Kata |
Takrif |
Sumber |
benih | 1. biji daripada buah kecil (seperti padi dan lain-lain) yang akan ditanam, bibit: padi yang baik itu disimpan untuk dijadikan benih; 2. benda yang akan menjadi benda hidup (tumbuh): sperma atau benih jantan; benih cacar; 3. punca, sumber: pelajaran ialah benih kemajuan; 4. keturunan daripada: benih orang bangsawan; 5. sesuatu (perasaan, keadaan, dan lain-lain) yang baru mula wujud atau timbul dan mempunyai kemungkinan untuk berkembang dan sebagainya, bibit: benih kemesraan; benih yang baik tak memilih tanah = jika asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau prb orang yang berketurunan baik ke mana pun perginya akan baik juga jadinya; asal ditugal adalah benih prb tidak usah disusahkan, tidak akan ada orang yang menolong dlm mengerjakan pekerjaan yang baik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menanamkan | menyebarkan sesuatu ajaran (fahaman dll), membangkitkan dgn memupuk (semangat, perasaan, dll): di sana beliau telah menanamkan semula benih-benih kebangsaan yg telah patah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memesatkan | 1. menjadikan pesat (pantas, cepat); 2. memperkembangkan (memajukan) dgn cepat, melaksanakan (menggerakkan dsb) dgn pesat atau lebih pesat: keinginan hendak mengeluarkan bahan makanan yg cukup telah membuat kerajaan ~ lagi usaha-usaha mencari benih-benih tanaman yg terpilih; usaha-usaha dan langkah-langkah yg membantu ~ perkembangan bahasa Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
percambahan | perihal bercambah (bkn biji benih): ~ biji benih dipercepat dgn bantuan haba. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menabur | 1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, bertaburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penabur | 1. orang yg menabur (bunga, benih); 2. alat utk menabur sesuatu (spt baja, benih dsb): ~ baja; ~ benih; 3. peluru kecil-kecil, kacang-kacang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampang IV | Mn 1. biji buah dll yg akan ditanam atau disemai, benih, bibit; ~ cacar ark benih cacar; 2. keratan tumbuhan utk dijadikan benih: ambil ~ tebu itu dan tanamkan di belakang rumah; 3. ki asal usul, pokok pangkal (drpd sesuatu), punca (drpd sesuatu): inilah ~ segala kejahatan; 4. ki bakal manusia atau binatang (di dlm rahim ibu), lembaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membuahi | mencampurkan benih jantan dgn benih betina; mensenyawakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membuahi | mencampurkan benih jantan dgn benih betina; mensenyawakan. | Kamus Pelajar |
percambahan | perihal bercambah (bkn biji benih): ~ biji benih dipercepat dgn bantuan haba. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
seed | n 1. hard part of plant from which new plant can grow, biji; (used for planting) biji benih, benih: the pod breaks open and the ~s fall to the ground, lenggai itu pecah dan biji-bijinya jatuh ke tanah; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
unsown | 2. not planted with seed, tdk ditaburi biji benih: the fields were left untilled and ~, ladang itu terbiar tdk dibajak dan tdk ditaburi biji benih. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
seed-bed | n 1. specially prepared area of ground where seeds are sown, batas biji benih: a part of the garden is used as a ~, sebahagian taman itu digunakan sbg batas biji benih; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
seedling | n anak benih, kecambah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
seed-potato | n kentang benih. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
seed-corn | n jagung benih. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
seed | 2. beginning, germ, benih, bibit: the ~ of doubt which had been sown by his friend began to burgeon, bibit kecurigaan yg disemai oleh rakannya mula berkembang; the ~s of rebellion, bibit-bibit pemberontakan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
