freezer - Penyejuk beku CFC free - bebas CFC With key lock and piping - Dengan kunci dan lubang saliran Adjustable thermostat - Termostat boleh laras Easy to clean - Mudah dicuci | Penyemakan dan penterjemahan | 18.06.2014 |
Salam.. Saya ingin bertanya..antara kedua-dua ayat ini, yang manakah menunjukkan penjodoh bilangan yang sesuai? A. Puan Soong memasukkan selembar benang ke dalam lubang jarum. B. Puan Soong memasukkan sehelai benang ke dalam lubang jarum. Terima kasih. | Salam sejahtera, Tidak semua perkataan memiliki penjodoh bilangan. Jawapan yang tepat ialah selembar benang. | Tatabahasa | 08.11.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| lubang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan liang: rongga, gohong, saung,
2. Bersinonim dengan lekuk: pesuk, lopak, paluh, palung,
3. Bersinonim dengan peluang: kesempatan, jalan, cerlak,
| Kata Terbitan : berlubang, melubang, melubangkan, |
|
Puisi |
---|
|
Duduk tak duduk gali lubang, Asal gali lubang juga; Duduk tak duduk kenangkan orang, Orang tidak kenangkan kita.
Lihat selanjutnya... |
|