Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Adat diisi lembaga dituang, Tidak beremas bungkal diasah; Kuat negeri kerana undang, Adat lepas akal menyalah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mulia umat kerana beradat, Adat lembaga turun-temurun; Bila muafakat tuah melekat, Manfaat terasa hidup pun rukun.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata penegas, Penegas adat dengan lembaga; Hina bangsa suka berkeras, Berkeras cepat membawa bala.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan adat lembaga; Elok akhlak nama terpandang, Dikenang orang sepanjang masa.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau tuan pergi ke hulu, Petikkan saya bunga lembaga; Kalau tuan mati dahulu, Tunggu saya di pintu syurga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Adat resam kata orang, Kata tua beradab santun; Adat faham lembaga terang, Tua muda hidupnya rukun.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Besar dan kecil dikandungnya; Adat faham lembaga terang, Benar dan adil jadi payungnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Dibilang-bilang kajinya banyak; Adat faham lembaga terang, Hati penyayang budinya nampak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Pakaian Melayu turun-temurun; Adat faham lembaga terang, Berkain baju bersopan santun.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Menuntun hidup supaya selamat; Adat faham lembaga terang, Beruntung hidup dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tesaurus
 
lembaga (kata nama)
1. Bersinonim dengan benih: janin, fetus, jauhar,

2. Bersinonim dengan acuan: cetakan

3. Bersinonim dengan bayang-bayang

4. Bersinonim dengan perbadanan: majlis

Kata Terbitan : berpelembagaan, perlembagaan,

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke hulu,
     Petikkan saya bunga lembaga;
Kalau tuan mati dahulu,
     Tunggu saya di pintu syurga.



Lihat selanjutnya...