broadcast | adj tabur: ~ seeds, biji benih tabur; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
broadcast | adv secara menabur: seeds sown ~, biji benih yg disemai secara menabur; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
vaccine | n substance used in vaccination, vaksin; (colloq) benih cacar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
hatchery | panti benih | panti benih | panti benih | Perikanan |
seed virus | virus benih | virus benih | virus benih | Veterinar |
backyard hatchery | panti benih pekarangan | panti benih pekarangan | panti benih pekarangan | Perikanan |
backunt hatchery | pati benih pekarangan | pati benih pekarangan | pati benih pekarangan | Perhutanan |
breeder seed | benih pemulia | biji benih pembiak baka | biji benih ahli pembiakbaik | Pertanian |
seed drill | penugal benih | penjalur biji benih | penjalur biji benih | Pertanian |
seed harvesting | pengunduhan benih | penuaian biji benih | penuaian biji benih | Perhutanan |
germen | benih | Tiada | benih | Biologi |
seedbed preparation | penyiapan bedengan benih | penyediaan batas biji benih | penyediaan batas biji benih | Pertanian |
grafted seed orchards | kebun benih sambung | kebun biji benih cantum | kebun biji benih cantum | Perhutanan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
broadcast sowing | semai tabur | Geologi | Tiada | Penyemaian benih-benih pokok melalui proses penaburan rambang. |
certified seed | Biji benih berdaftar/ biji benih diiktiraf | Pertanian | Agronomi | Biji benih sesuatu varieti yang dihasilkan mengikut piawai yang dikawal ketat untuk menjamin ketulenan varieti biji benih itu. Biji benih ini mesti memenuhi keperluan minimum dari segi kandungan biji benih lain, bahan lengai dan biji benih rumpai serta peratus percambahan. Semua biji benih perlu melalui pemeriksaan di ladang dan diproses oleh kilang yag diiktiraf serta sampel biji benih perlu diuji di makmal.Sinonim biji benih diiktiraf. |
landscape nursery | tapak semaian landskap | Sosiologi | Tiada | Kawasan pembiakan benih-benih tanaman landskap seperti bunga atau pokok-pokok. |
seed classification | pengelasan biji benih | Pertanian | Agronomi | Klasifikasi biji benih berasaskan ketulenan dan generasi. Baka yang dihasilkan oleh pembiak baka biji benih dipanggil biji benih pembiak baka. Apabila digandakan, biji benih generasi kedua dipanggil biji benih asas. Biji benih peringkat seterusnya dipanggil biji benih berdaftar, manakala yang diedarkan kepada pengguna dipanggil biji benih komersial. Contohnya, untuk tanaman padi, biji benih pembiak baka disimpan di bank gen MARDI, manakala biji benih berdaftar dan komersial dihasilkan oleh badan yang diiktiraf oleh kerajaan. |
landscape nursery | tapak semaian landskap | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kawasan pembiakan benih-benih tanaman landskap seperti bunga atau pokok-pokok. |
seed transmission | penyebaran biji benih | Pertanian | Agronomi | Jangkitan penyakit yang disebarkan melalui biji benih. Contohnya, biji benih yang mengandungi patogen akan menjangkiti biji benih lain. Jangkitan juga berlaku daripada biji benih yang bercambah kepada anak benih. Kebanyakan penyakit penyebaran biji benih disebabkan bakteria yang sukar dikawal melalui pemprosesan biji benih. |
seed-borne | bawaan benih | Biologi | Patologi | Perihal penyebab penyakit yang ditularkan melalui atau oleh biji benih, anak benih atau bahan lain daripada tumbuhan yang digunakan sebagai benih. Contohnya ialah Fusarium spp. yang menyebabkan penyakit besar rabu. |
seed-borne | bawaan benih | Kimia | Tiada | Perihal penyebab penyakit yang ditularkan melalui atau oleh biji benih, anak benih atau bahan lain daripada tumbuhan yang digunakan sebagai benih. Contohnya ialah Fusarium spp. yang menyebabkan penyakit besar rabu. |
