Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; ujian ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jika tidak benih tumbuh, Jangan dicabut selasih dulang; Kalau tidak berani sungguh, Jangan direbut kekasih orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pokok kelapa berbuah lebat, Benih dari kampung paya; Kalau kita mencari sahabat, Biarlah dapat orang yang setia.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pokok pauh di tanah seberang, Benih berasal dari kampung; Dari jauh kami nan datang, Besar harapan setinggi gunung.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Baik-baik menabur bayam, Jangan bertabur ke benih maman; Baik-baik memelihara ayam, Helang berlegar tengah laman.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pagi-pagi pergi ke ladang, Hendak menyemai benih padi; Berapa tinggi Gunung Ledang, Tinggi lagi harapan hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau tahu lemaknya lada, Serak bersirai pengebat benih; Kalau diundang mandikan jua; Bertuah orang pergi Makkah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang meminang puteri tujuh, Ambil air cucikan kaki; Benih muda kalau bertumbuh, Pucuknya hijau cabangnya mati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pulau Bentan Pulau Daik, Mercu bertaut nampak berkilau; Kalau asal benih yang baik, Terbuang ke laut menjadi pulau.
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benih

Puisi
 

Pokok kelapa berbuah lebat,
     Benih dari kampung paya;
Kalau kita mencari sahabat,
     Biarlah dapat orang yang setia.



Lihat selanjutnya...