seed processing | pemprosesan biji benih | Pertanian | Agronomi | Proses menghasilkan biji benih yang bersih dan boleh disimpan daripada biji benih yang baru dituai. Pemprosesan ini melibatkan pembuangan kulit dan pengeringan ke tahap kandungan kelembapan yang dikehendaki. Proses ini juga membersihkan biji benih daripada benda asing seperti benih rumpai, biji benih tanaman lain serta biji benih yang rosak. Untuk memasarkan biji benih yang telah diproses, pengendalian, penggredan dan pembungkusan perlu dilakukan. |
seed dressing | penyalutan benih | Biologi | Patologi | Menyelubungi benih dengan pestisid supaya benih tersebut terlindung/dijaga daripada serangan perosak apabila bercambah dan muncul ke permukaan tanah. bd. perawatan benih. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
kilapa | Buah yang sudah tua dan sesuai untuk dijadikan benih | ngilapa | sudah tua | kilapa orang tua | orang tua yang menjangkau usia emas | - | Flora dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Bukar Sadong |
sivo | Bakul sikut daripada rotan, berbentuk silinder, bermulut bulat, tapaknya berbucu empat, beranyam rapat dan digunakan untuk membawa benih padi; selok (Iban). | - | - | - | - | - | Anyaman dan Idea Berasosiasi | Berawan |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
beneh | 1 benih: padai ~ padi benih; 2 benda yg akan menjadi benda hidup: nget atau ~ laluong sperma atau benih jantan; 3 keturunan drpd: ~ buak munek benih buah yg lunak; 4 punca, sumber; | Melanau Mukah | |
benih | benih[bnih] | Melanau Dalat | |
changkok II | cangkukan; benih laut; benih dr dahan yg dibalut dng tanah. | Iban | |
benih | banih. | kedayan | |
beneh | benih | TETAW | |
biji | ~ benih bigik banih; | kedayan | |
Zuriat | Zuriat [zuriat]; benih [bnih] | Melanau Dalat | |
Malak, mengalak | membiarkan menjadi tua buah di pokok utk dijadikan benih. | Melanau Mukah | |
tayo | bakul selempang daripada rotan, berbentuk silinder, bermulut bulat, tapak berbucu empat, beranyam rapat dan biasanya digunakan untuk membawa benih padi sewaktu menugal | Sekapan | Anyaman dan Idea Berasosiasi |
selok | bakul selempang daripada rotan, bemban atau kulit pelepah palma, bermulut bujur, tapaknya berbucu dua, bertali selempang, beranyam rapat atau jarang dan digunakan untuk membawa benih padi, sayur dan lain-lain | Tanjong | Anyaman dan Idea Berasosiasi |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
onuvon Mr Tl | mengisi benih padi ke dalam lubang dan menutupnya dengan tanah menggunakan ibu jari kaki (dilakukan oleh wanita sahaja). | Kumpulan wanita pula mengikuti jejak lelaki dengan mengisi benih padi di setiap lubang dan menutup lubang-lubang ini dengan tanah dengan menggunakan ibu jari kaki. Proses ini dipanggil onuvon. Pada keseluruhannya, proses menanam ini dipanggil monugal. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mangasok Kd, Mr | menugal. | Dan ah! Mangasok yang melepuhkan tapak tanganku itu sebetulnya sudah lama beres. Cambah dari benih padi Abang di huma itu sudah melebihi buku lali sekarang. | Sekilas... | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sundait Kd | teka-teki. | Sundait adalah teka-teki kaum Kadazan/Dusun. Kegiatan berteka-teki berlaku bila-bila masa selepas tangkai pertama padi baru dituai dan sebelum penanaman benih semaian untuk musim akan datang dimulakan. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb anellus (anelus) Plat berbentuk segi tiga atau gelang kecil yang disokong oleh katup dan vinku- lum pada serangga Lepidoptera. (BIO) anemochorous (anemokor) Perihal tumbuh-tumbuhan yang mempunyai buah atau biji benih yang disebar- kan oleh angin. Contohnya, lalang (Imperata cylindrica). (BIO) anemogram (anemogram) Catatan anemograf. (HID) anemometer level (aras anemometer) 1. Ketinggian di atas permukaan bumi tempat anemometer dipasang. Kadang- kala kosa. (KIM) benomyl (benomil) Nama am fungisid sistemik, perumusan abuk, berwarna putih dan mempunyai ramuan aktif benzimidazola yang berkesan untuk mengawal pelbagai jenis pe- nyakit. Benomil digunakan juga untuk merawat benih. (BIO) bentonite slurry (buburan bentonit) Buburan daripada tanah liat yang komponen utamanya ialah montmorillonit. Bahan ini mempunyai ciri pengembangan dan pengecutan yang tinggi dan biasa digunakan dalam pembinaan dinding diafragma
|
Kamus Thai 2.indb ปฏิภาณ [patipa:n] น kecerdasan ปฏิรูป [patiru:p] ก reformasi ปฏิวัติ [patiwat] ก revolusi ปฏิสนธิ [patisonti] ก bersenya- wa: เมื่ อเชื้ อตัวผู ้ ปฏิสนธิกับเชื้ อตัวเมียก็เกิดเป็น ตัวอ ่ อนขึ้ นมา Apabila benih lelaki berse- nyawa dengan benih perempuan, maka terjadilah janin. ปฎิสังขรณ ์ [patisak:n] ก mem- baiki: รัฐบาลได ้ ปฏิสังขรณ ์ วัดหลวงในกรุงเทพฯ Kerajaan telah membaiki kuil diraja di Bangkok. ปฏิเสธ [patise:t] ก 1 menolak: นายก
|
Kamus Thai 2.indb ค ้ ำจุน [-cun] ก membantu: ร ั ฐบาลมอบ อาหาร ปุ๋ ยและเมล็ดพ ั นธุ ์ เพื่ อค้ำจุนผู ้ ประสบภ ั ย น้ำท ่ วม Kerajaan memberikan bahan makanan, baja dan benih untuk mem- bantu mangsa banjir. ค ้ ำประกัน [-prakan] ก 1 (บุคคล) men- jadi penjamin kepada: อาลีค้ำประก ั นเพื่ อน ของเขาเพื่ อกู ้ เงินจากธนาคาร Ali menjadi penjamin kepada kawannya untuk |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
benih | [be.nih] | بنيه |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
percambahan | germination | Perkembangan awal embrio biji benih menjadi anak benih, atau spora menjadi tumbuhan yang muda, dalam sekitaran yang sesuai, iaitu dengan adanya air, oksigen, dan suhu yang sesuai. Lihat Rajah | Menengah Atas |
anak benih | seedling | Tumbuhan muda yang bercambah daripada biji benih. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
biji benih | seed | Biji yang ditanam atau disemai untuk menghasilkan pokok baru. Contohnya, biji benih jagung. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
biji benih | seed | Struktur tumbuhan yang mengandungi embrio, simpanan makanan dan kulit pelindung. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
radikel | radicle | Bahagian pertama anak benih yang tumbuh semasa proses percambahan dan akan berkembang menjadi akar. | Menengah Rendah |
kotiledon | cotyledon | Bahagian dalam biji benih tempat simpanan makanan untuk embrio. | Menengah Rendah |
tapak semaian | nursery | Tempat anak benih atau anak pokok ditanam sementara sebelum dipindahkan ke tempat lain. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
percambahan | germination | Proses perkembangan awal embrio biji benih menjadi tumbuhan dengan adanya air, oksigen dan suhu yang sesuai. | Menengah Rendah |
mekanisme letupan | explosive mechanism | Cara penyebaran biji benih. Buah yang matang akan meletup dan membolehkannya tersebar ke persekitaran. Contohnya, biji getah. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
endosperma | endosperm | Tisu yang terbentuk di dalam biji benih kebanyakan tumbuhan berbunga sewaktu persenyawaan. Endosperma melitupi dan membekalkan nutrien kepada embrio. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
Entri |
Sinonim |
Takrif |
Contoh Ayat |
Terjemahan Bahasa Melayu |
Tema |
Bahasa |
biyung | | tempat menyimpan benih padi dibuat drp pandan atau serdang | Biyung ni penoh bani parai. | Tempat menyimpan benih padi dipenuhi benih padi. | budaya | Bajau |
tukan | | bekas kecil tempat menyimpan benih padi semasa menanam padi | Tukan buniat lekat ta booh. | Tempat menyimpan benih padi semasa menanam padi dibuat drp buluh. | budaya | Bajau |
tugal | | kayu ditajamkan dihujung utk ditancap ke tanah (membuat lubang; tempat dimasukkan benih) | Tugal alap makai kayu keros. | Kayu ditajamkan dihujung utk ditancap ke tanah sebaiknya kayu keras. | budaya | Bajau |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata benih |
|
Puisi |
---|
|
Pokok kelapa berbuah lebat, Benih dari kampung paya; Kalau kita mencari sahabat, Biarlah dapat orang yang setia.
Lihat selanjutnya... |
|